Pages

Alhamdulillah, akhirnya aku berjaya :)

 Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah, aku masih berkesempatan untuk menjengah di sini sebelum aku pulang ke hostel besok...

Tiada apa yang menarik untuk dicoretkan di sini, cuma ingin berkongsi rasa bahagia tadi..Petang tadi, aku pergi shopping ngan umi, kak.Taz & abang Adi...Adalah beli barang kelengkapan ckit.Tak lupa, aku bersemangat beli bahan-bahan tuk buat kek coklat basah..Resepinya aku cari melalui internet beberapa hari yang lalu...Rasa tak sabar nak cuba resepi tu...Lebih-lebih lagi nak wat kek yang paling aku suka...Kek coklat...Sebelum ini, banyak kali dah aku try wat & alhamdulillah sume jadi...First time aku wat kek coklat time form 5...tapi, yang ni x jadi..kek bantat...tapi, aku bawa balik hosel gak bagi adik2 dorm aku makan..Aku ingat lagi dorang gelakkan aku bila aku cakap kek 2 bantat tapi sedap...hahaha..lawak je...

Tu time zaman skola menengah...Skang da masuk alam 21...kiranya da 4 kali aku buat kek coklat basah...3 kali b4 ni sume guna tepung instant je, tinggal ikut arahan & buat...Mula2 wat, x confident pun...tapi, disebabkan kata2 semangat daripada umi, aku teruskan gak wat.Umi cakap:"Buat je, jadi x jadi belakang kira..."terhibur juga hati & bertambah ckit keyakinan diri untuk mencuba...n akhirnya berjaya juga wat tapi ada bantat ckit coz air tak cukup time kukus...hahaha....first time masak...memang patutla ada banyak salah...


Pastu, wat kek tuk kali ke-2 & ke-3 pun pakai tepung instant yang aku beli daripada kawan aku...Umi pun suka makan kek tu & siap pesan ngan aku nak tempah banyak tuk perkahwinan abang adi bulan 10 ni...tak cukup pesan suh aku tempah siap2, umi suh aku try tanya resepi nak wat tepung instant 2 n siap suh aku offer Rm50 kat kawan aku klu dia bagi resepi tu...Aku pun, xnaklah hampakan hati umi..so, aku pun tanyalah kat kawan aku tu n offer duit klu dia bagi resepinya....last2, berulang kali aku tanya, dia asyik cakap lupala, tak sempat nak tanya mak dia la jadi, aku pun malu n malas da nak tanya...x taula samada memang dia pelupa ke @ buat2 lupa aku pun xleh nak agak...Tapi, bagi aku klu da xnak bagi tu cakap jela xbleh...senang citer...xdela aku nak kecik ati ke, besar ati ke n yg sewaktu dgnnya...n apalah sangat nilai harga 1 resepi tu?apa x bleh ke dia berkongsi ilmu?yela, dia berniaga tepung tu, jadi apalah sangat klu bagi pada orang yang meminta?bukannya bangkrap pun klu aku sorang je yang xbli tepung instant dia tu....mungkin pasal ni kot dia berkira ngan aku...biasalakan, orang berniaga mana ada yang nak rugi, sume orang nak untung...


Cuti sem aku pun bakal tamat esok...n nasiblah aku ni jenis yang suka try something....so, disebabkan aku terlampau suka ngan kek coklat, aku pun usaha cari resepi dalam internet..senang je kan.tekan kat bahagian search: kek coklat basah n kuar sume laman web tinggal pilih je nak yang mana...

Petang tadi, balik dari shopping, aku buka internet nak tengok balik resepi yang aku salin...kira cam nak confirmkan balik la tapi, xjumpa plak...dapat resepi yang lain...bukan apa.salah aku gak.aritu just salin senarai bahan dia je...instruction plak just baca n remind dalam otak...pastu, tadi cari punya cari x jumpa plak...last2, aku tengok 1 resepi yang sama tapi berlainan sukatan bahan untuk confirmkan arahan nak buat kek 2...

Rasa x sabar nak masak...Takut pun ada...risau pun ada, nanti x jadi, aku sorang gamaknya kena habiskan sume...
n hampir 1jam lebih gak la aku wat...apa x nye terkial2 aku sukat bahan2 tu sorang2 kat dapur....pastu, time tengah mesin tetiba black out plak.terberhenti seketika mesin aku...risau pun ada la coz x siap mesin lagi dah berhenti tetiba...nasib x lama...siap2, aku kukus selama 45minit...pastu tunggu kek tu sejuk dulu b4 wat langkah seterusnya.

Pas mandi, solat maghrib sume, aku sambung wat topping kek tu plak..da siap sume, bagi umi n kak.Taz rasa..aku pun rasa n tanya pendapat dorang kek mana lagi sedap antara kek kawan aku n kek yang baru aku wat...n gembira btul bila dorang cakap kek yang aku baru buat lagi sedap, lagi lembut...:) huhu, masuk bakul angkat sendiri....xpela....rasa berbaloi juga wat ngan sungguh2 n kek tu jadi...alhamdulillah....


Ni la hasilnya..atas kek tu aku tabur ngan kacang hazel yang da d blend halus..
haha, xkreatif sangat dlm bab menghias...maybe kna ambk kursus dlu next time:)





ni da kena potong 1slice tuk bagi umi n kak.Taz rasa.






1 slice kek yang siap tuk d makan  :)
memang sedap......



*Mungkin ni catatan terakhir b4 aku balik hostel besok pagi jam 9...ntah bila  aku akan berkesempatan tuk coret2 d sini lagi bila aku da start jejakkan kaki ke kuliah....huhu...kat sana xleh nak buka IT sesuka ati,,,komputer @ laptop sendiri pun xde coz xleh bawa..tunggu sem 6 nnti bru bleh.....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Rindunya pada dia....

Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah, kali ini aku masih diberi kekuatan hati oleh Allah untuk mencoretkan sesuatu di sini...
Beberapa hari lagi, cuti sem aku bakal tamat. Ini bermakna, sesi pengajian sem baru bakal bermula...
Fikiranku masih mengimbau kembali masa yang telah berlalu sebulan yang lalu...Ketika itu, aku berada dalam fatrah imtihan sem 4.Tak ku sangka,minggu itu adalah merupakan hari-hari terakhir aku bersamanya...
Aku masih ingat tatkala aku memimpin tangannya berjalan menyelusuri susur gajah ke asramaku...Dalam riang ketawa, aku lihat gerak-gerinya...Dia masih begitu, tiada sebarang keganjilan ku rasakan.Bukan aku sahaja yang merasakan begitu, umi dan yang lain turut berperasaan begitu...
Kadangkal, aku rasa malas untuk berkongsi cerita di sini...Namun, ada sesuatu yang perlu aku kisahkan...

      Awal Mac...
Minggu itu bermulalah peperangan untukku dengan kertas exam...Selama itu jugalah, dia pergi berubat di Perak...Aku tahu melalui abang....Ketika itu, tiada apa yang kurisaukan melainkan peperiksaan yang bakal dan sedang aku lalui...Setiap hari, ku pasti akan menelefon umi dan abah sebelum pergi ke dewan periksa untuk mohon doa dan restu...Sesekali, ku risik khabarnya daripada umi..Dari riak jawapan umi, ku tahu bahawa mereka aman di sana....Tenang sahaja jawapan umi...Mungkin tidak mahu aku risaukan apa-apa...
Umi juga selalu pesan padaku agar doakan dia selalu...Harapan umi untuk melihat dirinya sembuh amat tinggi..Ya, sebagai hambaNya hanya usaha, doa dan tawakkal sahaja mampu dilakukan.Selebihnya kembali pada Allah.

Alhamdulillah, peperiksaan yang aku jalani semakin lancar...Moga-moga kejayaan mengiringiku....Aku masih ingat.Pada mulanya, aku mahu pulang lewat seminggu ke rumah disebabkan ada program tarbiyah yang perlu aku hadiri..Bukan aku sengaja melewatkan hari untuk pulang ke rumah namun, bagiku amat mustahil untuk aku hadir ke program itu andai aku pulang sejurus habis exam...

  Kertas terakhirku tamat pada hari Isnin,8 Mac 2010..Kawan-kawan yang lain ramai yang sudah pulang ke rumah masing-masing...Tinggallah budak kos aku sahaja menghabiskan minit-minit terakhir perjuangan...
Sejurus selesai paper terakhir, aku lantas menghubungi abah mengatakan mahu pulang pada keesokan harinya iaitu hari selasa,9 Mac 2010...Aku pun tak tahu mengapa dengan begitu mudah hati ini berubah mahu sampai ke rumah secepatnya.Allah jua yang Maha Mengetahui...

  Pulang ke rumah, aku bertemu dengannya...Bermula dari hari kepulanganku, penyakitnya selalu datang pada waktu malam...Hanya umi sahaja yang setia menemaninya , menenangkannya dalam melawan kesakitan luar biasa yang dia alami selama hampir 2 tahun...Satu perkara yang aku kagumi padanya, lidahnya tidak kering menyebut "Ya Allah" andai kesakitan datang menyerang...Pada waktu paginya, dia seperti biasa....Akulah yang melayan kehendaknya andai dia ingin meminta sesuatu...Kesakitan yang dia alami menyebabkan dia kehilangan pancainderanya...Mungkin andai anda melihat dirinya, anda tidak percaya bahawa matanya sudah tidak dapat berfungsi lagi...Dia sudah tidak dapat melihat atau lebih tepat menjadi seorang buta...Tetapi, walaupun sedemikian, dia masih dapat menguruskan dirinya seperti biasa.Cuma dalam beberapa perkara sahaja dia perlukan bantuan kami...Contohnya, seperti ambilkan makanan, ketip kukunya,nyatakan nama sesuatu benda yang dia pinta dll...Tapi, ini semua sudah menjadi kebiasaan kami sekeluarga...Perkara yang paling aku tidak dapat lupakan ketika bersamanya ialah mendengarkan bacaan Quran padanya...Hingga saat ini, kenangan itu selalu datang dalam memoriku...

 Khamis,11 Mac 2010.
Petang itu, dia meminta aku untuk mengetipkan kukunya...Mulanya, aku tidak mahu kerana ku lihat kukunya semua sudah boleh dikatakan sudah pendek tapi, dia tetap berkeras menyuruh aku untuk berbuat sedemikian...Lantas, ku turuti sahaja permintaannya itu...Malam itu, usai solat Maghrib berjemaah kami membaca Surah Yaasin bersama.Dia duduk mendengarkan bacaan kami semua...

Jumaat,12 Mac 2010.
Hari ini merupakan hari untuk aku pergi berdaftar ke program itu. Hatiku begitu berat.Semua rakan yang lain telah bersetuju untuk pergi ke sana. Aku pula, masih dalam keraguan....Hatiku berbolak-balik untuk ke sana..Pada mulanya, memang umi benarkan tapi, setelah ku katakan bahawa aku perlu pergi secara sendirian menaiki komuter dari rumah maka umi menghalang..
Dalam sibuk aku bermesej dengan kawan-kawanku yang ingin ke sana, aku masih sempat untuk menyediakan hidangan tengah hari.Hari itu, aku sekadar masak tumis kangkung dan ikan goreng cecah sambal kicap. Hanya kami bertiga yang makan dahulu,aku,umi dan dia...Seperti biasa, nasi yang dia pinta hanya sesuku sahaja...Umi capai tangannya ke arah lauk yang dihidang sambil menyebutnya agar dia mudah untuk mengambilnya.Tiada keganjilan yang ku lihat...

  Akhirnya, aku terpaksa membatalkan pemergian ke program tersebut.Menerusi handphone,ku nyatakan ketidakhadiranku kepada kawanku..Mereka hairan kerana memang pada mulanya, aku bersemangat untuk ke sana tetapi terpaksa membatalkannya disebabkan tiada keizinan daripada umi...

  Mungkin ini semua sudah diatur oleh Allah...ya, Allahlah sebaik-baik pengatur...Kebiasaan  pada hari Jumaat, umi pasti akan mengikuti abah pergi ke pengajian di Tadika Pasti.Petang itu, sakit kepalanya menyerang kembali...Umi sempat berbual dengannya sebelum pergi.Mulanya,umi memang berat hati untuk pergi memandangkan dia telah sakit...namun, jawapannya tetap menyuruh umi pergi ke pengajian tersebut...

Maghrib semakin menghampiri waktunya...Aku bersiap-sedia untuk solat...Dalam pada itu, aku sempat menyuruh dia bangkit, cuba melawan kesakitan yang dia alami dan pergi ambil wuduk....Mulanya, dia seolah-olah tidak mampu untuk bangkit tetapi, akhirnya dia bangkit jua menuju ke bilik air.Aku hanya memerhati dari jauh akan dirinya...Risau juga andai tiba-tiba dia terjatuh di situ tapi, alhamdulillah, dia dapat menyempurnakan wuduknya..

Sejurus selepas itu, aku membantu dia memakai telekung untuk bersolat namun, melihat keadaannya yang mengaduh kesakitan yang terlampau, kami tidak mahu memaksa dia untuk solat ketika itu...Seringkali jua bila kesakitannya datang menyerang, dia seolah-olah tidak sedar diri.hanya sebutan Allah tidak lekang daripada bibirnya...Lantas, kakakku menyuruh dia berbaring di samping kami yang sedang solat.Usai solat Maghrib, Aku menjeling ke arahnya...Wajahnya ku lihat begitu tenang dan aman sekali seperti bayi...Damai sahaja hati ini...Tidak terdetik kerisauan setelah melihat dia tertidur lena di sebelah ku...Lantas, ku teruskan solat sunat rawatibku serta solat hajat...Sempat ku memohon agar Allah berikan kesihatan kembali padanya...

Selesai solat, aku pandang lagi ke wajahnya...Tatkala itu, kedengaran dengkuran yang amat kuat sekali...Hatiku berdetik bahawa dia tidur berdengkur dan aku tidak rasa mahu mengejutkannya...Ku buka Al-Quran lantas ku baca setentang dengan wajahnya...Masuk ayat yang ketiga, hatiku rasa resah...Tiada ketenangan ku rasakan meskipun ketika itu aku sedang membaca Kalamullah...Ku pandang wajahnya kembali.ku lihat ada air liur mengalir keluar daripada mulutnya...Ntah mengapa, langsung tidak terdetik di hatiku untuk mengejutknnya malahan ku berlari ke dapur untuk mengambil tisu...Ku kesat mulutnya...Kemudian ku teruskan bacaanku..Kemudian, aku berhenti dari membaca. Ku lihat mukanya kembali..Air liurnya keluar buat kali kedua. Ku lapkn lagi...ku tatap wajahnya dan akhirnya mataku jatuh pada telapak tangannya...ku pegang dan ku lihat ia sudah bertukar menjadi kebiruan....
Lantas aku panggil kakakku...Dia datang ke arahnya...Abangku yang ada di situ turut menghampiri....Kami sudah mula menangis....Ku ucapkan syahadah di telinganya.....Akhirnya, dia pergi meninggalkan kami semua...

Tidak ku sangka, begini pengakhirannya...Namun, aku cukup terkilan kerana tidak menyedari akan keadaan terakhir seseorang yang bakal pergi...Aduhai, betapa jahilnya diriku....
Kami redho atas pemergianmu....Semua tidak menyangka itulah minggu terakhir bersamanya...Tipulah air mata ini tidak mengalir di saat pemergianmu....Tapi, kami cuba mengawal kesedihan itu....Alhamdulillah, melihat keadaan dirinya bermula selepas kematiannya hingga ke lubang kubur sudah cukup membahagiakan hati kami...Dia memiliki tanda-tanda orang yang mati dalam keadaan husnul khatimah....Mungkin, ini adalah ganjaran terhadap kesabarannya dalam menghadapi kesakitan yang dialami.Al-Fatihah buatmu,kak long....Engkau tetap dalam ingatan kami semua meskipun dirimu telah lama tiada bersama kami di alam nyata....

Arwah diapit abang dan aku...
kenangan terakhir Aidilfitri tahun lalu...



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Mengapa Babi diharamkan di dalam Islam?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Keajaiban Azan...





Subhanallah...
Maha Suci Allah...
Rupa2nya azan itu bukanlah sekadar tanda maksudnya waktu untuk solat ,tapi ia mengandungi rahsia yang lebih hebat dan ada kaitan dengan alam...
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Aurat Wanita Dari Firman Allah Dan Hadis-Hadis Nabi

1. Bulu kening
Menurut Bukhari, "Rasullulah saw melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening." Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.


2. Kaki (tumit kaki)
"Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan." An-Nur: 31.

-Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki.


3. Wangian
"Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina."

Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.


4. Dada
"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka.”
An-Nur : 31


5. Gigi
"Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya. "Riwayat At-Thabrani, "Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah". Riwayat Bukhari dan Muslim.


6. Muka dan Tangan
"Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah:” Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja." Riwayat Muslim dan Bukhari.


7. Tangan
"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya". Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.


8. Mata
"Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya." An Nur : 31. Sabda Nabi SAW, "Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan." Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.


9. Mulut (suara)
"Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik." (Al Ahzab: 32.)

Sabda SAW, "Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi." Riwayat Ibn Majah.


10. Kemaluan
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. " An Nur :31.

"Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya." Riwayat Al Bazzar.

"Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah." Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.


11. Pakaian
"Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti." Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.

"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." Riwayat Bukhari dan Muslim.

-Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah /membuka bahagian-bahagian tertentu.

"Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang." Al Ahzab : 59.


12. Rambut
"Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu didunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya." Riwayat Bukhari dan Muslim.



*Seluruh anggota tubuh badan wanita adalah aurat,maka wajiblah kita menjaga ia sebaik-baiknya. Bukanlah Islam mahu menyusahkan ummatnya lebih-lebih lagi wanita, tetapi ini adalah sebagai penghormatan dan kemuliaan oleh Allah Taala untuk memelihara hambanya daripada anasir yang tidak baik.Wanita itu adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita solehah.Perhiasan yang mahal nilainya akan sentiasa terjaga dan terpelihara daripada mata-mata nakal dan jahat. Ia akan tersimpan rapi, kemas & tertutup.Baginya, biarlah kilauan yang memukau itu dilihat oleh mereka yang berhak sahaja bukan sebagai tontonan semua. 
"Ya Rabb kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan setelah engkau beri pertunjuk kepada kami." (Ali Imran : 250)
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers