Depa Raya?Kongsi Raya???

Bagi Islam,terdapat 2 hari raya yang diiktirafsepertimana yang dikhabarkan oleh Nabi saw di dalam hadisnya yang diriwayatkan dari Anas bin Malik katanya yang bermaksud:Ketika Rasul saw sampai di Madinah, bagi penduduk Madinah itu ada dua hari (raya) yang mereka bermain (berseronok) pada hari tersebut sepertimana kebiasaan semua kaum(Rom dan Parsi), setiap umat itu bagi mereka hari raya mereka tersendiri. Dan adalah bagi orang Arab Madinah ketika zaman Jahiliyah terdapat dua hari yang mana mereka bermain dan berseronok pada hari tersebut.Apabila Nabi saw melihat mereka menyambut dua hari tersebut, Nabi saw bertanya:hari apakah dua hari ini?Mereka menjawab:"Adalah kami di zaman Jahiliyah bermain(berseronok) dalam dua hari ini."Sabda Nabi saw:"Sesungguhnya Allah telah menggantikan bagi kamu semua dengan hari yang lebih baik dari dua hari tersebut iaitulah hari raya al-Adha dan hari raya al-Fitr."(Hadith ini diriwayatkan oleh Abu Daud dan al-Nasaie dari Anas bin Malik. Sheikh al-Islam ibn Taimiyyah berkata:"Sesungguhnya isnad hadith ini berdasarkan syarat Muslim)

Di dalam hadith ini jelas menunjukkan dua hari raya di zaman Jahiliyah yang disambut oleh penduduk Madinah di peringkat awal itu tidak diiktiraf oleh Nabi saw walau untuk membiarkan mereka bermain pada dua hari tersebut sepertimana adat kebiasaan yang mereka lakukan. Bahkan Nabi saw menegaskan dengan sabda Baginda:Sesungguhnya Allah telah menggantikan bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik dari dua hari tersebut."
Nabi menegaskan Aid al-Adha dan Aid al-Fitr adalah 2 hari raya yang datng menggantikan hari raya yang disambut oleh masyarakat Arab Jahiliyah ketika itu.Apabila telah datangnya pengganti (al-Adha dan al-Fitr)maka yang diganti (dua hari raya di zaman Jahiliyah) ditinggalkan dan tidak mungkin untuk disambut bersama lagi buat selama2nya.

Suatu hari Abu Bakr masuk menemui Nabi saw di rumah Baginda. Dia dapati terdapat dua orang Jariah kanak2 yang sedang menyanyi.Lalu Abu Bakar berkata maksudnya:"Apakah dengan seluling syaitan ada di depan (rumah) Rasulullah saw? Nabi saw bersabda maksudnya :"Biarkan mereka berdua wahai Abu Bakar, sesungguhnya bagi setiap kaum itu ada hari raya mereka, dan hari ini adalah hari raya kita(umat Islam)."Ini petunjuk dari Nabi saw untuk mengkhususkan bagi setiap agama itu perayaan mereka tersendiri.

Di sisi ulama mazhab Hanafi berpendapat kufurnya seseorang yang hanya memberikan hadiah berupa sebiji telur pada hari tahun baru Parsi dalam bentuk memuliakannya. Jika kita himpunkan kesemua perkataan para ulama, kita akan dapati bahawasanya mereka semua mengharamkan menyambut perayaan bukan Islam termasuklah mazhab Hanafi, Maliki, Syafie, dan Hambali, bahkan mazhab al-Zohiri juga. Al-Syeikh Muhammad bin Soleh al-Munajjid pula apabila ditanya tentang hukum yang sam menjawab:"Tidak boleh bersama orang2 kafir menyambut perayaan2 mereka disebabkan perkara2 berikut:
1.Ia termasuk dalam al-Tasybbuh(menyerupai orang kafir).Nabi saw bersabda:"Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia termasuk salah seorang dari mereka."(hadith riwayat Abu Daud)Ini adalah amaran yang serius.Abdullah bin al-'Ash berkata:"Sesiapa yang hidup di atas tanah orang2 musyrik, lalu menyambut hari Nairuz(perayan tahun baru) mereka, dan perayaan2 mereka, dan dia telah menyerupai mereka sehingga mati, dia kan rugi pada hari kiamat."
2.Bersama di dalam perayaan adlh sebahagian daripad Mawaddah dan Mahabbah kepada mereka.Allah berfirman:"Jangan kamu menjadikan Yahudi dan Nasara itu Aulia'..." dan firmannya lagi:"Wahi orang2 yang beriman, jangan kamu menjadikan musuh2Ku dan musuh2mu sebagai teman 2 setia kamu, sampaikan kepada mereka (berita2 Muhammad) dengan sebab hubungan baik dan kasih mesra yang ada di antara kamu dengan mereka, sedangkan mereka telah kufur ingkar terhadap kebenaran yang sampai kepada kamu..."(al-Mumtahinah:1)
3.Sesungguhnya hari raya adlah perkara agama dan aqidah, ia bukan sekadar adat dunia sepertimana yang disebut di dalam hadith:"Bagi setiap kaum itu ada hari raya mereka, dan ini adalah hari raya kita.Hari raya mereka itu melambngkan aqidah mereka yang rosak, syirik, dan kufur."

Dr. Yusuf al-Qardhawi yang lebih ringan dalam masalah ini berpendapat boleh seseorang Muslim menyampaikan tahniah kepada perayaan Ahli Kitab tetapi melarang untuk menyambut sama sekali perayaan bukan Islam.Beliau menyebut:"Ini dlah daripada hak2 bersama, jika seseorang Ahli Kitab datang dn menyampaikan tahniah dengan perayaan kamu(Muslim) dan bersama dalam kesedihan dan musibah yang menimpa kamu dn mengucapkan takziah dalam musibah yang menimpa kamu , maka apakah pula larangan untuk kamu mengucapkan tahniah dengan perayaan mereka dalam kegembiraan mereka dan mengucapkan takziah dalam musibah yang menimpa mereka? Allah swt berfirman yang bermaksud:"Apabila kamu dihormati dengan satu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik atau balaslh dengan yang serupa."(an-Nisa':86)Beliau menyambung dengan mengatakan:"Ini tidak bermakna kita menyambut perayaan itu bersama mereka, adapun ianya hanyalah ucapan tahniah."
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

0 Response to "Depa Raya?Kongsi Raya???"

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers