Pages

Keajaiban Al-Quran diakui Sains & Fakta Ilmu

www.iluvislam.com
Dihantar oleh: zx92
Editor: RosNiza Abdullah








Bahagian ini, akan mendedahkan secara ringkas isu-isu berikut :

1) Kebenaran maklumat masa depan di dalam al-Quran
2) Kemenangan Byzantin
3) Fakta penting disebalik Perkataan Haman di dalam al-Quran
4) Kewujudan Alam Semesta


1) MAKLUMAT MENGENAI KEJADIAN MASA DEPAN DI DALAM AL-QURAN

Satu lagi aspek keajaiban Al-Qur'an ialah bahawa ianya mendedahkan lebih awal lagi beberapa peristiwa penting yang berlaku di masa hadapan. Ayat 27 surah al-Fath, sebagai contoh menyampaikan khabar gembira bahawa mereka akan menakluk Mekah yang mana ketika itu di bawah penguasaan masyarakat jahiliyyah.

"Sesungguhnya Allah akan membuktikan kepada rasulnya tentang kebenaran mimpinya dengan sebenarnya (iaitu) bahawa sesungguhnya kamu pasti akan memasuki Masjidil Haram, Insya Allah dalam keadaan aman, mencukur rambut dan kepada dan mengguntingnya, sedang kamu ketahui dan Dia memberikan sebelum itu kemenangan yang hampir (Penaklukan Khaibar)." (Surah Al-Fath, 27)

Dalam pertimbangan yang lebih teliti, ayat ini seolah-olah mengumumkan satu lagi kemenangan yang akan terjadi sebelum kemenangan Mekah. Sebenarnya, seperti yang dinyatakan di dalam ayat, orang mukmin akan mula menakluk perkampungan Khaibar, yang mana ketika itu di bawah jajahan Yahudi dan kemudian memasuki Mekah. Pemberitaan mengenai peristiwa ini yang akan terjadi di masa hadapan hanyalah sebahagian dari kebijaksaan di dalam Al-Qur'an. Dan ini juga adalah bukti bahawa Al-Qur'an adalah kalam Tuhan, Maha Mengetahui.

Kemenangan Byzantin adalah secebis daripada khabar berita yang diberikan mengenai masa hadapan, bersama-sama dengan maklumlat lain yang tidak diketahui oleh manusia ketika itu. Hal yang paling menarik mengenai peristiwa sejarah ini, yang akan kita lihat secara terperinci di lembaran berikutnya, iaitu kekalahan kerajaan Rom di kawasan paling rendah di permukaan bumi. Hal ini menarik kerana frasa 'kawasan yang paling rendah' secara khusus di tekan dalam ayat yang berkaitan dengan kemajuan teknologi ketika itu, ianya sangat jelas mustahil untuk membuat pengukuran dan menentukan titik yang paling rendah di muka bumi. Sebenarnya, ini adalah wahyu yang diturunkan kepada umat manusia dari Tuhan yang Maha Mengetahui.

2) KEMENANGAN BYZANTIN

Sepotong ayat menarik yang terdapat di dalam Al-Qur'an mengenai masa hadapan dapat dilihat dalam ayat pertama surah Rom, yang merujuk kepada empayar Byzantin, bahagian timur kerajaan Roman yang ada dahulu. Dalam ayat ini, ianya dinyatakan bahawa empayar Byzantin menemui kekalahan yang besar tetapi kemudianya ia mendapat kemenangan.

"Alif, Lam, Mim. Telah dikalahkan bangsa Rom. Di tanah yang paling rendah di permukaan bumi, dan mereka sesudah dikalahkan itu akan menang dalam berapa tahun. Bagi Allah lah urusan sebelum dan sesudah. (Surah Ar-Rum: 1-4.)

Ayat ini diturunkan lebih kurang tahun 620 sebelum masihi, hampir 7 tahun selepas kekalahan teruk kerajaan kristian Byzantin di tangan kerajaan penyembah berhala Persia. Tetapi ia didedahkan di dalam ayat tersebut bahawa kerajaan Byzantin akan mendapat kemenangan kembali dalam masa yang singkat. Sebenarnya, Byzantin telah awal lebih sengsara menanggung kerugian yang besar yang kelihatan seolah-olah amat mustahil baginya, bahkan untuk kekal bertahan, untuk menang kembali. Bukan sahaja Persia, tetapi Avar, Slav, dan Vonhard juga memberikan ancaman yang besar kepada empayar Byzantin. Kerajaan Avar telah pun menjangkau dinding kota Konstantipol.

Maharaja Byzantin Heraklius telah memerintahkan supaya meleburkan emas dan perak di gereja-gereja untuk mendapatkan wang bagi menampung perbelanjaan ketenteraan, apabila semua ini masih tidak mencukupi bahkan patung-patung gangsa juga dileburkan untuk tujuan yang sama. Banyak gabenor-gabenor memberontak menentang Heraklius. Dan empayar ketika itu berada dalam kedudukan hampir roboh. Mesopotamia, Alicik, Syria, Palestin, Mesir dan Armenia yang pada asalnya berada di bawah jajahan Byzantin, telah pun diceroboh oleh Persia.

Ringkasnya, semua yang ada ketika itu menjangkakan empayar Byzantin akan musnah. Tetapi pada ketika itu, ayat pertama surah Rum diturunkan memaklumkan kemenangan Byzantin dalam beberapa tahun. Kemenangan ini dilihat amat mustahil sehinggakan kaum Arab jahiliyyah mempersendakan ayat ini, mereka beranggapan bahawa kemenangan yang dinyatakan di dalam Al-Qur'an itu tidak akan menjadi kenyataan.

Lebih kurang 7 tahun selepas ayat pertama surah Rom diwahyukan pada Disember 627 selepas masihi, peperangan sengit di antara Byzantin dan empayar Persia berlaku di Ninaveh, dan kali ini, askar Byzantin tidak disangka-sangka berjaya menewaskan tentera Persia. Beberapa bulan kemudian, kerajaan Persia telah membuat perjanjian degan Byzantin, yang mewajibkan mereka menyerahkan kembali kawasan yang mereka rampas. Di akhirnya, kemenangan kerajaan Rom yang dinyatakan oleh Maha Suci di dalam Al-Qur'an, menjadi kenyataan.

Satu lagi keajaiban yang dinyatakan di dalam ayat ini ialah perkhabaran mengenai fakta dari sudut geografi yang tidak diketahui oleh sesiapa pun ketika itu. Dalam ayat ke ketiga surah Rom, kita dimaklumkan bahwa kerajaan Rom telah ditumpaskan di bahagian paling rendah di permukaan bumi. Frasa 'Adna ard' dalam bahasa arab diertikan sebagai 'kawasan yang berhampiran' dalam kebanyakan penafsiran. Tetapi ini bukanlah pengertian literal dari kenyatan yang asal, tetapi lebih berbentuk pentafsiran secara kiasan (metaforik). Perkataan 'adna' dalam bahasa arab berasal dari perkataan' daniy' yang bermaksud 'rendah' dan 'ard' bermaksud bumi. Dengan itu kenyataan 'adna al-ard' memberi erti kawasan yang paling rendah di muka bumi.

Apa yang menarik, saat penting peperangan yang terjadi di antara empayar Byzantin dan Persia ketika Byzantin di tewaskan dan kehilangan wilayah Jerusalem, benar-benar terjadi di titik paling rendah di muka bumi. Kawasan ini dikenali sebagai Teluk Laut Mati yang terletak di titik persilangan antara tanah Syria, Palestin dan Jordan. Laut mati yang terletak 395 meter di bawah paras laut, sebenarnya adalah kawasan paling rendah di muka bumi. Ini bermaksud bahawa kerajaan Byzantin telah ditewaskan di kawasan paling rendah di muka bumi seperti yang dinyatakan dalam ayat tersebut.

Seperkara yang penting di sini ialah fakta bahawa altitud Laut Mati hanya dapat diukur dengan teknik pengukuran moden. Sebelum itu, adalah amat mustahil bagi sesiapun untuk mengetahui bahawa ianya adalah kawasan yang paling rendah di muka bumi. Tetapi hal ini telah disebut di dalam Al-Qur'an, oleh yang demikian bukti ini sekaligus membuktikan bahawa Al-Qur'an adalah wahyu dari Maha Suci Tuhan.




3) FAKTA PENTING DI SEBALIK PERKATAAN HAMAN DI DALAM AL-QUR'AN

Maklumat yang diberikan di dalam Al-Qur'an mengenai tamadun mesir purba mendedahkan banyak fakta-fakta sejarah yang tidak dapat disingkap sehingga akhir-akhir ini. Fakta-fakta ini juga menunjukkan kepada kita bahawa setiap perkataan di dalam Al-Qur'an telah diturunkan oleh Maha Tinggi Bijaksana.

Haman adalah satu watak yang namanya disebut di dalam Al-Qur'an, bersama-sama dengan Firaun. Watak ini dirakamkan di dalam enam tempat yang berbeza di dalam Al-Qur'an. Sebagai seorang yang paling kanan kepada Firaun. Apa yang mengejutkan, nama Haman tidak pernah disebutkan di dalam kitab Taurat yang berhubung dengan sejarah kehidupan nabi Musa a.s. Bagaimanapun, nama Haman disebutkan di bahagian terakhir dalam kitab perjanjian lama sebagai pembantu kepada seorang raja Babylon yang menimpakan banyak kezaliman kepada bangsa Israel lebih kurang 1100 tahun selepas era Nabi Musa.

Segolongan penganut non-muslim, yang mendakwa bahawa nabi Muhammad s.a.w menulis Al-Qur'an dengan menyalin dari kitab Taurat dan Injil, juga menegaskan bahawa sewaktu proses ini Nabi s.a.w memindahkan beberapa subjek berkaitan yang terdapat di dalam kedua-dua kitab ini ke dalam Al-Qur'an secara tidak tepat.

Kemustahilan dakwaan-dakwaan ini akhirnya terdedah hanya setelah alpabet hiroglifik bangsa mesir berjaya ditafsirkan kita-kira 200 tahun lalu, dan nama Haman ditemui di dalam tulisan-tulisan purba. Misteri hiroglifik mesir purba akhirnya berjaya diselesaikan pada tahun 1799 dengan penemuan sebuah batu bersurat yang dinamakan 'Rosetta Stone' .

4) KEWUJUDAN ALAM SEMESTA

Asal usul alam semesta diterangkan dalam Al-Qur'an dalam ayat berikut; “Dia adalah maha Pencipta langit dan bumi”.( Surah al-An'aam:101.)

Maklumat yang dinyatakan dalam Al-Qur'an ini adalah satu fakta yang sangat tepat dan selari dengan penemuan sains kontemporari. Kesimpulan yang dicapai dalam bidang astrofizik hari ini ialah bahawa alam semesta, bersama-sama dengan dimensi benda dan masa, telah terhasil melalui satu letupan yang besar yang terjadi ketika masa-sifar. Fenomena ini yang dikenali sebagai Big Bang membuktikan bahawa alam semesta telah diciptakan dari ketiadaan sebagai satu produk, dari satu letupan titik tunggal. Golongan saintifik moden percaya bahawa Big Bang adalah satu-satunya penerangan paling rasional dan fakta yang dapat dibuktikan mengenai permulaan dan asal kewujudan alam semesta.

Sebelum fenomena Big Bang terjadi, tidak terdapat sebarang benda yang wujud. Dalam keadaan tanpa sebarang kewujudan kebendaan, tenaga atau masa, dan yang mana hanya dapat diterangkan secara metafizik, semuanya ini sebenarnya telah diciptakan. Fakta ini, yang baru diketahui melalui kajian dalam bidang fizik moden, telah dinyatakan dalam Al-Qur'an 1400 tahun lalu.




Sumber: http://www.zaharuddin.net/content/view/62/95/
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Facebook Membunuh Rakyat Palestin?


www.iLuvislam.com
Nur Syamimi Mohamad Napis
Editor : Im Koyube



Kini, anak kecil yang dibangku sekolah rendah pun sudah tahu menggunakan perkhidmatan internet, kerana segalanya di hujung jari. Seorang kanak-kanak lelaki berumur 10 tahun di tanya, "Mengapa guna internet? Adakah sebarang kerja sekolah yang diberi oleh guru yang memerlukan adik untuk menggunakan internet?" Balasnya, "Tidak. Saya nak tengok gambar kakak dan abang saya di luar negara sana." Ditanya kembali, "Bagaimana?". Di balas, "Tengok dekat Facebook atau Friendster mereka." Zaman ini amat mudah. Walau jauh beribu kilometer, jika rindu, hanya sekali klik dan beberapa taipan di papan kunci (keyboard), rindu yang terpalit di hati pasti terubat.

Facebook. Jika ada yang tidak pernah dengar perkataan tersebut, agak mustahil. Tetapi, jika ada yang tidak mempunyai akaun pada laman tersebut, bukanlah suatu yang pelik. Jika dulu, kalau orang bertanya, kenapa diri tak punya akaun Facebook? Mungkin ada yang menjawab, "tak perlu sangat kot." Tapi kini, jika soalan yang sama di ajukan, ada yang menjawab dengan jawapan yang agak simbolik, "sebab tak nak bunuh orang Palestin!". Bagi mereka yang tidak tahu hujung pangkal, pastinya pernyataan tersebut akan membawa kepada seribu satu persoalan, yang seharusnya dirungkaikan satu demi satu.

Semua sedia maklum bahawa laman tersebut di asaskan oleh seorang anak muda berbangsa Yahudi-Amerika, iaitu Mark Zuckerberg. Mengupas peribadi beliau, beliau ialah salah seorang pelajar yang pernah menuntut di universiti yang terulung di dunia, iaitu University Harvard. Namun begitu, di atas kesalahan yang yang telah dilakukan oleh beliau, akhirnya, beliau telah meninggalkan zaman pengajian beliau di institut pengajian tersebut.

Apa yang menyebabkan terdapatnya dakwaan yang mengatakan Facebook memberi sumbangan kepada pembunuhan rakyat di Palestin adalah kerana Mark, sebagai CEO, merupakan salah seorang ahli aktif di dalam Alpha Epsilon Pi Fraternity (AEPi). AEPi adalah sebuah persatuan yang di anggotai oleh mereka yang berketurunan Yahudi Amerika Utara. Fungsinya lebih kurang sama seperti persatuan-persatuan biasa lain, dan diantaranya adalah menjaga kebajikan ahli-ahli. Berdasarkan kepada laman AEPi, persatuan ini sering memberi bantuan dari segi kewangan kepada beberapa pertubuhan yang menyokong kepada Israel. Salah sebuahnya adalah American Israel Public Affairs Committee (AIPAC).

AIPAC secara umumnya adalah sebuah jawatankuasa yang membantu Israel supaya sentiasa mendapat sokongan kuat daripada Amerika. Antara kejayaan yang telah dibawa oleh AIPAC termasuklah membuat beberapa resolusi bagi menyokong dan mempertahankan hak Israel dalam menghadapi puak terrorist, yang dinamakan mereka sebagai Hamas dan Hizballah[1]. Sebagaimana kita mempercayai dan meletakkan harapan yang tinggi kepada para remaja/ belia, begitu juga dengan mereka. Pertubuhan ini percaya bahawa kunci kepada kekukuhan hubungan US-Israel pada masa hadapan adalah dengan mendidik para pemimpin belia yang ada hari ini. Justeru itu, mereka mewujudkan ‘AIPAC on Campus'. Program latihan AIPAC (AIPAC's training program) bekerjasama dengan sekolah-sekolah tinggi (high school), dan pelajar-pelajar universiti (sama ada undergraduate ataupun postgraduate) dalam melatih para pelajar bagaimana untuk mengukuhkan hubungan US-Israel melalui penglibatan di dalam bidang politik[2]. Program ini dinamakan sebagai AIPAC's Political Leadership Development Program. Pemimpin-pemimpin muda ini juga akan turut dilatih untuk menjadi seorang yang pro-Israel[3]. Disebutkan juga di dalam laman web AEPi, bahawa ramai pemimpin terbaik AEPi bergiat aktif dalam AIPAC di kampus mereka[4]. Melalui penerangan-penerangan diatas, dapat dilihat bahawa terdapat kerjasama di antara AEPi dan AIPAC.

AEPi juga adalah sebuah pertubuhan yang memerlukan komitmen daripada ahli-ahlinya sepanjang hayat. Alumni AEPi adalah antara mereka yang akan memberikan sumbangan kepada pertubuhan ini sama ada dari segi kewangan, mahupun kepakaran[5]. Disebabkan hal ini, ada pihak yang mendakwa bahawa Mark Zuckerberg, sebagai salah seorang alumni AEPi, secara tidak langsung terlibat dalam menyediakan ‘kemudahan' kepada pihak Israel untuk terus menyerang Palestin.




Jadi, bagaimana pula Facebook boleh menyumbang kepada Israel sedangkan ianya hanyalah sebuah laman yang menawarkan perkhidmatan percuma kepada pengguna yang mahu mendaftar? Dari mana datangnya sumber kewangan Facebook seperti yang diwar-warkan? Sebagaimana laman web lain yang menyediakan bahagian untuk pengiklanan di laman mereka, begitu juga dengan Facebook. Melalui iklan-iklan tersebut, secara tidak langsung akan menjana pendapatan kepada Facebook. Apabila sesuatu iklan dipaparkan di sebuah laman web, pihak yang bertanggungjawab mengeluarkan iklan tersebut perlu membuat bayaran diatas ruang yang di'sewa'. Terdapat beberapa sistem yang digunakan sebagai cara bayaran bagi sesebuah iklan di Facebook[6]. Salah satu sistem yang digunakan adalah Pay per click (PCP)[7]. Melalui sistem ini, pemilik ruang sewa akan dibayar sewa iklan berdasarkan bilangan kunjungan yang diterima oleh sesebuah laman, melalui iklan yang di paparkan. Jika banyak kunjungan yang diterima, maka bayaran yang akan diterima oleh pemilik ruang sewa juga akan meningkat. Sistem lain yang digunakan adalah Pay per Impression[8]. Bagi sistem ini pula, pemilik ruang sewa akan dibayar sewa bagi setiap kali iklan dipaparkan di laman mereka. Terdapat laman web yang menggilirkan paparan iklan di laman mereka disebabkan oleh banyaknya mendapat tempahan iklan dengan keadaan ruang sewa yang terhad. Maka, di dalam suatu masa, hanya beberapa iklan sahaja yang akan dipaparkan.

Berdasarkan kedua-dua sistem pengiklanan ini, kedua-duanya akan memberi manfaat kepada pemilik ruang sewa, tambahan pula, jika laman tersebut sentiasa mendapat kunjungan yang ramai daripada para pengguna internet. Ianya dapat dilihat di laman tersebut sendiri. Facebook menawarkan harga pengiklanan serendah US $1 satu hari[9]. Jika satu hari 100 orang pengguna Facebook tertarik dengan iklan yang dipaparkan di Facebook, dan langsung mengambil langkah untuk ke laman web tersebut, maka, akan menyumbanglah dia kepada peningkatan ekonomi Facebook.

Selain itu, Facebook turut menjana ekonomi dengan aplikasi-aplikasi yang terdapat di dalamnya. Bagi setiap aplikasi yang direka dan dihantar oleh pengguna, Facebook mengenakan bayaran terhadapnya. Bayaran tersebut tertakluk kepada status penghantar aplikasi, seperti golongan pelajar sama ada golongan bekerjaya. Harga yang paling rendah ditawarkan adalah kepada golongan pelajar iaitu sebanyak $175[10].

Seperti mana laman-laman web yang terdapat di alam maya ini, Facebook juga berhak mendapatkan keuntungan diatas perkhidmatan yang telah mereka berikan kepada masyarakat, terutamanya para penggunanya. Ada sesetengah pihak yang menggunakannya sebagai salah satu cara untuk mengekalkan hubungan dengan kaum keluarga mahupun sahabat handai. Malah, ada juga segelintir yang menjadikannya sebagai medan dakwah. Walaupun sepotong ayat ditulis, jika dicampakkan oleh Allah hidayah ke dalam hati seseorang, tidak mustahil dakwah itu akan menampakkan kesannya, walaupun ada yang mengatakan alasan dakwah itu sebagai yang lapuk.

Orang-orang awam dan pengguna seperti kita, sukar untuk mengetahui kebenaran disebalik dakwaan-dakwaan yang dibuat. Satu demi satu maklumat dicungkil untuk melihat perkaitan Facebook dengan organisasi-organisasi yang terlibat dalam usaha ‘menghilangkan' Palestin daripada peta dunia. Hakikatnya kita hanyalah pengguna Facebook yang berusaha untuk memanfaatkan kemudahan yang ada. Juga, jika ketika sesi pendaftaran pengguna (user sign up) dilakukan, tertulis disitu ‘Facebook menyokong Zionisme', adalah suatu yang mustahil pengguna Facebook akan meningkat kepada angka yang ada seperti hari ini[11].

Hari ini, jika di lihat dan di cari melalui enjin pencari (search engine), banyak dakwaan yang menunjukkan hasil ekonomi yang diperoleh daripada Facebook menyumbang kepada Zionis yang bertapak di Israel. Antaranya adalah apabila Mark Zuckerberg turut tersenarai sebagai selebriti yang hadir ke perayaan sambutan ke-60 Israel pada tahun 2008[12]. Bagi menentukan kebenarannya, tentu sahaja bukan mudah, kerana seseorang mampu untuk berbuat apa sahaja bagi melindungi diri sendiri. Namun, kita sedar bahawa pokok tidak akan bergoyang jika tiada angin. Apa yang perlu ialah sentiasa berhati-hati. Gunakan Facebook sebaik mungkin. Jika dakwaan mengatakan hanya dengan sekali log in, kita telah menyumbang kepada kekayaan Facebook, maka, kurang kan ‘kemasukan' kita ke dalam Facebook. Apabila benar-benar terasa ada kepentingannya, barulah log in. Jika terasa tidak bertambah amal dalam diri, elakkan daripada melakukannya. Hal ini adalah kerana, segala perubahan terletak pada diri kita. Masih banyak urusan di luar sana yang perlu kita lakukan, selain untuk selalu log in ke dalam Facebook.

Kata-kata yang dipetik daripada pencarian di internet hari ini, ‘log out and get a life outside there... see the skies!'

Tidakkah mereka memerhatikan burung-burung yang mengembangkan dan mengatupkan sayapnya di atas mereka? Tidak ada yang menahannya (di udara) selain Yang Maha Pengasih. Sungguh, Dia Maha Melihat segala sesuatu[13].
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

SALAM AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

H1N1 SATU PERINGATAN @ HANYA SEKADAR WABAK???

Bismillahirrahmanirrahim...Segala pujian ke hadrat Allah SWT yang telah memberikan nikmat yang tak terhingga sehingga manusia tidak mampu untuk menghitungnya bahkan menjadikan mereka kufur nikmat....

Alhamdulillah, kali ini kita bertemu lagi setelah sekian lama saya tidak mencoretkan apa2 isu di sini...Meskipun kini satu dunia sedang dilanda wabak selesema babi @ nama saintifiknya H1N1 namun, sebagai seorang hamba yang mengaku beriman denganNya ini merupakan satu peringatan buat kita semua...Tidak Allah timpakan satu azab ke atas satu kaum melainkan setelah banyak kemungkaran dan kemaksiatan yang berlaku di tempat itu...Jika suatu ketika dahulu tatkala selesema burung melanda satu dunia, semua merasa bimbang sehingga terkorban binatang dari jenis burung....Tiap kali berita disiarkan, pasti kita melihat betapa kejam dan zalimnya manusia kerana sanggup tangkap burung terutamanya ayam dan kemudian dimasukkan ke dalam guni untuk dihapuskan atau lebih tepat lagi dibunuh.Namun, satu persoalan ingin saya timbulkan di sini...Jika hari ini, waktu ini, saat ini tatkala wabak selesema babi melanda satu dunia, kenapa manusia tidak dilakukan perkara yang sama terhadap semua babi2 yang ada???kenapa tidak ditangkap lantas dibunuh kesemua babi yang ada???mengapa???Adakah kerana babi itu ada banyak manfaatnya??? atau bagaimana???

Sudah terang lagi bersuluh...Tiada manfaatnya bagi seekor binatang bernama babi...Hal ini telah jelas disebut dalam Al-Quran secara berulang kali di mana Allah mengharamkan babi dari disentuh apatah lagi sebagai makanan...Perkara ini termaktub di dalam Al-Quran dalam beberapa ayat dan surah yang berbeza...satu firman Allah saya petik daripada surah Al-Baqarah, ayat 173 juz 2, m/s 26 yang bermaksud:

" Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."

Dalam surah lain pula, anda boleh semak sendiri tentang pengharaman babi secara jelas oleh Allah SWT iaitu:
1. Surah Al-Maidah ayat 3, juz 6 m/s 107
2.Surah An-Nahl ayat 115,juz 14 m/s 280

Kajian saintifik sendiri mengatakan bahawa babi itu mengandungi sejenis cacing yang tidak akan mati waima di masak dengan suhu yang tinggi...Di samping itu, habitat babi juga adalah kotor...Walau sebersih manapun kandang babi...disteril berpuluh kali pun, itu tetap tidak dapat menghapuskan kuman yang telah bermukim pada jasadnya...Lihat pula pada apa yang babi makan...dari jenis kotoran dan sisa2...dan kita lihat pula perangai babi. (maksud saya dari segi persenyawaannya)..ia binatang yang akan memberi kerjasama antara yang jantan untuk melakukan persenyawaan dengan yang betina...Berbeza dengan haiwan dan binatang lain...pasti akan berlaku persaingan antara si jantan dalam merebut si betina....contoh paling mudah saya beri...manusia, jika memiliki ramai pasangan dalam melakukan hubungn seks pasti akan menghidap penyakit HIV POSITIF....Beginilah saya sinonimkan dengan babi...

Buat akhirnya...Satu peringatan buat saya dan anda semua para pembaca blog saya...ingatlah...setiap apa yang berlaku di sekeliling kita pasti ada sebab musababnya...inipun jika kita tergolong daripada golongan yang suka dan sentiasa berfikir...Bila Allah timpakan satu penyakit @ wabak @ ujian yang masih boleh membawa kita dan memberikan ruang masa untuk kita berfikir, bermuhasabah, dan bertaubat, maka jangan kita siakan peluang yang ada. bertaubatlah dan bertaqwalah kepada Allah SWT...Kembalilah kepada ajaran Islam yang sebenarnya, jangan hanya beriman pada sebahagian saja. yang nak kita ambil dan amal...yang tak nak, kita buang dan pisahkan...Islam itu agama yang paling mulia di sisi Allah...jangan kita jadi golongan yang akan beri fitnah terhadap Islam tetapi moga kita terdiri dari golongan yang akan menaikkan kembali kegemilangan Islam...ALLAHU AKBAR!!!



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Bencikah aku...

Da lama aku tak tulis dalam blog ni...
Kadang2 aku semangat nak tulis apa yang aku rasa tapi semua tu pasti hilang tatkala aku buka blog ni...
Kadang2 aku rindu untuk melihat suasana dahulu...kehidupan di zaman sekolah...
meskipun aku tidak memiliki banyak kenangan manis, namun aku tetap rindukan zaman persekolahanku...
zaman yang hanya aku lalui sekali dalam seumur hidupku...
teringat time skolah dulu, cikgu selalu kata zaman sekolahlah paling best antara semua zaman yang pernah mereka lalui...
biasalah, time sekolah, rasa x sabar nak melangkah ke alam pekerjaan...rasa cam best je...
tapi, meskipun aku belum lalui alam pekerjaan, kini aku rindu pada zaman sekolah...
tempat belajar skang pun da x best cam dulu...
aku rasa cam terkongkong ngan peraturan yang terlalu ketat plak...
klu dulu, bleh balik tiap minggu(walaupun rumah aku dekat, tapi aku x slalu blk. blk pun time cuti panjang je smpai sume orang heran...)
skang, blk sebulan sekali je,outing seminggu skali...aku rasa cam sekolah menengah plak, tapi time skolah dulu lenla...ni kira cam ala2 u la gak tapi, bila pihak atasan wat rules baru, sume org rasa cam skolah punya rules...bukan aku je...

Teringat time skolah dulu, orang slalu kata aku ni "budak skema"...
hahaha.. tapi, memang pun.lagi satu, dapat gelaran "budak serious memanjang"...
tapi, memang aku slalu wat muka serious pun sampai kakak roomate dulu cakap" takut nak tegur sebab tengok muka aku serious giler.." aku gelak je bila dengar orang cakap camtu...
tapi, bila orang da kenal aku, dorang mesti cakap yang aku ni rupanya "giler2 la"juga...:)
ni x interest sangat nak citer...

ada satu citer nak tulis kat sini...
time skolah sampai skang, aku jenis yang x suka nak "be friend with guys"..
tapi, aku ni bukanlah anti ngan kaum adam ni, just biasa2 je...kawan2 juga tapi xla sampai be best friend ke apa ke...
kadang2 aku heran ngan semua girlfriend aku yang ada kawan rapat @ kawan baik dia lelaki.apa da xde orang perempuan ke nak jadikan best friend???
klu sampai tahap dah x percayakan perempuan tuk dibuat best friend, janganlah cari orang lelaki plak...siblings kan ada...
aku plak sampai skang sukar tuk percaya ngan lelaki...except my brothers and abah je...
mesti klu ada yang baca artikel ni akan cakap yang aku ni mesti ada bad story sampai aku da sukar tuk percaya ngan orang lelaki...
memang ada pun, tu pun just kena tipu jela...tapi, aku pun xbleh nak salahkan orang yang menipu tu je coz aku pun salah gak iaitu sebab aku layan dorang...tula dorang pun bleh goreng aku sampai kena tipu...hahaha...
ni pengalaman buruk tentang lelaki...
pengalaman manis???(ada ke ha???)
ada kut tapi aku xtau nak kata apa ni pengalaman ke apa....
maybe bleh agak orang tu baik kot...

Al-kisah bermula pada pertengahan tahun lepas, tak silap aku dalam sekitar bulan julai-ogos...
kisah bermula bila ada seorang pemuda ni berhasrat tuk dicarikan jodoh tuknya....maka, dipendekkan citer, kebetulan pemuda tu ada seorang kakak angkat satu tempat ngan aku belajar, jadi si kakak angkat dia suruh kawan aku ni carikan tuk pemuda ni....
Nak dijadikan cerita, aku tau cikit pasal pemuda tu sebab kawan aku ni selalu citer pape ngan aku..firstly, memang aku x fikir papela, just jadi pendengar setia je. yela bila orang nak story kat kita, kita jadi pendengar pun dah cukup baik....

Disingkatkan citer(tapi still panjang juga), mula2 kawan aku mencalonkan sahabat baiknya sebagai calon isteri tuk pemuda tersebut...namun, ntah sebab apa ye xjadi...maka, datang pula calon kedua. hampir sekufu aku kira, tapi perempuan tu x setuju, jadi cancel lagi...sudahnya , tetiba kawan aku tu wat joke cakap kat aku :"senang2 anti jela jadi calon tuk dia"....aku senyum je...no comment.

Keesokan harinya,aku dengan tetiba gatal mulut cakap ngan kawan yang aku nakla jadi calon tuk si pemuda tu....Kawan aku apalagi suka bukan main....terus je minta aku bagi biodata kat dia tuk disampaikan kepada si pemuda....

Dalam aku menulis biodata, hatiku masih risau dan bimbang. aku takut tindakan aku ni salah....sebolehnya aku tak mahu sakitkan hati sesiapa lebih2 lagi hati seorang lelaki.....
dipendekkan story, lastly kira aku n si pemuda tu da setujula....

tapi, dalam aku terima si pemuda, hatiku tetap dipagut bimbang... jiwaku tidak tenteram...aku mula rasa fokusku terhadap pelajaran terganggu....ni bukan sebab kami selalu contact, tapi kami langsung tak pernah contact berjumpa apa lagi....ibaratnya aku di barat dia di selatan...

aku cuba minta pandangan kawanku yang menjadi orang tengah antara kami...namun, jawapannya tetap tidak dapat memberi ketenangan padaku...lantas ku lakukan solat hajat dan istikharah....memang sebelum ni pun aku selalu wat 2 solat sunat tu tapi, bila benda camni terjadi, doaku bertambah panjang...

balik umah time cuti, aku story kat umi and my sisters...aku tiga beradik perempuan, jadi kami memang rapat...pada umi aku jelaskan serba-sedikit maklumat yang aku tahu tentang pemuda tu...respon umi memang baik...kira senang cakap umi bagi green light tuk aku...sampai siap tanya bila lelaki tu nak datang umah...aku punya terkejut habis...respon kakak plak, sorang positif & sorang negatif....
yang negatif tu cakap :" takkanla senang2 je nak accept somebody yang kita x pernah kenal langsung ngan begitu mudah..."
betul juga, ada kebenaran di sebalik kata2 tu...pastu kakak aku bagi suggestion suh kenal dulu ngan si pemuda...
aku hanya diam... dalam hati, sebolehnya aku x mahu jalinkan apa2 hubungan persahabatan ngan lelaki apatah lagi klu lelaki tu merupakan calon suami...sebolehnya aku mahukan hubungan yang diredhoi alllah...
sebolehnya bagiku, perkahwinan yang berkat tu bukan time hari perkahwinan tu, tapi ianya bermula dari perkenalan pertama antara lelaki dan perempuan tu tercipta....barulah redho allah mengiringi...

lantas, lama jugala hubungan kami terjalin tanpa apa2 talian...ni pun permintaan si pemuda...aku hormati permintaan si pemuda tapi dengan tindakan ni jugala membuatkan hatiku tidak tenteram....aku selalu fikir camne tetiba klu aku tolak dia lepas aku tamat belajar....skang pun, aku masih dilema "betul ke aku nak terima dia sebagai suami...."

lastly, aku minta hubungan ni diputuskan tanpa apa2 reason...tapi, ketahuilah wahai si pemuda...
andai dikau membaca tulisan ini. pertama kali, ku pohon kemaafan kerana menulis kisah ini dalam blogku. meskipun tidak ku tulis namamu, namun andai kau membacanya, pasti kau boleh mengagak yang si pemuda baik tu adalah dirimu kerana hanya dikau yang ada kaitan ngan cerita ni....

bukan ku pinta simpati daripadamu, wahai si pemuda tetapi sejujurnya aku mengakui bahawa hatiku tidak tenteram sejurus aku bersetuju tuk menerima dirimu...pernah satu ketika aku memberi mesej padamu menyatakan hasrat hatiku, namun tiada respon yang kau berikan. diamnya dirimu menguatkan kebenaran tindakan diriku untuk minta putus daripada jalinan hubungan yang sementara ini....

mungkin aku bukan yang terbaik buatmu....aku menerima dengan hati terbuka...tapi, aku selalu harapkan tuk bertemu ngan pemuda yng melabuhkan tirai cintanya demi redho Allah. dan ku pasti yang dikau akan perolehi wanita yang lebih beragama daripadaku...walau selautan kemaafan ku hulurkan, ku tahu ia tetap tidak akan dapat memadamkan kesakitan hatimu, wahai pemuda...
hanya doa kebaikan buatmu ku titipkan...
ku tahu dikau merupakan pemuda baik, yang mahu pelihara kesucian akan sebuah perhubungan, lantas kerana itu ku kira aku bukan yang terbaik buatmu...moga Allah berikan yang terbaik buatmu....

Pemuda soleh tidak akan mahu menjalin apa2 hubungan dengan seorang wanita yang akan dia jadikan sebagai calon isterinya melainkan hanya dengan ikatan pernikahan....kerana dia harapkan redho dan rahmat Allah sentiasa bersamanya....Lantas ia suarakan hasrat hatinya pada wali si gadis.....itu lebih mulia berbanding hubungan yang terjalin sekian lama yang hanya berlandaskan cinta nafsu duniawi di samping murka Allah mengiringi...sudah hilang keberkatan perkahwinan kerana jalinan pertama dipenuhi dengan noda dan dosa...pesanan buat semua pemuda, andai benar dikau lelaki mulia, kau tidak akan sanggup mencemarkan dan merosakkan semua wanita hanya kerana jalinan yang kau cipta di samping janji manis yang kau taburi...kau pasti benci untuk melihat perkara itu berlaku pada adik2 perempuanmu dan kakakmu, lantas kau juga tidak akan mensia2kan nilai harga diri seorang wanita....andai hari ini kau lakukan juga perkara tersebut pada seorang wanita, ku kira pasti suatu hari nanti pemuda lain juga akan lakukan perkara yang sama pada saudara perempuanmu sepertimana yang telah kau lakukan pada insan yang bergelar wanita....nauzubillahiminzalik...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers