Pages

Showing posts with label isu semasa. Show all posts
Showing posts with label isu semasa. Show all posts

Kartika jalani khidmat komuniti,Cukupkah sebagai pengganti hukuman sebatan?

KUANTAN 2 April - Bekas model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor, 33, hari ini melaporkan diri di Rumah Kanak-kanak Tengku Ampuan Fatimah di sini bagi menjalani kerja khidmat komuniti yang dikenakan ke atasnya sebagai ganti hukuman sebat.

Ibu kepada dua anak itu dikenakan kerja khidmat komuniti selama tiga minggu atas budi bicara Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah yang meringankan hukumannya kerana kesalahan minum arak.

Sebelum ini, hukuman sebat yang dikenakan oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini ke atas bekas model sambilan itu mendapat perhatian selepas dipertikaikan oleh pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan termasuk media asing.

Kartika ketika ditemui pemberita berkata, dia berpuas hati dengan hukuman yang dikenakan ke atasnya walaupun pada mulanya berasa sedikit terkejut dan sedih kerana terpaksa berpisah dengan dua anaknya.

''Alhamdulillah, saya bersedia dan berpuas hati dengan hukuman ini walaupun terpaksa berpisah dengan anak-anak untuk tempoh yang lama.

''Walaupun perasaan saya bercampur aduk tetapi saya akan menjunjung titah Tuanku Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah dan menerimanya dengan hati terbuka," katanya sebaik tiba di perkarangan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di sini hari ini.

Kartika yang ditemani keluarganya hadir di Bahagian Penguatkuasa JAIP kira-kira pukul 8.45 pagi sebelum dibawa ke rumah kebajikan tersebut dengan diiringi kenderaan rasmi JAIP.

Dia kemudiannya dilihat menaiki sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Alphard berwarna hitam manakala bapa, kakak dan bapa saudaranya menaiki kereta jenis Kia Rio berwarna jingga menuju ke rumah kebajikan itu yang terletak kira-kira lima kilometer dari pejabat JAIP di sini.


Bismillahirrahmanirrahim...
Berita di atas saya muat turun di blog saya semalam tapi, hari ini baru berkesempatan untuk memberi ulasan berkenaan isu tersebut. Bukanlah saya seorang pengulas terbaik tetapi, saya hanya sekadar mahu berkongsi apa yang saya tahu dengan para pembaca semua...

Satu berita yang berkaitan Kartika mengenai hukuman sebatan disebabkan minum arak di akhbar lain turut saya baca.Apa yang amat mengecewakan saya ialah mengenai kata-kata seorang pemimpin berkaitan hukuman sebatan menurut Islam atas kesalahan minum arak dikatakan sebagai "tidak berperikemanusiaan..."
Astagfirullahal azim....Tak tau macamana saya nak ungkapkan di sini...Sipakah kita untuk melabelkan hukuman yang telah Allah tentukan sebagai suatu yang tidak relevan,tidak berperikemanusiaan???
Sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat makhluk ciptaannya...

Sejenak saya ajak anda berfikir...Andai hukum Allah kita berani untuk memperkotak-katikkan,maka tidak hairanlah dengan undang-undang ciptaan manusia...Sedangkan perintah Allah pun manusia berani langgar,apatah lagi hukuman manusia....Bukan ini sahaja yang saya mahu anda berfikir...Apakah insan yang sanggup memperkatakan sedemikian rupa tidak berfikir tentang sejauh manakah keberkesanan undang-undang manusia terhadap manusia itu sendiri?Jika seorang pesalah yang dijatuhkan hukuman sebatan atas kesalahan merogol,meliwat dan seumpama dengannya, dikatakan sebagai "berperikemanusiaan" maka,apakah ia dapat memberi impak kepada yang lain?
Lihat sahaja pada jenis rotan yang digunakan, sudah cukup menggerunkan apatah lagi tatkala saya melihat hukuman sebatan itu dijalankan...Sehingga tersiat daging di punggung pesalah, namun apakah ia dapat memberikan kesedaran buat manusia yang berada di luar sana khususnya penjenayah-penjenayah yang masih berpeleseran di mana jua???

Anda sendiri tahu jawapannya...Semestinya tidak...Adakah hukuman sebegini dilabelkan sebagai ada nilai kemanusiaan???hanya orang gila saja yang mengakuinya....

Jika kita rujuk dan kembali kepada kitab suci Al-Quran di dalam surah An-Nisa' ayat : 58 & 59 yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan Segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum Dengan adil. Sesungguhnya Allah Dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran Yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat. Wahai orang-orang Yang beriman, Taatlah kamu kepada Allah dan Taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang Yang berkuasa) dari kalangan kamu. kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) Dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya."

Dan lihat juga pada surah yang sama pada ayat 135 yang bermaksud:

" Wahai orang-orang Yang beriman! hendaklah kamu menjadi orang-orang Yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. kalaulah orang (yang didakwa) itu kaya atau miskin (maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi Yang memperkatakan kebenaran disebabkan kamu bertimbang rasa), kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada keduanya. oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan. dan jika kamu memutar-balikkan keterangan ataupun enggan (daripada menjadi saksi), maka Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui Dengan mendalam akan apa Yang kamu lakukan."

Begitu juga pada surah Al-Maidah ayat 8 yang bermaksud:

" Wahai orang-orang Yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang Yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. dan bertaqwalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah Maha mengetahui Dengan mendalam akan apa Yang kamu lakukan."

Ayat-ayat di atas jelas menunjukkan bahawa seharusnya kita melakukan hukuman dengan hukuman yang adil yang telah ditentukan oleh Allah Taala yakni dengan hukuman Allah(undang-undang syarie@ Islam)

Jadi, kesimpulannya anda sendiri boleh bermuhasabah, sejauh manakah undang-undang Allah itu ditegakkan di sini?Tepuk dada tanya iman, masing-masing boleh dapat jawapannya...
Sekadar coretan dan sedikit ulasan daripada saya hamba yang masih dalam belajar...segala-galanya saya kembalikan pada Allah Taala....Andai di dunia kita boleh mengelak daripada hukuman Allah yang setimpal dengan kesalahan yang dilakukan, tetapi jangan kita lupa bahawa kita takkan terlepas daripada hukuman-Nya yang lebih berat di akhirat kelak...
Wallahu 'alam....
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Facebook Membunuh Rakyat Palestin?


www.iLuvislam.com
Nur Syamimi Mohamad Napis
Editor : Im Koyube



Kini, anak kecil yang dibangku sekolah rendah pun sudah tahu menggunakan perkhidmatan internet, kerana segalanya di hujung jari. Seorang kanak-kanak lelaki berumur 10 tahun di tanya, "Mengapa guna internet? Adakah sebarang kerja sekolah yang diberi oleh guru yang memerlukan adik untuk menggunakan internet?" Balasnya, "Tidak. Saya nak tengok gambar kakak dan abang saya di luar negara sana." Ditanya kembali, "Bagaimana?". Di balas, "Tengok dekat Facebook atau Friendster mereka." Zaman ini amat mudah. Walau jauh beribu kilometer, jika rindu, hanya sekali klik dan beberapa taipan di papan kunci (keyboard), rindu yang terpalit di hati pasti terubat.

Facebook. Jika ada yang tidak pernah dengar perkataan tersebut, agak mustahil. Tetapi, jika ada yang tidak mempunyai akaun pada laman tersebut, bukanlah suatu yang pelik. Jika dulu, kalau orang bertanya, kenapa diri tak punya akaun Facebook? Mungkin ada yang menjawab, "tak perlu sangat kot." Tapi kini, jika soalan yang sama di ajukan, ada yang menjawab dengan jawapan yang agak simbolik, "sebab tak nak bunuh orang Palestin!". Bagi mereka yang tidak tahu hujung pangkal, pastinya pernyataan tersebut akan membawa kepada seribu satu persoalan, yang seharusnya dirungkaikan satu demi satu.

Semua sedia maklum bahawa laman tersebut di asaskan oleh seorang anak muda berbangsa Yahudi-Amerika, iaitu Mark Zuckerberg. Mengupas peribadi beliau, beliau ialah salah seorang pelajar yang pernah menuntut di universiti yang terulung di dunia, iaitu University Harvard. Namun begitu, di atas kesalahan yang yang telah dilakukan oleh beliau, akhirnya, beliau telah meninggalkan zaman pengajian beliau di institut pengajian tersebut.

Apa yang menyebabkan terdapatnya dakwaan yang mengatakan Facebook memberi sumbangan kepada pembunuhan rakyat di Palestin adalah kerana Mark, sebagai CEO, merupakan salah seorang ahli aktif di dalam Alpha Epsilon Pi Fraternity (AEPi). AEPi adalah sebuah persatuan yang di anggotai oleh mereka yang berketurunan Yahudi Amerika Utara. Fungsinya lebih kurang sama seperti persatuan-persatuan biasa lain, dan diantaranya adalah menjaga kebajikan ahli-ahli. Berdasarkan kepada laman AEPi, persatuan ini sering memberi bantuan dari segi kewangan kepada beberapa pertubuhan yang menyokong kepada Israel. Salah sebuahnya adalah American Israel Public Affairs Committee (AIPAC).

AIPAC secara umumnya adalah sebuah jawatankuasa yang membantu Israel supaya sentiasa mendapat sokongan kuat daripada Amerika. Antara kejayaan yang telah dibawa oleh AIPAC termasuklah membuat beberapa resolusi bagi menyokong dan mempertahankan hak Israel dalam menghadapi puak terrorist, yang dinamakan mereka sebagai Hamas dan Hizballah[1]. Sebagaimana kita mempercayai dan meletakkan harapan yang tinggi kepada para remaja/ belia, begitu juga dengan mereka. Pertubuhan ini percaya bahawa kunci kepada kekukuhan hubungan US-Israel pada masa hadapan adalah dengan mendidik para pemimpin belia yang ada hari ini. Justeru itu, mereka mewujudkan ‘AIPAC on Campus'. Program latihan AIPAC (AIPAC's training program) bekerjasama dengan sekolah-sekolah tinggi (high school), dan pelajar-pelajar universiti (sama ada undergraduate ataupun postgraduate) dalam melatih para pelajar bagaimana untuk mengukuhkan hubungan US-Israel melalui penglibatan di dalam bidang politik[2]. Program ini dinamakan sebagai AIPAC's Political Leadership Development Program. Pemimpin-pemimpin muda ini juga akan turut dilatih untuk menjadi seorang yang pro-Israel[3]. Disebutkan juga di dalam laman web AEPi, bahawa ramai pemimpin terbaik AEPi bergiat aktif dalam AIPAC di kampus mereka[4]. Melalui penerangan-penerangan diatas, dapat dilihat bahawa terdapat kerjasama di antara AEPi dan AIPAC.

AEPi juga adalah sebuah pertubuhan yang memerlukan komitmen daripada ahli-ahlinya sepanjang hayat. Alumni AEPi adalah antara mereka yang akan memberikan sumbangan kepada pertubuhan ini sama ada dari segi kewangan, mahupun kepakaran[5]. Disebabkan hal ini, ada pihak yang mendakwa bahawa Mark Zuckerberg, sebagai salah seorang alumni AEPi, secara tidak langsung terlibat dalam menyediakan ‘kemudahan' kepada pihak Israel untuk terus menyerang Palestin.




Jadi, bagaimana pula Facebook boleh menyumbang kepada Israel sedangkan ianya hanyalah sebuah laman yang menawarkan perkhidmatan percuma kepada pengguna yang mahu mendaftar? Dari mana datangnya sumber kewangan Facebook seperti yang diwar-warkan? Sebagaimana laman web lain yang menyediakan bahagian untuk pengiklanan di laman mereka, begitu juga dengan Facebook. Melalui iklan-iklan tersebut, secara tidak langsung akan menjana pendapatan kepada Facebook. Apabila sesuatu iklan dipaparkan di sebuah laman web, pihak yang bertanggungjawab mengeluarkan iklan tersebut perlu membuat bayaran diatas ruang yang di'sewa'. Terdapat beberapa sistem yang digunakan sebagai cara bayaran bagi sesebuah iklan di Facebook[6]. Salah satu sistem yang digunakan adalah Pay per click (PCP)[7]. Melalui sistem ini, pemilik ruang sewa akan dibayar sewa iklan berdasarkan bilangan kunjungan yang diterima oleh sesebuah laman, melalui iklan yang di paparkan. Jika banyak kunjungan yang diterima, maka bayaran yang akan diterima oleh pemilik ruang sewa juga akan meningkat. Sistem lain yang digunakan adalah Pay per Impression[8]. Bagi sistem ini pula, pemilik ruang sewa akan dibayar sewa bagi setiap kali iklan dipaparkan di laman mereka. Terdapat laman web yang menggilirkan paparan iklan di laman mereka disebabkan oleh banyaknya mendapat tempahan iklan dengan keadaan ruang sewa yang terhad. Maka, di dalam suatu masa, hanya beberapa iklan sahaja yang akan dipaparkan.

Berdasarkan kedua-dua sistem pengiklanan ini, kedua-duanya akan memberi manfaat kepada pemilik ruang sewa, tambahan pula, jika laman tersebut sentiasa mendapat kunjungan yang ramai daripada para pengguna internet. Ianya dapat dilihat di laman tersebut sendiri. Facebook menawarkan harga pengiklanan serendah US $1 satu hari[9]. Jika satu hari 100 orang pengguna Facebook tertarik dengan iklan yang dipaparkan di Facebook, dan langsung mengambil langkah untuk ke laman web tersebut, maka, akan menyumbanglah dia kepada peningkatan ekonomi Facebook.

Selain itu, Facebook turut menjana ekonomi dengan aplikasi-aplikasi yang terdapat di dalamnya. Bagi setiap aplikasi yang direka dan dihantar oleh pengguna, Facebook mengenakan bayaran terhadapnya. Bayaran tersebut tertakluk kepada status penghantar aplikasi, seperti golongan pelajar sama ada golongan bekerjaya. Harga yang paling rendah ditawarkan adalah kepada golongan pelajar iaitu sebanyak $175[10].

Seperti mana laman-laman web yang terdapat di alam maya ini, Facebook juga berhak mendapatkan keuntungan diatas perkhidmatan yang telah mereka berikan kepada masyarakat, terutamanya para penggunanya. Ada sesetengah pihak yang menggunakannya sebagai salah satu cara untuk mengekalkan hubungan dengan kaum keluarga mahupun sahabat handai. Malah, ada juga segelintir yang menjadikannya sebagai medan dakwah. Walaupun sepotong ayat ditulis, jika dicampakkan oleh Allah hidayah ke dalam hati seseorang, tidak mustahil dakwah itu akan menampakkan kesannya, walaupun ada yang mengatakan alasan dakwah itu sebagai yang lapuk.

Orang-orang awam dan pengguna seperti kita, sukar untuk mengetahui kebenaran disebalik dakwaan-dakwaan yang dibuat. Satu demi satu maklumat dicungkil untuk melihat perkaitan Facebook dengan organisasi-organisasi yang terlibat dalam usaha ‘menghilangkan' Palestin daripada peta dunia. Hakikatnya kita hanyalah pengguna Facebook yang berusaha untuk memanfaatkan kemudahan yang ada. Juga, jika ketika sesi pendaftaran pengguna (user sign up) dilakukan, tertulis disitu ‘Facebook menyokong Zionisme', adalah suatu yang mustahil pengguna Facebook akan meningkat kepada angka yang ada seperti hari ini[11].

Hari ini, jika di lihat dan di cari melalui enjin pencari (search engine), banyak dakwaan yang menunjukkan hasil ekonomi yang diperoleh daripada Facebook menyumbang kepada Zionis yang bertapak di Israel. Antaranya adalah apabila Mark Zuckerberg turut tersenarai sebagai selebriti yang hadir ke perayaan sambutan ke-60 Israel pada tahun 2008[12]. Bagi menentukan kebenarannya, tentu sahaja bukan mudah, kerana seseorang mampu untuk berbuat apa sahaja bagi melindungi diri sendiri. Namun, kita sedar bahawa pokok tidak akan bergoyang jika tiada angin. Apa yang perlu ialah sentiasa berhati-hati. Gunakan Facebook sebaik mungkin. Jika dakwaan mengatakan hanya dengan sekali log in, kita telah menyumbang kepada kekayaan Facebook, maka, kurang kan ‘kemasukan' kita ke dalam Facebook. Apabila benar-benar terasa ada kepentingannya, barulah log in. Jika terasa tidak bertambah amal dalam diri, elakkan daripada melakukannya. Hal ini adalah kerana, segala perubahan terletak pada diri kita. Masih banyak urusan di luar sana yang perlu kita lakukan, selain untuk selalu log in ke dalam Facebook.

Kata-kata yang dipetik daripada pencarian di internet hari ini, ‘log out and get a life outside there... see the skies!'

Tidakkah mereka memerhatikan burung-burung yang mengembangkan dan mengatupkan sayapnya di atas mereka? Tidak ada yang menahannya (di udara) selain Yang Maha Pengasih. Sungguh, Dia Maha Melihat segala sesuatu[13].
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

BIR HALAL???

Baru2 ini,satu Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2009 telah berlangsung bertempat di Pusat Pameran dan Konvensyen Matrade bermula pada hari Rabu, 6 Mei 2009 dan tamat pada Ahad ini,10 Mei 2009.Apa yang menariknya untuk saya kongsi dengan anda semua ialah tentang pengeluaran satu produk "BIR HALAL" keluaran Iran berjenama "ISTAK."



Berita ini saya perolehi melalui akhbar harian Metro bertarikh 8 Mei 2009.Saya tidak berkesempatan untuk mengunjungi pameran halal antarabangsa tersebut, jadi saya sarankan kepada sesiapa yang mempunyai kelapangan masa pada Ahad ini atau bagi sesiapa yang telah berkunjung ke pamern tersebut untuk sama2 berkongsi akan produk terbaru barangan "HALAL" untuk memastikan dan mensahihkan akan kebenaran pengeluaran produk ini.



Memang bagus pameran ini dibuat untuk kepentingan ummat Islam.Namun, pabila saya baca berita mengenai "BIR HALAL " ini, hati saya tersentak.Apa yang saya dapati daripada sumber akhbar terbabit mengatakan bahawa "ISTAK" ini mempunyai persamaan dengan bir yang lain atau lebih tepat lagi ia memiliki tekstur rasa yang sama dengan bir yang haram.Cuma bezanya ia tidak memabukkan iaitu tidak mempunyai alkohol.



Selain itu, ia mempunyai banyak kelebihan khasiat seperti: dapat mencegah penyakit batu karang, mengurangkan tekanan, menjaga buah pinggang dan membakar lemak. Di samping itu, ia dapat memberikan kesegaran dan tenaga kepada peminumnya.



Menurut Azizi Ahmad,Pengarah Eksekutif Malaysian Iranian Corporation (MIC) Sdn Bhd yang menjadi pembekal tunggal produk ini di Malaysia mengatakan:Beliau mensasarkan jualan sebanyak 50000 unit sebulan membabitkan produk "ISTAK" botol dan tin apabila dipasarkan hujung tahun ini.Ini berikutan produk "ISTAK" mendapat sambutan luar biasa sehingga mampu mencatat jualan 50000 (tin dan botol) dalam masa sehari di Iran.



Selain itu, MIC bercadang membuka kilang memproses "ISTAK" di negara ini.Tetapi, ia bergantung kepada sambutan orang ramai. Di samping itu, beliau juga bercadang untuk memperkenalkan Produk ini ke seluruh rantau Asia Pasifik.



Tambahan,"ISTAK" boleh didapati dalam bentuk tin dan botol yang mengandungi 10 jenis perisa dan dijual pada harga RM3.50 setiap satu.



Wahai para pembaca sekalian, tidakkah anda berasa hairan pabila membaca berita ini???Timbul persoalan di minda saya:"Ada ke bir yang halal?" "Bukan ke bir dengan arak tu lebih kurang sama je?"Kalau dah namanya bir, mana ada halalnya.



Lihat saja pada botol dan tinnya, hampir sama dengan tin dan botol arak "HARAM" yang lain.Maafkan saya kerana tidak dapat nak tunjukkan gambar produk tersebut pada anda semua.Sejauh mana ia halal?Tidak mustahil cara pembuatannya sama dengan arak dan boleh jadi tempat dan bekas yang digunakan juga turut sama digunakan di dalam pemprosesan arak dan bir lain.Ini hanyalah pandangan peribadi saya.Jadi, saya tak minta anda terima ia bulat2.



Satu kisah ingin saya bawakan di sini. Cerita bermula pabila seorang guru mengadakan satu permainan dengan pelajarnya.Pada mulanya, guru itu berkata:"Di tangan saya ada 2 objek iaitu sebatang pembaris dan sebatang pen.Andai saya mengangkat pen ini, saya mahu anda semua katakan ia adalah pen. Begitu juga apabila saya mengangkat pembaris ini, maka anda dikehendaki mengatakan ia adalah pembaris."



Maka berlangsunglah sesi 1 tersebut sebanyak 3 kali.Kemudian, untuk sesi ke-2 pula, guru itu berkata:"Andai saya mengangkat pen ini, maka saya mahu anda katakan ia adalah pembaris, dan bila saya angkat pembaris ini, anda hendaklah katakan ia adalah pen."Setelah jelas,maka berlangsunglah sesi ke-2 sebanyak 3 kali juga. Tetapi, itupun ada di kalangan mereka yang keliru untuk mengatakan yang sebaliknya tatkala guru mereka mengangkat pembaris.Begitu juga dengan pen.



Apa yang saya nak simpulkan daripada cerita di atas ialah sesi pertama itu diumpamakan dengan situasi dan keadaan di mana perkara haq dan batil itu amat mudah dan jelas untuk dibezakan.Dan sesi kedua pula menerangkan bahawa keadaan perkara haq dan batil itu sudahpun bercampur sehingga manusia sendiri jadi keliru untuk menentukannya. Sama juga dengan situasi cerita tentang "BIR HALAL" di atas.



"Bukankah jika suatu perkara atau benda itu hampir sama sifat dan bentuknya dengan benda dan perkara yang jelas haram, maka hukum penggunaannya boleh diqiyaskan(diumpamakan @ disamakan) dengan hukum barangan yang haram tersebut???"



Soalan ini saya tinggalkan tanpa jawapan untuk melihat sensitiviti anda (para pembaca) akan sesuatu perkara. Sejauh mana anda ihtimam (ambil berat) berkenaan perkara ini?Adakah anda juga akan membeli produk ini dan meminumnya hanya kerana ia dikatakan "HALAL???" tanpa cuba mengkaji dan membuat penganalisisan??? Kenapa saya lontarkan soalan begini kepada anda?Kerana saya pernah menghadiri satu kursus yang membincangkan tentang produk "HALAL HARAM DALAM MAKANAN" dan saya diberitahu berkenaan ada juga babi sejuk beku yang dijual di pasar raya bercop "HALAL" di Singapura.Walaupun ia berlaku di Singapura namun, isunya ialah "HALAL" tersebut.Jadi, saya juga tidak mahu anda tertipu pada suatu barangan hanya kerana ada tanda "HALAL"padanya. Anda mampu untuk berfikir sendiri dan membuat keputusan. Segalanya terletak di tangan anda.Mungkin saya hanya boleh jadi tukang beritahu sahaja:)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers