Kartika jalani khidmat komuniti,Cukupkah sebagai pengganti hukuman sebatan?
KUANTAN 2 April - Bekas model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor, 33, hari ini melaporkan diri di Rumah Kanak-kanak Tengku Ampuan Fatimah di sini bagi menjalani kerja khidmat komuniti yang dikenakan ke atasnya sebagai ganti hukuman sebat.
Ibu kepada dua anak itu dikenakan kerja khidmat komuniti selama tiga minggu atas budi bicara Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah yang meringankan hukumannya kerana kesalahan minum arak.
Sebelum ini, hukuman sebat yang dikenakan oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini ke atas bekas model sambilan itu mendapat perhatian selepas dipertikaikan oleh pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan termasuk media asing.
Kartika ketika ditemui pemberita berkata, dia berpuas hati dengan hukuman yang dikenakan ke atasnya walaupun pada mulanya berasa sedikit terkejut dan sedih kerana terpaksa berpisah dengan dua anaknya.
''Alhamdulillah, saya bersedia dan berpuas hati dengan hukuman ini walaupun terpaksa berpisah dengan anak-anak untuk tempoh yang lama.
''Walaupun perasaan saya bercampur aduk tetapi saya akan menjunjung titah Tuanku Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah dan menerimanya dengan hati terbuka," katanya sebaik tiba di perkarangan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di sini hari ini.
Kartika yang ditemani keluarganya hadir di Bahagian Penguatkuasa JAIP kira-kira pukul 8.45 pagi sebelum dibawa ke rumah kebajikan tersebut dengan diiringi kenderaan rasmi JAIP.
Dia kemudiannya dilihat menaiki sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Alphard berwarna hitam manakala bapa, kakak dan bapa saudaranya menaiki kereta jenis Kia Rio berwarna jingga menuju ke rumah kebajikan itu yang terletak kira-kira lima kilometer dari pejabat JAIP di sini.
Bismillahirrahmanirrahim...
Berita di atas saya muat turun di blog saya semalam tapi, hari ini baru berkesempatan untuk memberi ulasan berkenaan isu tersebut. Bukanlah saya seorang pengulas terbaik tetapi, saya hanya sekadar mahu berkongsi apa yang saya tahu dengan para pembaca semua...
Satu berita yang berkaitan Kartika mengenai hukuman sebatan disebabkan minum arak di akhbar lain turut saya baca.Apa yang amat mengecewakan saya ialah mengenai kata-kata seorang pemimpin berkaitan hukuman sebatan menurut Islam atas kesalahan minum arak dikatakan sebagai "tidak berperikemanusiaan..."
Astagfirullahal azim....Tak tau macamana saya nak ungkapkan di sini...Sipakah kita untuk melabelkan hukuman yang telah Allah tentukan sebagai suatu yang tidak relevan,tidak berperikemanusiaan???
Sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat makhluk ciptaannya...
Sejenak saya ajak anda berfikir...Andai hukum Allah kita berani untuk memperkotak-katikkan,maka tidak hairanlah dengan undang-undang ciptaan manusia...Sedangkan perintah Allah pun manusia berani langgar,apatah lagi hukuman manusia....Bukan ini sahaja yang saya mahu anda berfikir...Apakah insan yang sanggup memperkatakan sedemikian rupa tidak berfikir tentang sejauh manakah keberkesanan undang-undang manusia terhadap manusia itu sendiri?Jika seorang pesalah yang dijatuhkan hukuman sebatan atas kesalahan merogol,meliwat dan seumpama dengannya, dikatakan sebagai "berperikemanusiaan" maka,apakah ia dapat memberi impak kepada yang lain?
Lihat sahaja pada jenis rotan yang digunakan, sudah cukup menggerunkan apatah lagi tatkala saya melihat hukuman sebatan itu dijalankan...Sehingga tersiat daging di punggung pesalah, namun apakah ia dapat memberikan kesedaran buat manusia yang berada di luar sana khususnya penjenayah-penjenayah yang masih berpeleseran di mana jua???
Anda sendiri tahu jawapannya...Semestinya tidak...Adakah hukuman sebegini dilabelkan sebagai ada nilai kemanusiaan???hanya orang gila saja yang mengakuinya....
Jika kita rujuk dan kembali kepada kitab suci Al-Quran di dalam surah An-Nisa' ayat : 58 & 59 yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan Segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum Dengan adil. Sesungguhnya Allah Dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran Yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat. Wahai orang-orang Yang beriman, Taatlah kamu kepada Allah dan Taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang Yang berkuasa) dari kalangan kamu. kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) Dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya."
Dan lihat juga pada surah yang sama pada ayat 135 yang bermaksud:
" Wahai orang-orang Yang beriman! hendaklah kamu menjadi orang-orang Yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. kalaulah orang (yang didakwa) itu kaya atau miskin (maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi Yang memperkatakan kebenaran disebabkan kamu bertimbang rasa), kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada keduanya. oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan. dan jika kamu memutar-balikkan keterangan ataupun enggan (daripada menjadi saksi), maka Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui Dengan mendalam akan apa Yang kamu lakukan."
Begitu juga pada surah Al-Maidah ayat 8 yang bermaksud:
" Wahai orang-orang Yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang Yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. dan bertaqwalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah Maha mengetahui Dengan mendalam akan apa Yang kamu lakukan."
Ayat-ayat di atas jelas menunjukkan bahawa seharusnya kita melakukan hukuman dengan hukuman yang adil yang telah ditentukan oleh Allah Taala yakni dengan hukuman Allah(undang-undang syarie@ Islam)
Jadi, kesimpulannya anda sendiri boleh bermuhasabah, sejauh manakah undang-undang Allah itu ditegakkan di sini?Tepuk dada tanya iman, masing-masing boleh dapat jawapannya...
Sekadar coretan dan sedikit ulasan daripada saya hamba yang masih dalam belajar...segala-galanya saya kembalikan pada Allah Taala....Andai di dunia kita boleh mengelak daripada hukuman Allah yang setimpal dengan kesalahan yang dilakukan, tetapi jangan kita lupa bahawa kita takkan terlepas daripada hukuman-Nya yang lebih berat di akhirat kelak...
Wallahu 'alam....

0 Response to "Kartika jalani khidmat komuniti,Cukupkah sebagai pengganti hukuman sebatan?"
Post a Comment