Pages

SEUTUH KASIHMU.SAYANG.


"Seutuh kasihmu sayang, adalah dambaan hatiku… syukur atas rahmat Tuhan Yang Satu… Assalamualaikum…Ikhlas mencintaimu...Abang…Air mataku mengalir lebat membasahi pipi… aku terkenang kembali nostalgia kisah suka dukaku bersama insan yang telah berjanji setia mengasihiku hingga ke akhir hayatnya...Dalam debu-debu nipis yang membaluti sampul kecil tanda terakhir cintanya buatku, ada tersirat rasa kasih yang mendalam darinya untuk diriku ini dengan izin allah rabbul izzati….Fikiranku kembali mengingati seraut wajahnya yang tenang setenang air di kali… tidak pernah hatiku di sakiti,jauh sekali menguji sedalam mana ikhlasnya cintaku dan setinggi mana kesabaranku menanti hadirnya sebagai raja dalam hidup ini…. sentiasa dibibirnya mengungkap rasa rindu padaku sekalipun setelah kami berumah tangga… hidupku bahagia dengan hadirnya Hadi Hafis,suamiku dunia akhirat,insya allahu rabbi…Bermulanya perkenalan kami di sebuah institusi pengajian tinggi luar negara… walaupun kami tidak sefakulti, namun jodoh menemukan hati ini…Hadi adalah kasih pertama yang hadir dalam hidupku…. Bermula dengan sebuah sajak "Sesuci wajahmu Hawa"nukilannya, hatiku mula tertaut pada Hadi… sajak dalam risalah pelajar Muslim "an-Nas" itu kugunting dan kusematkan di dalam diari hijauku… (kebetulan warna kegemaran Hadi). Namun kusimpan rasa kasih itu dalam-dalam kerana kuyakin perasaan ini akan menjadi jahid yang tinggi nilainya di sisi seorang muslimah sepertiku… itu janji Tuhan buat insan bergelar perempuan dan aku tidak mahu ketinggalan merasai ganjaran itu walau aku akur, bukan mudah untuk menolak keinginan berterus-terang…. Sesekali terdetik perasaan untuk aku memulakan perkenalan, namun imanku menepis rasa di hati dengan istighfarku kepada Allah…Terkadang, apabila berselisih dengannya, jantungku berdegup kencang… Ingin saja ku melemparkan senyuman yang paling manis buat insan yang telah menambat hati dan mewarnai hidup ini… namun maluku mengatasi segalanya… Alhamdulillah… sesekali aku diusik rakan-rakan, tapi aku tidak mengalah. Ego untuk membela akhlakku menyelamatkan diri ini dari terus menjadi usikan rakan-rakan…. Aku hanya membisu… Tidak mahu aku layani telatah rakan-rakanku, kerana aku tidak mahu nafsu amarah ini kalah dengan jihad yang sedang kubina atas dasar kasihku pada Allah Yang Maha Satu. Dikala mindaku bercelaru, aku pasti merehatkan diriku di bangku taman universiti. Kehijauan taman itu membuatkan benakku berfikir tentang keesaan Allah sekali gus meleraikan kesedihan jiwa. Bertemankan sebuah buku bertajuk "Semanis Kesabaran" nukilan Syeikh Ahmad hadiah dari ayah sebelum aku berangkat ke sini, aku duduk bermuhasabah memikirkan betapa lemahnya jiwaku. Tidak setanding mujahadah yang berjuang membela Islam di serata dunia, berjuang dengan syahadah yang jitu dan matlamat yang satu… Bertunjangkan keimanan dan ketauhidan terhadap Allah...
Pernah satu ketika, mindaku buntu memikirkan ujian Tuhan yang tidak pernah putus mendambakan kesabaranku menunaikan kifayah ini.. Mengenang nasib ibu dan ayah di kampung yang semakin tua dimamah usia,dengan pendapatan yang tak seberapa menyara kehidupan kami 3 beradik… dan kerana ini jualah sebenarnya kubenamkan rasa cinta yang berputik buat Hadi. Aku mahu menjadi seorang anak yang dapat membela masa depan keluarga dan membalas jasa orang tua yang telah mencurahkan sepenuh kasih sayang mereka buatku hingga ke hari ini…..Tiba-tiba kedengaran ucapan salam dari seorang lelaki… lamunanku tersentak.. Namun aku tidak mendongak…Rasa malu sudah datang menerpa… Tapi mengapa?? Ya, suaranya seperti pernah kudengar sebelum ini. Suara yang selalu menggamit mindaku untuk berpindah ke alam khayalan… Suara yang selalu datang dalam mimpiku… Suara yang sering mengimami jemaah solah di surau universiti… Ikhlas dan penuh rasa rendah diri… Kusambut salamnya dengan penuh debaran… Seketika itu aku terasa mahu lari dari tempat itu…. Balik ke bilik dan menelekupkan mukaku ke bantal… Aku tahu mukaku tidak merah, kerana kulitku bukannya putih.. Tapi, hitam manis… Hmmmm.. satu advantage buatku… Aku hanya menguntum senyum dibibir … Muncul satu perasaan yang sukar aku gambarkan… Senyumku berbalas. Bahagia…. Cepat-cepat aku membetulkan posisiku, supaya aku tidak teus hanyut dalam perasaan itu… Aku tunduk dan lelaki itu melabuhkan punggungnya di bangku kayu jati bersebelahan tempat rehlahku… Hadi… Namun dia tidak lama di situ… setelah menghulurkan sebuah bungkusan hijau kepadaku, Hadi berlalu pergi… Sekali lagi ucapan salamnya kedengaran…. Beserta bungkusan itu ada sekeping kertas putih bercoret tinta biru… Mujur sebentar saja pertemuanku dengan hadi petang itu… Aku tak mau di salah erti… Dan aku tahu hadi juga begitu…Aku melangkah pulang kebilik…. Kugenggam pemberian Hadi sekemas mungkin… Dengan penuh tanda tanya…. Setelah selesai menunaikan fardhuku kepada Allah dan memohon doa padaNya, aku berbaring di katil… Segera kubuka warkah Hadi yang belum sempat kubaca…. Hatiku terharu dengan warkahnya yang pertama buatku itu…..Assalamualaikum buat kenalanku Firdaus…
Maaf sekiranya warkah ini mengganggu saudari ketika ini…. Persoalan yang terbuku di minda membuatkan Hadi ingin sekali mengetahui apakah permasalahan di minda saudari yang sering Hadi lihat duduk berseorangan dan berduka dibangku taman universiti… Bukan sekali hadi lihat saudari di situ, tapi hampir setiap petang…. Niat Hadi bukan untuk menyibuk tentang hal saudari, cuma mahu mengetahui mungkin ada sesuatu yang boleh Hadi bantu untuk meringankan beban di hati dan mengembalikan keriangan yang pernah Hadi lihat di wajah Firdaus ketika dulu…..

Maaf sekali lagi andai warkah Hadi ini tiba pada waktu yang tidak sepatutnya…. Sekian dulu dari Hadi, maas salamah…"Aku melipat kemas warkah itu dan kusimpan di dalam diari hijauku…. aku tahu bibirku sekali lagi menguntum senyuman yang paling manis… Kali ini, menampakkan baris gigiku yang putih bersih… Hasil pengamalan sunnah rasulullah untuk bersugi setiap kali sebelum solah….Aku menghela nafas panjang…. Kuletakkan diariku disisi… Dan seketika itu aku di buai mimpi…..Semenjak dari itu, aku semakin akrab dengan Hadi… Namun keakraban kami bukan seperti yang selalu digambarkan dalam kaca tv… Akrab yang aku maksudkan adalah dari segi peringatan yang selalu Hadi beri buatku, dalam bentuk sajak, cerpen dan puisi… Hadi memang pandai menulis… Hasil karangannya sungguh terkesan dihati ini… Setiap kali membaca coretan penanya, mindaku terasa ringan dari bebanan masalah… berpesan-pesan kepada kebenaran, dan berpesan-pesan pada kesabaran… Dengan firman Allah itulah, hatiku semakin yakin menundukkan rasa tekanan yang sering datang menggoyahkan sabarku terhadap cubaan yang diberiNya….Pada setiap bulan puasa, Hadi tidak pernah lupa mengirimkan berkotak-kotak kurma buatku… Katanya berseloroh dalam warkah yang disertakan bersama sekotak kurma yang dikirimnya melalui Hafizah rakan sekuliahku," Kurma ini 'pemanis muka' buat saudari Firdaus di sana. Segar. Hadi petik dari tanah suci. Bila kita berumah tangga nanti, bolehlah kita menunaikan haji bersama-sama ya"… Dalam hatiku, aku mengaminkan selorohnya… Pernah jua Hadi mengirimkan nota-nota fotostat yang dikumpulnya dari rakan-rakan fakulti perubatan dan memberinya kepadaku…Dia berpesan supaya berusaha untuk menunaikan kifayah ini dengan sebaik-baiknya. Sudah pasti harapan itu tidak kuhampakan… Harapan dari seorang lelaki yang sungguh istimewa dalam hidupku, namun dia tidak pernah tahu. Hasilnya, Alhamdulillah, aku cemerlang dalam setiap peperiksaan tahunanku……. Hadi selalu mengirimkanku doa-doa yang didapatinya dari kitab-kitab ulama terkemuka… katanya doa itu senjata umat Islam… usaha itu datang bersamanya dan tawakkal mengiringi setiap usaha yang tidak pernah mati…6 tahun berlalu…. akhirnya aku berjaya meraih ijazah yang kuidam-idamkan selama ini… Air mata kesyukuranku tumpah ke bumi… Aku bergelar doktor kini…. Cintaku Hadi (walau dia tidak pernah tahu sehingga kini) bergelar professor di salah sebuah universiti di tanah air.. warkahnya yang hadir setiap bulan menemani hidupku dan membakar semangatku untuk terus berjaya ke akhirnya…. Harapanku untuk menjadi insan yang istimewa dalam hidup hadi, tidak pernah padam, seawal tahun pertama kami disini…. Ibu dan ayah tidak menyertaiku pada hari bahagia itu… Namun kutahu, doa merekalah yang menjadi tunggak kejayaan yang kuperoleh… Dalam hatiku, kupanjatkan kesyukuran yang teramat sangat kepada Allah… Aku tidak mungkin dapat merasai kegembiraan ini tanpa izinNYa…Kepulanganku disambut ibu dan ayah… Kedut-kedut di dahi ibu kucium sepuas-puasnya… Urat hijau yang timbul ditangan ayah kukucup dengan penuh kerinduan… Tidak sabar rasanya untuk aku berjumpa dengan adik-adik yang telah kutinggalkan 6 tahun dahulu… Pastinya mereka sedang menunggu kepulanganku dengan gembira…Setibanya di rumah Ahmad berlari mendapatkankku, adikku yang paling kecil sekali… Sudah pasti dia mengenaliku dari gambar yang kukirimkan kepada keluarga setiap tahun sejak tahun pertama lagi… adikku Jannah menunggu di halaman rumah dengan senyuman yang penuh ceria… Masih kuingat lagi, sewaktu aku meninggalkannya, Jannah menangis mahu mengikutku bersama-sama… Kini jannah sudah remaja… berkain batik, anak dara sunti lagaknya…. Dia menyambut tanganku lantas mengucupnya dengan titisan air mata… Dia memang tidak pernah berubah…. Mudah sekali mengalirkan air mata... Memang dia manja denganku…. Kehangatan inilah yang kutunggu selama 6 tahun ini, untuk bersama keluarga yang telah lama aku tinggalkan demi sebuah impian untuk menjadi doktor…Malam itu ayah menyuarakan sesuatu yang mengejutkan aku… seseorang telah datang merisik diriku… Jannah menyiku sambil tersenyum simpul… "Hadi Hafis," kata ayah… mahu saja aku menjerit kesyukuran ketika itu… tapi ku tahan… ku tahan perasaanku… kutundukkan muka dan tiba-tiba saja refleksku mengambil alih pergerakkanku… aku bingkas bangun dan meninggalkan ayah, ibu dan adik-adik di meja makan selepas meminta diri… terasa bodoh pula tindakanku ketika itu…. aku berlari mendapatkan diari hijauku di bawah bantal. Kubuka surat hadi yang dikirimkan dalam bentuk sajak 'Pabila tiba masanya'…Aduhai Hawa,Pabila tba masanya, aku pasti berlari mendapatkanmu,Mendapatkan kasihmu yang seindah pelangi alam,Yang setenang air di muara kasih,Yang sesuci hamparan cinta kau simpan dalam ketaqwaan…Wahai Hawa,Bila gerimis menyelimuti pawana,Petir menjalar di langit hitam,Dan bila sengsara datang bertandang,Bermunajatlah dengan penuh rasa kehambaan,Agar syahadahmu kukuh bertautan….Bersabarlah Hawa,Kerana kesabaran itu seindah mutiaraTercipta didasar lautan,Walau sebesar mana gelombang mendatang,Sinarnya tetap gemilang,Dan begitulah hakikatnya sabar,Yang pasti menyelamatkan kewarasanmu dari hilang….Sungguh wahai Hawa,Dihati ini ada perasaan yang sukar kuungkapkan kepadamu,Kerana wajahmu yang penuh rahsia,Kerana wajahmu yg membuatkan ingatanku pulang, Pada yang maha Esa,Menjadikan lidahku kelu berkata-kata…..Kugenggam erat warkah itu dan ku baca berulang kali…. Seolah-olah mimpi jadi kenyataan…. Hadi bakal suamiku…. Kedengaran pintu bilikku diketuk berulang kali…. Emak masuk dan melemparkan senyuman yang selalu aku rindu suatu ketika dahulu…. Kata emak, semuanya terpulang padaku…. "Mahu atau tidak… emak tak kisah, asalkan anak emak gembira"…… Ku berbisik di telinga emak tanda memberikan kata setuju…. Kukucup jemari kurus emak lantas emak membalas dengan belaian yang penuh kasih….. Walau emak sudah semakin berusia…. segar kasihnya masih lagi seperti dulu….Hadi Hafis dan Ikhwatul Firdaus selamat diijab kabulkan……….Banyak yang aku pelajari dari perkongsian hidupku dengan Hadi…. rajukku di pujuk… lembut dan tenang…. Sedihku di redakan dengan kemanisan wajahnya dan belaiannya cintanya padaku… Dan begitu juga aku, menyayanginya dengan sepenuh jiwa… Dialah lelaki pertama dan terakhir yang akan menjadi raja hidupku ini… Aku cuba menjadi isteri yang solehah walau kelemahan ku tetap muncul di sana sini…. Namun suamiku tidak pernah menyuarakan ketidak puasan hatinya… Tidak pernah sekalipun lakunya menampakkan kekuranganku… tidak pernah sekali, keluhan terhembus dari bibirnya…. Kelemahanku dibaikinya dan diganti dengan kekuatan… Ya, kekuatan sebagai seorang wanita Islam yang perlu berjuang menegakkan agama dalam setiap geraklakunya….Begitulah pesan Hadi yang kini kupanggil 'abang'….Setiap kali selesai solat…. Abang akan memberikan tazkirah buat peringatan kami dunia akhirat… Tidak pernah sekali abang terlepas dari menjadi imam solat fardhu ketika kami sama-sama dirumah… Tahajjud pun kami lakukan berjemaah… Sungguh aku rasa bahagia manisnya berumah tangga yang cintanya berlandaskan syiar Islam…. Masih aku ingat lagi, sewaktu malam pertama aku dan abang, kami solat hajat dan sujud syukur bersama-sama….. Kata abang, biarlah landasan dan tapak masjid yang kami bina ini atas dasar ibadah, bukan nafsu semata-mata... hingga ke hari ini…. pesan abang bersemadi di hati….Setelah 6 tahun berumah tangga, kami dianugerahkan 3 cahaya mata… Malam itu, abang hadi menyuarakan hasratnya padaku, tentang menunaikan rukun Islam yang kelima bersamaku dan anak-anak… Ya, seperti dalam selorohnya yang ku aminkan dulu…. Aku tersenyum sendirian … Pastinya aku setuju dengan cadangan itu… Abang Hadi menanggung perbelanjaan ibadah itu… Hasil simpanan sejak di universiti lagi katanya… Aku terharu… Kata Abang Hadi, umrah dan haji biarlah dilakukan bersama-sama sementara waktu mengizinkan… seperti yang selalu diingatkannya…. 'hidup sebelum mati'…….Setelah tamat kursus haji kami berangkat ke Tanah Suci…. Ibadah yang kami lakukan berjalan lancar. Cuma abang Hadi kelihatan tidak begitu sihat seperti sebelumnya… Apabila ditanya… hanya kuntuman senyum yang diberikan kepadaku, seperti selalu…. Di Tanah Suci kupanjatkan kesyukuran kepada Allah yang telah memakbulkan pinta hajatku selama ini… Hanya Dia yang tahu sedalam mana cintaku kepada abang Hadi…. Hanya Allahlah tempat aku bermohon selama ini… Hanya Dialah yang berkuasa memberi dan menarik balik rezeki…………. Aku bersujud kepada Allah malam itu dengan penuh rasa rendah diri…. Kudoakan hidup dan mati kami sekeluarga serta keturunan kami dalam iman dan taqwa serta redhaNya… Biarlah hidup dan mati kami dalam limpah kurniaNya……………….Malam itu abang Hadi batuk tidak berhenti-henti….. Badannya panas dan mukanya merah seperti menahan kesakitan….. Sebagai seorang doktor, bukan mudah bagiku memeriksa tubuh itu…. Tambahan pula, itu suamiku… Cintaku… Kasihku….. Doktor yang bertugas memberi tahu bahawa abang Hadi diserang demam panas…. abang Hadi mungkin tidak dapat mengikuti kami bertawaf keesokan hari…. Jadi abang Hadi terpaksa tinggal di apartment…. Aku sebagai isteri tidak mungkin sanggup meninggalkan abang Hadi seorang diri…. Sepanjang hari aku menemani suamiku……. Aku hanya mengalirkan air mata di sisinya…. Aku fahami kesakitannya… Namun hanya dengan izin Allah abang Hadi akan sembuh semula… Segala medikasi yang disediakan ku berikan kepada Hadi dengan penuh harapan agar dia sihat seperti sedia kala…. Pipiku diusapnya… lemah… tidak bermaya…. namun, kehangatan kasihnya masih terasa….. Dalam nafasnya yang lemah, abang Hadi berpesan kepadaku…."Sayang….. terima kasih abang ucapkan buat dirimu… Terima kasih atas kasih sayang yang tak pernah padam darimu buat abang… terima kasih kerana memberikan abang anak-anak yang soleh dan solehah, insya allah"….. Abang Hadi menarik nafas panjang dan menyambung kata-katanya… kulihat air mata kasihnya berjuraian disisi… Ini kali kedua kulihat abang menangis… kali pertama adalah sewaktu melihat aku melahirkan anak sulungku… Miftahus Solihin bin Hadi Hafis….."Sayang, ingatlah tautan kasih yang terjalin antara kita dengan izin Allah…. Panjatkanlah syukurmu buatNya sayang… Jangan pernah lupa… Teruskan mendidik anak-anak kita mendalami Islam dan menjaga iman mereka dengan sepenuh jiwa…. Berjuanglah membela Islam dan jangan berhenti sebelum menang…. Buat dirimu sayang, abang sejak dulu tidak pernah lupa berdoa agar kau menjadi milik abang suatu hari nanti… Alhamdulillah, hajat abang termakbul…… Maafkan kesalahan abang andai kata abang pernah melukan hatimu"…… Dan aku lihat Abang terlena……. manik-manik putih dimatanya berjuraian lagi… kukucup pipi abang… Sendu semakin terpahat di hati ini…Malam itu, abang memanggilku dan anak-anak supaya berada di sisinya…. Abang berpesan kepada anak-anak kami supaya menjagaku sebaik-baiknya… Dan bersikap mengikut sunnah Rasululullah…. Pesan abang, jadikanlah sabar itu sebagai asas perjuangan hidup kami dalam dunia yang semakin mencabar keimanan ini…… Anak-anakku terus menerus membaca Al-fatihah…. Itulah yang dipesan oleh Hadi kepada anak-anak kami… "Al-Fatihah itu sedekahkanlah kepada emak dan ayah… Tak kiralah dimana pun kamu semua berada… Utuhkanlah ikatan kekeluargaan kita dan tanggungjawab yang terpikul dengan iman di dada… Selesaikanlah semua permasalahan antara kita dengan merujuk kepada kitabNya"…. Anakku yang sulung membelai rambut ayahnya. Ku lihat anak-anakku membeningkan tangisan di mata mereka….. Abang memandangku dengan mata yang sayu … "Assalamualaikum"…. kata abang.... Walau matanya tak bersinar seperti dulu, namun keikhlasannya tetap kurasai… Tanganku digenggamnya seerat mungkin… Kubisikkan syahadah ditelinga abang…. "asyhadu alla ilaa ha illallah"…. Abang mengulangnya… perlahan-lahan, tetapi jelas…. Hembusan terakhir nafas abang melepaskan perlahan tanganku dari genggamannya…… Abang pergi menyambut panggilan Ilahi…. Sebelum kuselimuti seraut wajah manis abang yang pernah menceriakan hidupku dulu, menepis segala kepahitan jiwaku, kukucup dahi abang sekali lagi dan kusedekahkan Fatihah buat dirinya…. Walau hati ini tersayat luka…. Namun aku gembira kerana pernah menjadi seorang isteri kepada lelaki yang soleh dan telah membimbingku kejalan bahagia ini… Terima kasih abang…..Jenazah abang Hadi kami kuburkan di tanah suci…. itulah harapan yang pernah disuarakannya satu ketika dulu… sebelum kami sampai disini.. Sewaktu bermulanya perkenalan kami lagi… "Insya Allah, saya teringin sangat mengakhiri riwayat hidup saya di Tanah Suci" itulah jawapannya bila kuajukan soalan tentang impian hidupnya…..
Warkah terakhir darinya kubuka dan kubaca sekali lagi… Warkah yang diminta supaya aku membacanya apabila kami selesai menunaikan ibadah haji dan pulang ke tanah air…..Sayang,Bila bumi memanggilku kembali,Bila jasad ini tidak bernyawa lagi,Ketahuilah hanya engkau pernah menjadi permaisuri hati,Melengkapkan citaku selama ini….Bila kita saling terleka,Atau semakin ditelan usia,Atau terpisah oleh ketentuanNya,Tetapkan hatimu pada kasih abadi,Kasih Allah Rabbul Izzati….Sejak dulu wajahmu menjadi ratu hatiku,Doaku menginginkanmu,Kutahu doamu pun begitu,Tapi kau simpan suara hatimu demi jihad itu,Ini yang membuatkan hatiku semakin tertawan padamu…..Syukran temanku, suriku, cahaya hidupku,Abadikanlah kenangan dan kasih kita bersama keakhirnya,Walau antara kita terpisah jasad dan nyawa……Iman, amal dan taqwa tetap bersemi di hati selamanya….Seutuh kasihmu sayang, adalah dambaan hatiku…. syukur atas rahmat Tuhan yang satu… ….Assalamualaikum….Ikhlas mencintaimu...Abang….Kulipat kemas warkah abang dan kusimpan dalam diari hijaunya.. Ya, warna kegemaran kami berdua… Ada lakaran wajahku pada muka terakhir diari itu…. Aku tersenyum… Kukucup wajah abang dalam gambar yang kulekatkan dalam diariku…. Wajah manis itu seakan menyambut kucupanku….."Mak"…. Lamunanku tersentak…. Soleh menghampiriku… 6 tahun berlalu…. anak-anakku sudah membesar semuanya…. Membesar dengan kasih sayang dan pesan ayah mereka supaya selalu menegakkan Islam walau dalam apa jua perkara…. Bahagia inilah yang pernah kurasai dulu… "Mak, adik tanya, jihad tu apa maksudnya mak…. "kata soleh menggaru-garu kepala… Kubelai rambut anakku dengan penuh kasih sayang, "Sekejap lagi mak datang", balasku…. Anakku mengangguk-ngangguk dan menyimpulkan senyuman.. Seiras wajah ayahnya.. Akan ku jelaskan maksud jihad sejelasnya kepada anak-anakku kerana ANUGERAH JIHAD INI lah yang telah membawa sinar kebahagiaan dalam kehidupan kami sekeluarga hingga ke detik ini….………....... Amin….

Hidupkan hati dgn tazkirah kehambaaan... Sekali lagi tazkirah dengan kehambaan penting. Dengan sifat kehambaan, kita akan harapkan Allah untuk meneruskan momentum amal ketika 'down'. Dan apabila kita terlalu bersemangat, sifat kehambaan akan mengingatkan kita bahawa kita hidup dalam sistem yang ada fitrahnya. Fitrah sistem alam ini perlukan masa untuk berubah, dan perubahan biasanya akan perlahan-lahan. Bila kita ingat selalu hal ini, kita akan 'menasihatkan' diri agar jangan tergopoh.

Jika kejahatan dibalas dengan kejahatan - itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas dengan kebaikan - itulah tanda ketinggian budi. Jika kebaikan dibalas dengan kejahatan - itu adalah kezaliman. Tetapi jika kejahatan dibalas dengan kebaikan - itulah buktinya pekerti mulia lagi terpuji. Sungguh sedikit manusia yang memahami. Lebih sedikit manusia yang memahami dan mengamalkan. Lebih sedikit lagi manusia yang telah memahami, mengamalkan dan ikhlas. Terlebih sedikit lagi manusia yang telah memahami, mengamalkan dan ikhlas serta sampai ke tujuan." -Imam Hassan al-Banna........

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

AKU TERIMA NIKAHNYA...


Selamat Pengantin Baru buat mereka yang bakal melangsungkan perkahwinan pada hujung tahun ini.Tahniah buat anda yang telah bertemu dengan pasangan hidup yang bakal dan akan mengharungi dan menempuh ranjau kehidupan bersama:)

Bila berkata tentang perkahwinan, sedar tak sedar pasti kita menganggap bahawa perkahwinan merupakan suatu yang membahagiakan.Ya, di awal perkahwinan biasanya semua baik belaka hatta kentut yang busuk pun jadi wangi kerana masih pada peringkat percintaan.Namun, amat menyedihkan andai bunga2 percintaan itu tidak disemai sepanjang perkahwinan sehingga menyebabkan perpecahan @ penceraian.

Wahai pemuda pemudi yang akan dan bakal melangsungkan perkahwinan, suka untuk saya mengingatkan kalian serta diri ini bahawa perkahwinan itu bukan satu yang mudah dan boleh dipandang ringan tetapi, ia sebenarnya satu amanah yang besar yang perlu dipikul oleh kedua2 pasangan suami isteri lebih2 lagi sang suami.

Ikatan sebuah perkahwinan itu adalah dengan kalimah Allah.Allah telah syariatkan bahawa tidak sah perkahwinan tanpa ijab dan qabul.Malah, ijab dan qabul bukan sahaja merupakan perjanjian antara sang suami dengan wali perempuan tetapi sebenarnya adalah perjanjian dengan Allah juga.

Dengan sebab itulah akad nikah ditegaskan dalam Al-Quran sebagai satu perjanjian yang sangat kukuh sebagaimana firman Allah yang bermaksud:" Dan mereka(isteri2mu) telah mengambil dari kamu(suami) perjanjian yang kuat."(An-Nisa':21)

J ika sebelum berkahwin, amanah dan tanggungjawab seorang wanita @ perempuan itu terletak di atas bahu wali @ bapanya. Dan sebaik sahaja berkahwin, amanah itu beralih pula kepada seorang lelaki yang bergelar suami.Penyerahan itu tentunya dibuat atas dasar percaya dan aman bahawa penerima amanah ini akan memelihara amanah tersebut dengan sebaiknya.

Demikianlah, Allah memuliakan para wanita.Bukan sewenang2nya seorang lelaki itu boleh mengambil mereka untuk dijadikan sebagai suri hidup mereka, kecuali terlebih dahulu perlu mengikat perjanjian dengan Allah.Oleh itu, wahai kaum adam seharusnya anda mengingati dengan siapa sebenarnya anda berjanji untuk mengambil seorang wanita sebagai isteri.Dengan Allah sebenarnya anda berjanji dan wali wanita tersebut sebagai perantaraannya. Jangan mudah sahaja melepaskan tanggungjawab @ memutuskan tali perkahwinan lebih2 lagi pabila anda merasakan perkahwinan itu tidak dapat dan boleh bertahan lebih lama. Memang cerai itu jalan terbaik yang halal tetapi amat tidak disukai oleh Allah.

Melaksanakan amanah ini bukanlah hadiah seorang suami kepada isterinya, tetapi ia datang sekali dengan penerimaan nikah iaitu andai seorang lelaki telah bersedia untuk berkahwin, seharusnya dia mengetahui bahawa dia akan dan bakal menerima satu amanah yang besar daripada Allah.Maka, wajiblah ke atasnya untuk membuat persediaan yang secukupnya untuk menerima amanah tersebut.

Ikrar seorang suami sebaik sahaja dia menerima ucapan qabul(nikah) terhadap wali isterinya ialah:
1.Memberi nafkah:
Sanggup dan bersedia untuk memberi nafkah kepada isterinya dari segi makan minum,pakaian, dan tempat berteduh.

2.Menjaga dengan baik:
Sanggup dan bersedia untuk menjaga isterinya dengan baik, melindungi keselamatannnya dan mengawal kehormatan diri, kesihatan tubuh badan serta memelihara agama, nama baik dan maruahnya.

3.Memimpin dengan kasih sayang:
Sanggup dan bersedia untuk menentukan dan memimpin corak hidup bekeluarga yang mengharap petunjuk dan redho Allah.

4.Mendidik dengan sabar:
Sanggup dan bersedia untuk mendidik isteri dengan sabar, matang, dan bijaksana menyelesaikan masalah rumah tangga, termasuk sekiranya isteri nusyuz @ dalam usaha membuang tabiat buruk isteri(jika ada).

5.Melepaskan dengan baik:
Sanggup dan bersedia untuk melepaskan isteri dengan baik jika sudah tiada jodoh (cerai).Ia adlah sebagai jalan terakhir untuk mengatasi krisis rumah tangga.

6.Mempertaruhkan diri untuk bertanggungjawab sepenuhnya:
Sanggup dan bersedia dipertanggungjawabkan ats isterinya dari dunia sehingga akhirat dalm perbicaran di Padang Mahsyar nanti(mengawas dan memelihara isteri dari terjatuh ke dalam api neraka.)

Butiran amanat ini harus difahami dengan sebaiknya oleh calon suami sebelum mengucapkan"Aku terima nikahnya..."Begitu juga wanita, mereka juga perlu memahaminya untuk memastikan bahawa bakal pasangannya faham akan intipati amanah ini sebelum menerima pinangan bakal suami.

Andainya difahami bahawa begitu besar dan bermaknanya akad nikah dalam suatu perkahwinan,maka seharusnya ia dipelihara agar upacara nikah mendapat keberkatannya.
Wanita itu tercipta dari tulang rusuk yang bengkok, andai dikau (suami) mahu membetulkannya, maka betulkanlah ia dengan sebaiknya. Gunakanlah kelembutan dan kesabaran dalam mendidik dan membentuk akhlak dan peribadi mereka, nescaya engkau akan berjaya kerana wanita itu sebenarnya diciptakan dengan kelembutan maka hanya dengan kelembutan sahaja dapat mengembalikan mereka kepada fitrah asalnya.

*"Artikel ini dipetik daripada laman "FOKUS UTAMA" majalah ANIS keluaran Disember 2008 serta ditambah sedikit sebanyak daripada penulis.Bukanlah saya orang yang terbaik untuk mengataknnya, dan bukanlah saya bertujuan untuk menakutkn diri anda terutama kaum "ADAM" untuk berumah tangga. Sebaliknya ia hanyalah sekadar satu peringatan yang berguna buat kita semua sebelum melangkah ke gerbang perkahwinan. Andai kita sudah yakin dan sedar serta tahu akan tanggungjawab kita,maka pohonlah petunjuk kepada Allah agar diberikan kekuatan untuk kita melaksanakan amanah tersebut..."
Wallahu a'lm...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

SATU PENGORBANAN...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Allahu Akbar!Allahu Akbar!Allahu Akbar!

Salam Aidul Adha buat seluruh ummat Islam.Hari ini merupakan hari terakhir untuk kita bertakbir sebagai tanda kemenangan ummat Islam. Aidul Adha atau dikenali dengan Hari Raya Haji mengajar kita erti pengorbanan seorang Nabi Allah iaitu Nabi Ibrahim A.S dan anaknya Nabi Ismail A.S. Betapa patuhnya seorang ayah akan perintah Tuhan tatkala disuruh untuk menyembelih anaknya, Ismail.Tiada keraguan dalam hati anaknya ,Ismail lantas menyuruh ayah tercinta melakukan suruhan Allah tanpa berbelah-bahagi.

Namun, bila kita ertikan realiti pengorbanan dalam kehidupan hari ini, ramai yang masih belum dan tidak sanggup bekorban.Malahan paling menyedihkan andai pengorbanan itu disalah ertikan terutama di kalangan muda-mudi kini."BEKORBAN APA SAJA HARTA ATAUPUN NYAWA, BIARLAH KASIH MESRA SEJATI DAN MULIA..."

Senikata lagu ini memberi maksud andai kita seorang yang cinta akan sesuatu, maka kita akan sanggup untuk korbankan apa saja tidak kira harta, jiwa, malah agama kita.
Namun, sebagai orang yang mengakui Islam sebagai ad-deennya, maka pengorbanan ini amatlah tidak baik malah bertentangan dengan syariat agama Islam itu sendiri.

Dalam Islam sendiri menuntut penganutnya untuk melakukan pengorbanan.Pengorbanan dari segi meninggalkan kemungkaran dan kemaksiatan.Andai seorang Muslim itu gagal untuk mengorbankan apa yang disukai oleh nafsu dan dibenci oleh Iman, maka individu Muslim itu sendiri belum berjaya dalam kehidupannya.

Alangkah indahnya Islam andai penganutnya sendiri dapat merasai kemanisan Islam itu sendiri. Namun, tidak ramai yang tahu bahawa apa yang dilarang oleh Islam itu menuntut penganutnya ke arah kebaikan bukan ke arah sebaliknya. Kita lihat sendiri tatkala Majlis Fatwa mengharamkan Yoga,ramai di kalangan orang Melayu yang mengaku Islam khususnya yang berfikiran sekular menentang keras akan pengharaman ini. Sedih bukan???

Di mana sensitiviti kita sebagai orang Islam? Adakah cukup sekadar kita berdiam diri , tidak menyatakan apa2 setuju apatah lagi menentang kelompok ini???Tepuk dada tanya Iman kita akan sejauh mana kesedaran kita bahawa ummat Islam itu sendiri yang telah menyebabkan fitnah terhadap agamanya?

Jikalau kita lihat berkenaan pandangan mufti akan senaman yoga mengatakan bahawa yoga itu ada kaitan dengan penyatuan tuhan mereka.Maka, atas sebab inilah yoga diharamkan.

Sememangnya senaman amat digalakkkan dalam Islam, namun masih banyak lagi senaman yang dapat kita lakukan untuk peroleh tubuh yang sihat.Dalam Islam, ada juga senaman yang dapat menyatukan diri kita dengan Allah. Sebagai contoh, tatkala berzikir ataupun membaca Al-Quran, kita perlu menahan nafas untuk membaca Kalam Allah,. Di sini jelas menunjukkan bahawa kita perlu mengawal nafs kita bhkan bukan itu shaja, kita akan merasai ketenangan yang tidak akan kita peroleh pada mana2 agama dan pada apa2 aktiviti.

Untuk akhirnya, kita telah dikurniakan akal yang sihat,jadi fikirlah untuk kemaslahatan agama Islam, diri kita seterusnya masyarakat kerana Allah berfirman yang bermaksud:Apakah kamu tidak berfikir?" Ayat ini banyak kali diulang dalam Al-Quran. jadi, jika kita perhatikan bahawa ayat ini Allah tujukan kepda kita sebenarnya. Maka apakah kita tidak mahu mengambil pengajaran?Wallahua'lam...
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

PANDANGLAH KE LAUT, APA YANG ANDA FIKIRKAN???



“ Jika seseorang mengerahkan pandangan ke laut, memikirkan permukaan laut yang biru, maka akan terfikir untuk bermain air atau berenang sekedar berolahraga saja. Mungkin juga hanya sekedar memandang ke lautan untuk menyejukkan matanya dan menikmati keindahan panorama ini.”“Jika seseorang mengarahkan pandangan ke laut, dan memikirkan apa yang ada didalam laut, maka akan terfikir untuk mengambil mutiara untuk dijadikan perhiasan, Ikan-ikan sebagai makanannya. Boleh jadi mereka akan mengkaji spesies kehidupan lautan.” “Jika seseorang mengarahkan pandangan ke laut, dan memikirkan apa yang ada di dasar laut pula, mereka akan berfikirkan untuk mengambil minyak bumi yang ada di dasar laut, untuk digunakan sebagai bahan bakar kendaraan. Penjualan minyak ini akan membawa keuntungan berlipat -lipat. Mungkin akan menyebabkan dia seseorang yang kaya raya. “ (Ahmad bin Hanbal, web.islam.gov.my/forum/mesej.php.)Ilustrasi di atas lahir dari pola fikir sebagian manusia dalam menyikapi realita/kenyataan. Dapat disebutkan, cara berfikir mereka ada tiga yaitu : 1. Memandang laut di permukaan saja adalah kiasan bagi berfikiran Dangkal2. Memandang laut di dalam laut saja adalah kiasan bagi berfikiran Mendalam3. Memandang laut di dasarnya saja adalah kiasan bagi berfikiran Cemerlang Demikianlah cara sebagian manusia berfikir dalam mencermati realitas (fakta, kenyataan) yang ada dihadapannya. Suatu realita yang ada didepan mata hanya dilihat dari dzahirnya saja tanpa memikirkan apa yang ada dibalik realitas tersebut. Yang terpikir dalam benaknya hanyalah kesenangan atau kegembiraan saja. Tidak terfikir olehnya untuk melakukan sesuaru yang bisa membuat keadaan tersebut semakin lebih baik. Pemikirannya hanya sebatas panca inderanya. Ia hanya mampu memikirkan apa yang mampu panca inderanya dapatkan. Memandang apa adanya realitas, tidak berpandangan jauh. Inilah yang dimiliki oleh orang-orang yang berfikiran dangkal. Adapun, berfikiran mendalam, boleh didefinasikan orang yang memikirkan sesuatu yang difahami tetapi tidak mendasar atau tidak mengetahui puncak-puncaknya. Juga gagal mengaitkan fakta-fakta yang benar lagi sahih. Maka dengan itu orang yang berfikiran mendalam tidak mampu memikirkan puncak-puncak realitas yang ada dibaliknya dan yang tersirat melainkan memikirkan apa-apa yang tersurat saja. Walaupun cara berfikirnya mendalam, amat perlu ditingkatkan lagi sehingga menjadi berfikir cemerlang (Fikrul Mustanir). Cara berfikir cemerlang, mempunyai suatu pandangan yang jauh, memahami puncak-puncak suatu kejadian serta mengetahui penyelesaiannya yang paling tepat. Mampu mengaitkan fakta-fakta yang benar lagi sahih serta mengetahui perkara-perkara yang ada dibaliknya, baik yang tersirat maupun yang tersurat. Untuk memahami maksud di atas, sebagai orang Islam perlulah merujuk kepada Al Quran sebagai petunjuk dan panduan hidup kita.“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang, terdapat tanda-tanda (ayat) bagi orang yang berfikir (berakal).” [TQS. Ali Imran, 3: 190] Orang yang berfikiran cemerlang akan memperhatikan segala kejadian yang ada dilangit seperti matahari, bintang, bulan dan sebagainya serta segala hal yang ada dibumi seperti tumbuh-tumbuhan, hewan, manusia dan sebagainya. Perhatian mereka terhadap alam semesta, kehidupan dan manusia di dunia ini membuat mereka berfikir mestilah ada Penciptanya (alam semesta, kehidupan dan manusia), serta memperhatikan kejadian silih bergantinya kejadian malam dan siang menunjukkan pasti akan adanya Pengatur dari kejadian tersebut. Memperhatikan isi kejadian yang ada dilangit dan dibumi akan melahirkan sebuah pemikiran bahwa semuanya terjadi mengikuti suatu peraturan yang telah ditetapkan. Orang yang berfikiran mengenai hal tersebut akan meyakini semua yang terjadi menunjukkan akan adanya Sang Maha Pencipta dan Maha Pengatur, yang dipanggil Allah SWT. Maka Maha Pencipta dan Maha Pengatur membuat peraturannya sesuai dengan fitrah kejadiannya (sunnatullah). Karena fitrah kejadian ini juga diciptakan oleh Maha Penciptanya, maka dengan itu sesuailah kejadian tersebut mengikuti peraturan yang ditentukan oleh Maha Pengaturnya. Inilah orang yang mempunyai fikiran cemerlang yang mengaitkan dan berlandaskan fakta-fakta yang benar lagi sahih yaitu Al Quran dan As Sunnah. Serta mengetahui yang akan berlaku dari fakta-fakta yang benar itu dengan adanya hari Hisab di padang Mahsyar atas segala amalannya yang dikerjakan di pentas ujian ini (didunia). Serta mencari keredhaan dari Maha Pencipta dan Maha Pengaturnya (Allah) dengan ketentuannya yang termaktub di dalam risalahnya iaitu Al Quran sebagai panduan dan bimbingannya dan apa-apa yang datang dari seorang yang diutuskanNya sebagai contoh dan suri tauladan dari segi ucapannya, perbuatannya dan sifat diamnya yang disebut As Sunnah yang di bawa oleh Muhammad SAW sebagai utusan dan pesuruh Allah Swt.Fikiran cemerlang ini wajar dimiliki oleh setiap insan yang beragama Islam. Karena Islam itu agama yang sempurna/syumul. Islam itu tinggi dan mengalahkan agama yang lain yang ada didunia ini. Tetapi kini, Islam hanya tak ubahnya seperti seekor Harimau yang kehilangan taring dan kukunya. Islam yang dahulunya dikenali gagah, hebat, terkuat dan pernah memiliki 2/3 dunia hanya tinggal kenangan. Islam saat ini diinjak-injak, dihinakan dan dirusak oleh musuh-mkusuhnya. Darah yang mengalir dari kaum muslimin saat ini bagaikan darah yang tidak berharga, karena tak ada pembelanya. Nyawa orang Islam lebih murah jika hendak dibandingkan dengan nyawa Ikan Paus yang mempunyai Akta Perlindungan. Kemuliaan orang Islam tidak perlu diceritakan lagi,hilang lenyap entah kemana. Pendek kata saat ini perkara buruk yang menimpa umat islam saat ini dipikul diatas bahu setiap muslim termasuklah empunya diri ini.Mengapa? Sebab keterpurukan dan kehinaan orang islam saat ini dikarenakan mayoritas kaum muslimin berfikiran dangkal tidak berfikiran cemerlang. Ketidakmampuan memikirkan apa yang ada dibalik realitas yang dihadapi saat ini. Hanya memikirkan kesenangan dan kegembiraan saja. Bahkan tidak berusaha untuk merubah keadaan yang memprihatinkan supaya berubah menjadi lebih baik. Memandang realitas yang ada tanpa berfikiran jauh. Inilah ciri-ciri yang dimiliki oleh orang yang berfikiran dangkal.Apabila orang islam memandang permasalahan yang yang terjadi saat ini - kemiskinan, korupsi, kriminalitas, degradasi moral, kenaikan harga barang, kenaikan bahan bakar, mahalnya biaya pendidikan, wabah kelaparan- secara menyeluruh, maka akan didapatkan kesimpulan bahwasanya semuanya mempunyai korelasi satu sama lain. Permasalahan yang terjadi dan menimpa kaum muslimin saat ini diakibatkan oleh kebijakan para pemangku otoritas(pemerintah) yang tidak cemerlang. Kebijakan yang lahir dari pandangan pendek, Menyelesaikan masalah sebagian-sebagian, atau menghalalkan segala cara untuk mencari keuntungan duniawi telah membawa kehancuran pada negeri ini. Inilah saya kira ciri pemerintah kita pun ternyata berfikiran dangkal.Kesejahteraan bisa jadi hanya sekedar mimpi sekiranya para pemimpin kita tidak merubah cara berfikirnya ini. Pemikiran pendek harus di ubah untuk berfikiran jauh, yaitu akhirat. Mengikuti As Sunnah Rasulullah dalam memimpin merupakan methodenya. Inilah cara berpikiran cemerlang. Wallahu ‘alam.
* judul dan ilustrasi diambil dari tulisan Ahmad bin Hanbal dalam web.islam.gov.my/forum/mesej.php dengan beberapa penyesuaian * * *(Maret’08, Ibnu Khaldun Aljabari)


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Depa Raya?Kongsi Raya???

Bagi Islam,terdapat 2 hari raya yang diiktirafsepertimana yang dikhabarkan oleh Nabi saw di dalam hadisnya yang diriwayatkan dari Anas bin Malik katanya yang bermaksud:Ketika Rasul saw sampai di Madinah, bagi penduduk Madinah itu ada dua hari (raya) yang mereka bermain (berseronok) pada hari tersebut sepertimana kebiasaan semua kaum(Rom dan Parsi), setiap umat itu bagi mereka hari raya mereka tersendiri. Dan adalah bagi orang Arab Madinah ketika zaman Jahiliyah terdapat dua hari yang mana mereka bermain dan berseronok pada hari tersebut.Apabila Nabi saw melihat mereka menyambut dua hari tersebut, Nabi saw bertanya:hari apakah dua hari ini?Mereka menjawab:"Adalah kami di zaman Jahiliyah bermain(berseronok) dalam dua hari ini."Sabda Nabi saw:"Sesungguhnya Allah telah menggantikan bagi kamu semua dengan hari yang lebih baik dari dua hari tersebut iaitulah hari raya al-Adha dan hari raya al-Fitr."(Hadith ini diriwayatkan oleh Abu Daud dan al-Nasaie dari Anas bin Malik. Sheikh al-Islam ibn Taimiyyah berkata:"Sesungguhnya isnad hadith ini berdasarkan syarat Muslim)

Di dalam hadith ini jelas menunjukkan dua hari raya di zaman Jahiliyah yang disambut oleh penduduk Madinah di peringkat awal itu tidak diiktiraf oleh Nabi saw walau untuk membiarkan mereka bermain pada dua hari tersebut sepertimana adat kebiasaan yang mereka lakukan. Bahkan Nabi saw menegaskan dengan sabda Baginda:Sesungguhnya Allah telah menggantikan bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik dari dua hari tersebut."
Nabi menegaskan Aid al-Adha dan Aid al-Fitr adalah 2 hari raya yang datng menggantikan hari raya yang disambut oleh masyarakat Arab Jahiliyah ketika itu.Apabila telah datangnya pengganti (al-Adha dan al-Fitr)maka yang diganti (dua hari raya di zaman Jahiliyah) ditinggalkan dan tidak mungkin untuk disambut bersama lagi buat selama2nya.

Suatu hari Abu Bakr masuk menemui Nabi saw di rumah Baginda. Dia dapati terdapat dua orang Jariah kanak2 yang sedang menyanyi.Lalu Abu Bakar berkata maksudnya:"Apakah dengan seluling syaitan ada di depan (rumah) Rasulullah saw? Nabi saw bersabda maksudnya :"Biarkan mereka berdua wahai Abu Bakar, sesungguhnya bagi setiap kaum itu ada hari raya mereka, dan hari ini adalah hari raya kita(umat Islam)."Ini petunjuk dari Nabi saw untuk mengkhususkan bagi setiap agama itu perayaan mereka tersendiri.

Di sisi ulama mazhab Hanafi berpendapat kufurnya seseorang yang hanya memberikan hadiah berupa sebiji telur pada hari tahun baru Parsi dalam bentuk memuliakannya. Jika kita himpunkan kesemua perkataan para ulama, kita akan dapati bahawasanya mereka semua mengharamkan menyambut perayaan bukan Islam termasuklah mazhab Hanafi, Maliki, Syafie, dan Hambali, bahkan mazhab al-Zohiri juga. Al-Syeikh Muhammad bin Soleh al-Munajjid pula apabila ditanya tentang hukum yang sam menjawab:"Tidak boleh bersama orang2 kafir menyambut perayaan2 mereka disebabkan perkara2 berikut:
1.Ia termasuk dalam al-Tasybbuh(menyerupai orang kafir).Nabi saw bersabda:"Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia termasuk salah seorang dari mereka."(hadith riwayat Abu Daud)Ini adalah amaran yang serius.Abdullah bin al-'Ash berkata:"Sesiapa yang hidup di atas tanah orang2 musyrik, lalu menyambut hari Nairuz(perayan tahun baru) mereka, dan perayaan2 mereka, dan dia telah menyerupai mereka sehingga mati, dia kan rugi pada hari kiamat."
2.Bersama di dalam perayaan adlh sebahagian daripad Mawaddah dan Mahabbah kepada mereka.Allah berfirman:"Jangan kamu menjadikan Yahudi dan Nasara itu Aulia'..." dan firmannya lagi:"Wahi orang2 yang beriman, jangan kamu menjadikan musuh2Ku dan musuh2mu sebagai teman 2 setia kamu, sampaikan kepada mereka (berita2 Muhammad) dengan sebab hubungan baik dan kasih mesra yang ada di antara kamu dengan mereka, sedangkan mereka telah kufur ingkar terhadap kebenaran yang sampai kepada kamu..."(al-Mumtahinah:1)
3.Sesungguhnya hari raya adlah perkara agama dan aqidah, ia bukan sekadar adat dunia sepertimana yang disebut di dalam hadith:"Bagi setiap kaum itu ada hari raya mereka, dan ini adalah hari raya kita.Hari raya mereka itu melambngkan aqidah mereka yang rosak, syirik, dan kufur."

Dr. Yusuf al-Qardhawi yang lebih ringan dalam masalah ini berpendapat boleh seseorang Muslim menyampaikan tahniah kepada perayaan Ahli Kitab tetapi melarang untuk menyambut sama sekali perayaan bukan Islam.Beliau menyebut:"Ini dlah daripada hak2 bersama, jika seseorang Ahli Kitab datang dn menyampaikan tahniah dengan perayaan kamu(Muslim) dan bersama dalam kesedihan dan musibah yang menimpa kamu dn mengucapkan takziah dalam musibah yang menimpa kamu , maka apakah pula larangan untuk kamu mengucapkan tahniah dengan perayaan mereka dalam kegembiraan mereka dan mengucapkan takziah dalam musibah yang menimpa mereka? Allah swt berfirman yang bermaksud:"Apabila kamu dihormati dengan satu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik atau balaslh dengan yang serupa."(an-Nisa':86)Beliau menyambung dengan mengatakan:"Ini tidak bermakna kita menyambut perayaan itu bersama mereka, adapun ianya hanyalah ucapan tahniah."
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers