Rindunya pada dia....
Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah, kali ini aku masih diberi kekuatan hati oleh Allah untuk mencoretkan sesuatu di sini...
Beberapa hari lagi, cuti sem aku bakal tamat. Ini bermakna, sesi pengajian sem baru bakal bermula...
Fikiranku masih mengimbau kembali masa yang telah berlalu sebulan yang lalu...Ketika itu, aku berada dalam fatrah imtihan sem 4.Tak ku sangka,minggu itu adalah merupakan hari-hari terakhir aku bersamanya...
Aku masih ingat tatkala aku memimpin tangannya berjalan menyelusuri susur gajah ke asramaku...Dalam riang ketawa, aku lihat gerak-gerinya...Dia masih begitu, tiada sebarang keganjilan ku rasakan.Bukan aku sahaja yang merasakan begitu, umi dan yang lain turut berperasaan begitu...
Kadangkal, aku rasa malas untuk berkongsi cerita di sini...Namun, ada sesuatu yang perlu aku kisahkan...
Awal Mac...
Minggu itu bermulalah peperangan untukku dengan kertas exam...Selama itu jugalah, dia pergi berubat di Perak...Aku tahu melalui abang....Ketika itu, tiada apa yang kurisaukan melainkan peperiksaan yang bakal dan sedang aku lalui...Setiap hari, ku pasti akan menelefon umi dan abah sebelum pergi ke dewan periksa untuk mohon doa dan restu...Sesekali, ku risik khabarnya daripada umi..Dari riak jawapan umi, ku tahu bahawa mereka aman di sana....Tenang sahaja jawapan umi...Mungkin tidak mahu aku risaukan apa-apa...
Umi juga selalu pesan padaku agar doakan dia selalu...Harapan umi untuk melihat dirinya sembuh amat tinggi..Ya, sebagai hambaNya hanya usaha, doa dan tawakkal sahaja mampu dilakukan.Selebihnya kembali pada Allah.
Alhamdulillah, peperiksaan yang aku jalani semakin lancar...Moga-moga kejayaan mengiringiku....Aku masih ingat.Pada mulanya, aku mahu pulang lewat seminggu ke rumah disebabkan ada program tarbiyah yang perlu aku hadiri..Bukan aku sengaja melewatkan hari untuk pulang ke rumah namun, bagiku amat mustahil untuk aku hadir ke program itu andai aku pulang sejurus habis exam...
Kertas terakhirku tamat pada hari Isnin,8 Mac 2010..Kawan-kawan yang lain ramai yang sudah pulang ke rumah masing-masing...Tinggallah budak kos aku sahaja menghabiskan minit-minit terakhir perjuangan...
Sejurus selesai paper terakhir, aku lantas menghubungi abah mengatakan mahu pulang pada keesokan harinya iaitu hari selasa,9 Mac 2010...Aku pun tak tahu mengapa dengan begitu mudah hati ini berubah mahu sampai ke rumah secepatnya.Allah jua yang Maha Mengetahui...
Pulang ke rumah, aku bertemu dengannya...Bermula dari hari kepulanganku, penyakitnya selalu datang pada waktu malam...Hanya umi sahaja yang setia menemaninya , menenangkannya dalam melawan kesakitan luar biasa yang dia alami selama hampir 2 tahun...Satu perkara yang aku kagumi padanya, lidahnya tidak kering menyebut "Ya Allah" andai kesakitan datang menyerang...Pada waktu paginya, dia seperti biasa....Akulah yang melayan kehendaknya andai dia ingin meminta sesuatu...Kesakitan yang dia alami menyebabkan dia kehilangan pancainderanya...Mungkin andai anda melihat dirinya, anda tidak percaya bahawa matanya sudah tidak dapat berfungsi lagi...Dia sudah tidak dapat melihat atau lebih tepat menjadi seorang buta...Tetapi, walaupun sedemikian, dia masih dapat menguruskan dirinya seperti biasa.Cuma dalam beberapa perkara sahaja dia perlukan bantuan kami...Contohnya, seperti ambilkan makanan, ketip kukunya,nyatakan nama sesuatu benda yang dia pinta dll...Tapi, ini semua sudah menjadi kebiasaan kami sekeluarga...Perkara yang paling aku tidak dapat lupakan ketika bersamanya ialah mendengarkan bacaan Quran padanya...Hingga saat ini, kenangan itu selalu datang dalam memoriku...
Khamis,11 Mac 2010.
Petang itu, dia meminta aku untuk mengetipkan kukunya...Mulanya, aku tidak mahu kerana ku lihat kukunya semua sudah boleh dikatakan sudah pendek tapi, dia tetap berkeras menyuruh aku untuk berbuat sedemikian...Lantas, ku turuti sahaja permintaannya itu...Malam itu, usai solat Maghrib berjemaah kami membaca Surah Yaasin bersama.Dia duduk mendengarkan bacaan kami semua...
Jumaat,12 Mac 2010.
Hari ini merupakan hari untuk aku pergi berdaftar ke program itu. Hatiku begitu berat.Semua rakan yang lain telah bersetuju untuk pergi ke sana. Aku pula, masih dalam keraguan....Hatiku berbolak-balik untuk ke sana..Pada mulanya, memang umi benarkan tapi, setelah ku katakan bahawa aku perlu pergi secara sendirian menaiki komuter dari rumah maka umi menghalang..
Dalam sibuk aku bermesej dengan kawan-kawanku yang ingin ke sana, aku masih sempat untuk menyediakan hidangan tengah hari.Hari itu, aku sekadar masak tumis kangkung dan ikan goreng cecah sambal kicap. Hanya kami bertiga yang makan dahulu,aku,umi dan dia...Seperti biasa, nasi yang dia pinta hanya sesuku sahaja...Umi capai tangannya ke arah lauk yang dihidang sambil menyebutnya agar dia mudah untuk mengambilnya.Tiada keganjilan yang ku lihat...
Akhirnya, aku terpaksa membatalkan pemergian ke program tersebut.Menerusi handphone,ku nyatakan ketidakhadiranku kepada kawanku..Mereka hairan kerana memang pada mulanya, aku bersemangat untuk ke sana tetapi terpaksa membatalkannya disebabkan tiada keizinan daripada umi...
Mungkin ini semua sudah diatur oleh Allah...ya, Allahlah sebaik-baik pengatur...Kebiasaan pada hari Jumaat, umi pasti akan mengikuti abah pergi ke pengajian di Tadika Pasti.Petang itu, sakit kepalanya menyerang kembali...Umi sempat berbual dengannya sebelum pergi.Mulanya,umi memang berat hati untuk pergi memandangkan dia telah sakit...namun, jawapannya tetap menyuruh umi pergi ke pengajian tersebut...
Maghrib semakin menghampiri waktunya...Aku bersiap-sedia untuk solat...Dalam pada itu, aku sempat menyuruh dia bangkit, cuba melawan kesakitan yang dia alami dan pergi ambil wuduk....Mulanya, dia seolah-olah tidak mampu untuk bangkit tetapi, akhirnya dia bangkit jua menuju ke bilik air.Aku hanya memerhati dari jauh akan dirinya...Risau juga andai tiba-tiba dia terjatuh di situ tapi, alhamdulillah, dia dapat menyempurnakan wuduknya..
Sejurus selepas itu, aku membantu dia memakai telekung untuk bersolat namun, melihat keadaannya yang mengaduh kesakitan yang terlampau, kami tidak mahu memaksa dia untuk solat ketika itu...Seringkali jua bila kesakitannya datang menyerang, dia seolah-olah tidak sedar diri.hanya sebutan Allah tidak lekang daripada bibirnya...Lantas, kakakku menyuruh dia berbaring di samping kami yang sedang solat.Usai solat Maghrib, Aku menjeling ke arahnya...Wajahnya ku lihat begitu tenang dan aman sekali seperti bayi...Damai sahaja hati ini...Tidak terdetik kerisauan setelah melihat dia tertidur lena di sebelah ku...Lantas, ku teruskan solat sunat rawatibku serta solat hajat...Sempat ku memohon agar Allah berikan kesihatan kembali padanya...
Selesai solat, aku pandang lagi ke wajahnya...Tatkala itu, kedengaran dengkuran yang amat kuat sekali...Hatiku berdetik bahawa dia tidur berdengkur dan aku tidak rasa mahu mengejutkannya...Ku buka Al-Quran lantas ku baca setentang dengan wajahnya...Masuk ayat yang ketiga, hatiku rasa resah...Tiada ketenangan ku rasakan meskipun ketika itu aku sedang membaca Kalamullah...Ku pandang wajahnya kembali.ku lihat ada air liur mengalir keluar daripada mulutnya...Ntah mengapa, langsung tidak terdetik di hatiku untuk mengejutknnya malahan ku berlari ke dapur untuk mengambil tisu...Ku kesat mulutnya...Kemudian ku teruskan bacaanku..Kemudian, aku berhenti dari membaca. Ku lihat mukanya kembali..Air liurnya keluar buat kali kedua. Ku lapkn lagi...ku tatap wajahnya dan akhirnya mataku jatuh pada telapak tangannya...ku pegang dan ku lihat ia sudah bertukar menjadi kebiruan....
Lantas aku panggil kakakku...Dia datang ke arahnya...Abangku yang ada di situ turut menghampiri....Kami sudah mula menangis....Ku ucapkan syahadah di telinganya.....Akhirnya, dia pergi meninggalkan kami semua...
Tidak ku sangka, begini pengakhirannya...Namun, aku cukup terkilan kerana tidak menyedari akan keadaan terakhir seseorang yang bakal pergi...Aduhai, betapa jahilnya diriku....
Kami redho atas pemergianmu....Semua tidak menyangka itulah minggu terakhir bersamanya...Tipulah air mata ini tidak mengalir di saat pemergianmu....Tapi, kami cuba mengawal kesedihan itu....Alhamdulillah, melihat keadaan dirinya bermula selepas kematiannya hingga ke lubang kubur sudah cukup membahagiakan hati kami...Dia memiliki tanda-tanda orang yang mati dalam keadaan husnul khatimah....Mungkin, ini adalah ganjaran terhadap kesabarannya dalam menghadapi kesakitan yang dialami.Al-Fatihah buatmu,kak long....Engkau tetap dalam ingatan kami semua meskipun dirimu telah lama tiada bersama kami di alam nyata....

Arwah diapit abang dan aku...
kenangan terakhir Aidilfitri tahun lalu...
0 Response to "Rindunya pada dia...."
Post a Comment