Pages

Rindunya pada dia....

Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah, kali ini aku masih diberi kekuatan hati oleh Allah untuk mencoretkan sesuatu di sini...
Beberapa hari lagi, cuti sem aku bakal tamat. Ini bermakna, sesi pengajian sem baru bakal bermula...
Fikiranku masih mengimbau kembali masa yang telah berlalu sebulan yang lalu...Ketika itu, aku berada dalam fatrah imtihan sem 4.Tak ku sangka,minggu itu adalah merupakan hari-hari terakhir aku bersamanya...
Aku masih ingat tatkala aku memimpin tangannya berjalan menyelusuri susur gajah ke asramaku...Dalam riang ketawa, aku lihat gerak-gerinya...Dia masih begitu, tiada sebarang keganjilan ku rasakan.Bukan aku sahaja yang merasakan begitu, umi dan yang lain turut berperasaan begitu...
Kadangkal, aku rasa malas untuk berkongsi cerita di sini...Namun, ada sesuatu yang perlu aku kisahkan...

      Awal Mac...
Minggu itu bermulalah peperangan untukku dengan kertas exam...Selama itu jugalah, dia pergi berubat di Perak...Aku tahu melalui abang....Ketika itu, tiada apa yang kurisaukan melainkan peperiksaan yang bakal dan sedang aku lalui...Setiap hari, ku pasti akan menelefon umi dan abah sebelum pergi ke dewan periksa untuk mohon doa dan restu...Sesekali, ku risik khabarnya daripada umi..Dari riak jawapan umi, ku tahu bahawa mereka aman di sana....Tenang sahaja jawapan umi...Mungkin tidak mahu aku risaukan apa-apa...
Umi juga selalu pesan padaku agar doakan dia selalu...Harapan umi untuk melihat dirinya sembuh amat tinggi..Ya, sebagai hambaNya hanya usaha, doa dan tawakkal sahaja mampu dilakukan.Selebihnya kembali pada Allah.

Alhamdulillah, peperiksaan yang aku jalani semakin lancar...Moga-moga kejayaan mengiringiku....Aku masih ingat.Pada mulanya, aku mahu pulang lewat seminggu ke rumah disebabkan ada program tarbiyah yang perlu aku hadiri..Bukan aku sengaja melewatkan hari untuk pulang ke rumah namun, bagiku amat mustahil untuk aku hadir ke program itu andai aku pulang sejurus habis exam...

  Kertas terakhirku tamat pada hari Isnin,8 Mac 2010..Kawan-kawan yang lain ramai yang sudah pulang ke rumah masing-masing...Tinggallah budak kos aku sahaja menghabiskan minit-minit terakhir perjuangan...
Sejurus selesai paper terakhir, aku lantas menghubungi abah mengatakan mahu pulang pada keesokan harinya iaitu hari selasa,9 Mac 2010...Aku pun tak tahu mengapa dengan begitu mudah hati ini berubah mahu sampai ke rumah secepatnya.Allah jua yang Maha Mengetahui...

  Pulang ke rumah, aku bertemu dengannya...Bermula dari hari kepulanganku, penyakitnya selalu datang pada waktu malam...Hanya umi sahaja yang setia menemaninya , menenangkannya dalam melawan kesakitan luar biasa yang dia alami selama hampir 2 tahun...Satu perkara yang aku kagumi padanya, lidahnya tidak kering menyebut "Ya Allah" andai kesakitan datang menyerang...Pada waktu paginya, dia seperti biasa....Akulah yang melayan kehendaknya andai dia ingin meminta sesuatu...Kesakitan yang dia alami menyebabkan dia kehilangan pancainderanya...Mungkin andai anda melihat dirinya, anda tidak percaya bahawa matanya sudah tidak dapat berfungsi lagi...Dia sudah tidak dapat melihat atau lebih tepat menjadi seorang buta...Tetapi, walaupun sedemikian, dia masih dapat menguruskan dirinya seperti biasa.Cuma dalam beberapa perkara sahaja dia perlukan bantuan kami...Contohnya, seperti ambilkan makanan, ketip kukunya,nyatakan nama sesuatu benda yang dia pinta dll...Tapi, ini semua sudah menjadi kebiasaan kami sekeluarga...Perkara yang paling aku tidak dapat lupakan ketika bersamanya ialah mendengarkan bacaan Quran padanya...Hingga saat ini, kenangan itu selalu datang dalam memoriku...

 Khamis,11 Mac 2010.
Petang itu, dia meminta aku untuk mengetipkan kukunya...Mulanya, aku tidak mahu kerana ku lihat kukunya semua sudah boleh dikatakan sudah pendek tapi, dia tetap berkeras menyuruh aku untuk berbuat sedemikian...Lantas, ku turuti sahaja permintaannya itu...Malam itu, usai solat Maghrib berjemaah kami membaca Surah Yaasin bersama.Dia duduk mendengarkan bacaan kami semua...

Jumaat,12 Mac 2010.
Hari ini merupakan hari untuk aku pergi berdaftar ke program itu. Hatiku begitu berat.Semua rakan yang lain telah bersetuju untuk pergi ke sana. Aku pula, masih dalam keraguan....Hatiku berbolak-balik untuk ke sana..Pada mulanya, memang umi benarkan tapi, setelah ku katakan bahawa aku perlu pergi secara sendirian menaiki komuter dari rumah maka umi menghalang..
Dalam sibuk aku bermesej dengan kawan-kawanku yang ingin ke sana, aku masih sempat untuk menyediakan hidangan tengah hari.Hari itu, aku sekadar masak tumis kangkung dan ikan goreng cecah sambal kicap. Hanya kami bertiga yang makan dahulu,aku,umi dan dia...Seperti biasa, nasi yang dia pinta hanya sesuku sahaja...Umi capai tangannya ke arah lauk yang dihidang sambil menyebutnya agar dia mudah untuk mengambilnya.Tiada keganjilan yang ku lihat...

  Akhirnya, aku terpaksa membatalkan pemergian ke program tersebut.Menerusi handphone,ku nyatakan ketidakhadiranku kepada kawanku..Mereka hairan kerana memang pada mulanya, aku bersemangat untuk ke sana tetapi terpaksa membatalkannya disebabkan tiada keizinan daripada umi...

  Mungkin ini semua sudah diatur oleh Allah...ya, Allahlah sebaik-baik pengatur...Kebiasaan  pada hari Jumaat, umi pasti akan mengikuti abah pergi ke pengajian di Tadika Pasti.Petang itu, sakit kepalanya menyerang kembali...Umi sempat berbual dengannya sebelum pergi.Mulanya,umi memang berat hati untuk pergi memandangkan dia telah sakit...namun, jawapannya tetap menyuruh umi pergi ke pengajian tersebut...

Maghrib semakin menghampiri waktunya...Aku bersiap-sedia untuk solat...Dalam pada itu, aku sempat menyuruh dia bangkit, cuba melawan kesakitan yang dia alami dan pergi ambil wuduk....Mulanya, dia seolah-olah tidak mampu untuk bangkit tetapi, akhirnya dia bangkit jua menuju ke bilik air.Aku hanya memerhati dari jauh akan dirinya...Risau juga andai tiba-tiba dia terjatuh di situ tapi, alhamdulillah, dia dapat menyempurnakan wuduknya..

Sejurus selepas itu, aku membantu dia memakai telekung untuk bersolat namun, melihat keadaannya yang mengaduh kesakitan yang terlampau, kami tidak mahu memaksa dia untuk solat ketika itu...Seringkali jua bila kesakitannya datang menyerang, dia seolah-olah tidak sedar diri.hanya sebutan Allah tidak lekang daripada bibirnya...Lantas, kakakku menyuruh dia berbaring di samping kami yang sedang solat.Usai solat Maghrib, Aku menjeling ke arahnya...Wajahnya ku lihat begitu tenang dan aman sekali seperti bayi...Damai sahaja hati ini...Tidak terdetik kerisauan setelah melihat dia tertidur lena di sebelah ku...Lantas, ku teruskan solat sunat rawatibku serta solat hajat...Sempat ku memohon agar Allah berikan kesihatan kembali padanya...

Selesai solat, aku pandang lagi ke wajahnya...Tatkala itu, kedengaran dengkuran yang amat kuat sekali...Hatiku berdetik bahawa dia tidur berdengkur dan aku tidak rasa mahu mengejutkannya...Ku buka Al-Quran lantas ku baca setentang dengan wajahnya...Masuk ayat yang ketiga, hatiku rasa resah...Tiada ketenangan ku rasakan meskipun ketika itu aku sedang membaca Kalamullah...Ku pandang wajahnya kembali.ku lihat ada air liur mengalir keluar daripada mulutnya...Ntah mengapa, langsung tidak terdetik di hatiku untuk mengejutknnya malahan ku berlari ke dapur untuk mengambil tisu...Ku kesat mulutnya...Kemudian ku teruskan bacaanku..Kemudian, aku berhenti dari membaca. Ku lihat mukanya kembali..Air liurnya keluar buat kali kedua. Ku lapkn lagi...ku tatap wajahnya dan akhirnya mataku jatuh pada telapak tangannya...ku pegang dan ku lihat ia sudah bertukar menjadi kebiruan....
Lantas aku panggil kakakku...Dia datang ke arahnya...Abangku yang ada di situ turut menghampiri....Kami sudah mula menangis....Ku ucapkan syahadah di telinganya.....Akhirnya, dia pergi meninggalkan kami semua...

Tidak ku sangka, begini pengakhirannya...Namun, aku cukup terkilan kerana tidak menyedari akan keadaan terakhir seseorang yang bakal pergi...Aduhai, betapa jahilnya diriku....
Kami redho atas pemergianmu....Semua tidak menyangka itulah minggu terakhir bersamanya...Tipulah air mata ini tidak mengalir di saat pemergianmu....Tapi, kami cuba mengawal kesedihan itu....Alhamdulillah, melihat keadaan dirinya bermula selepas kematiannya hingga ke lubang kubur sudah cukup membahagiakan hati kami...Dia memiliki tanda-tanda orang yang mati dalam keadaan husnul khatimah....Mungkin, ini adalah ganjaran terhadap kesabarannya dalam menghadapi kesakitan yang dialami.Al-Fatihah buatmu,kak long....Engkau tetap dalam ingatan kami semua meskipun dirimu telah lama tiada bersama kami di alam nyata....

Arwah diapit abang dan aku...
kenangan terakhir Aidilfitri tahun lalu...



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Mengapa Babi diharamkan di dalam Islam?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Keajaiban Azan...





Subhanallah...
Maha Suci Allah...
Rupa2nya azan itu bukanlah sekadar tanda maksudnya waktu untuk solat ,tapi ia mengandungi rahsia yang lebih hebat dan ada kaitan dengan alam...
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Aurat Wanita Dari Firman Allah Dan Hadis-Hadis Nabi

1. Bulu kening
Menurut Bukhari, "Rasullulah saw melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening." Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.


2. Kaki (tumit kaki)
"Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan." An-Nur: 31.

-Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki.


3. Wangian
"Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina."

Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.


4. Dada
"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka.”
An-Nur : 31


5. Gigi
"Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya. "Riwayat At-Thabrani, "Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah". Riwayat Bukhari dan Muslim.


6. Muka dan Tangan
"Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah:” Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja." Riwayat Muslim dan Bukhari.


7. Tangan
"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya". Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.


8. Mata
"Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya." An Nur : 31. Sabda Nabi SAW, "Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan." Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.


9. Mulut (suara)
"Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik." (Al Ahzab: 32.)

Sabda SAW, "Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi." Riwayat Ibn Majah.


10. Kemaluan
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. " An Nur :31.

"Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya." Riwayat Al Bazzar.

"Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah." Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.


11. Pakaian
"Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti." Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.

"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." Riwayat Bukhari dan Muslim.

-Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah /membuka bahagian-bahagian tertentu.

"Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang." Al Ahzab : 59.


12. Rambut
"Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu didunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya." Riwayat Bukhari dan Muslim.



*Seluruh anggota tubuh badan wanita adalah aurat,maka wajiblah kita menjaga ia sebaik-baiknya. Bukanlah Islam mahu menyusahkan ummatnya lebih-lebih lagi wanita, tetapi ini adalah sebagai penghormatan dan kemuliaan oleh Allah Taala untuk memelihara hambanya daripada anasir yang tidak baik.Wanita itu adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita solehah.Perhiasan yang mahal nilainya akan sentiasa terjaga dan terpelihara daripada mata-mata nakal dan jahat. Ia akan tersimpan rapi, kemas & tertutup.Baginya, biarlah kilauan yang memukau itu dilihat oleh mereka yang berhak sahaja bukan sebagai tontonan semua. 
"Ya Rabb kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan setelah engkau beri pertunjuk kepada kami." (Ali Imran : 250)
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

19 Hadis Mengenai Wanita

01. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".
02. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

03. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

04. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

05. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

06. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

07. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

08. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

09. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun)

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah, "Suaminya. "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15 Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16 Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17 Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18 Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19 Daripada Aisyah r.a " Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka,maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."



*Dipetik dari WANITA September.


Subhanallah.Mulianya kedudukan seorang wanita di sisi Islam.Allah telah mengangkat darjat kaum wanita dan meletakkannya di tempat yang mulia. Tiada lagi penghinaan untuk kaum ini seperti mana yang dilakukan oleh kaum Arab Jahiliyyah suatu ketika dahulu. Namun, adakah nasib wanita pada masa kini terbela???
Jika kita lihat di mana-mana, nasib kaum wanita kini kadang-kadang sudah tiada nilai di mata manusia.Mudah sahaja kaum ini dieksploitasi khususnya untuk iklan dan sebagainya...Sedih melihat dan membaca nasib wanita di luar sana yang sudah tergadai maruah diri, ibarat seperti habis madu sepah dibuang...
Nasihat buat diri dan insan yang bergelar wanita di luar sana...Jagalah dirimu sebaik-baiknya kerana dirimu merupakan permata buat Islam demi melahirkan pejuang-pejuan Allah pada masa hadapan. Andai hari ini dikau rosak binasa, maka rosaklah bangsa dan negara pada hari esok.... Allah meletakkan dirimu di tempat yang mulia, maka peliharalah ia agar sentiasa mulia di sisi agamamu....
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers