LEVEL OF LOVE BASED FROM AL-QURAN

www.iluvislam.com
lart_ieha
editor: azzahra_solehah




Menurut hadis Nabi: Orang yang sedang jatuh cinta, cenderung selalu mengingat dan menyebut orang yang dicintainya (man ahabba syai’an katsura dzikruhu).

Sabda Nabi: Orang juga bisa diperbudak oleh cintanya (man ahabba syai’an fa huwa `abduhu).

Sabda Nabi juga: ciri dari cinta sejati ada tiga -
(1) lebih suka berbicara dengan yang dicintai dibanding dengan yang lain,
(2) lebih suka berkumpul dengan yang dicintai dibanding dengan yang lain, dan
(3) lebih suka mengikuti kemahuan yang dicintai dibanding kemahuan orang lain/diri sendiri.

Bagi orang yang telah jatuh cinta kepada Allah SWT, maka ia lebih suka berbicara dengan Allah SWT, dengan membaca firman Nya, lebih suka bercengkerama dengan Allah SWT dalam I`tikaf, dan lebih suka mengikuti perintah Allah SWT daripada perintah yang lain.

Dalam Qur’an cinta memiliki 8 pengertian berikut ini penjelasannya:

1. Cinta mawaddah adalah jenis cinta mengebu-gebu, membara dan “nggemesi”. Orang yang memiliki cinta jenis mawaddah, mahunya selalu berdua, enggan berpisah dan selalu ingin memuaskan dahaga cintanya. Ia ingin memonopoli cintanya, dan hampir tak bisa berfikir lain.

2. Cinta rahmah adalah jenis cinta yang penuh kasih sayang, lembut, siap berkorban, dan siap melindungi. Orang yang memiliki cinta jenis rahmah ini lebih memperhatikan orang yang dicintainya dibanding terhadap diri sendiri. Baginya yang penting adalah kebahagiaan sang kekasih walaupun ia harus menderita. Ia sangat memaklumi kekurangan kekasihnya dan selalu memaafkan kesalahan kekasihnya.

Termasuk dalam cinta rahmah adalah cinta antara orang yang bertalian darah, terutama cinta orang tua terhadap anaknya, dan sebaliknya. Dari itu maka dalam al Qur’an , kerabat disebut al arham, dzawi al arham , yakni orang-orang yang memiliki hubungan kasih sayang secara fitri, yang berasal dari garba kasih sayang ibu, disebut rahim (dari kata rahmah). Sejak janin seorang anak sudah diliputi oleh suasana psikologis kasih sayang dalam satu ruang yang disebut rahim.

Selanjutnya diantara orang-orang yang memiliki hubungan darah dianjurkan untuk selalu ber silaturrahim ertinya menyambung tali kasih sayang. Suami isteri yang diikat oleh cinta mawaddah dan rahmah sekaligus biasanya saling setia lahir batin-dunia akhirat.

3. Cinta mail, adalah jenis cinta yang untuk sementara sangat membara, sehingga menyedut seluruh perhatian hingga hal-hal lain cenderung kurang diperhatikan. Cinta jenis mail ini dalam al Qur’an disebut dalam konteks orang poligami dimana ketika sedang jatuh cinta kepada yang muda (an tamilu kulla al mail), cenderung mengabaikan kepada yang lama.

4. Cinta syaghaf. Adalah cinta yang sangat mendalam, alami, orisinil dan memabukkan. Orang yang terserang cinta jenis syaghaf (qad syaghafaha hubba) boleh jadi seperti orang gila, lupa diri dan hampir-hampir tak menyedari apa yang dilakukan. Al Qur’an menggunakan term syaghaf ketika mengkisahkan bagaimana cintanya Zulaikha, isteri pembesar Mesir kepada bujangnya, Yusuf.

5. Cinta ra’fah, iaitu rasa kasih yang dalam hingga mengalahkan norma-norma kebenaran, misalnya kasihan kepada anak sehingga tidak sanggup membangunkannya untuk solat, membelanya meskipun salah. Al Qur’an menyebut term ini ketika mengingatkan agar janganlah cinta ra`fah menyebabkan orang tidak menegakkan hukum Allah, dalam hal ini kes hukuman bagi pezina (Q/24:2).

6. Cinta shobwah, iaitu cinta buta, cinta yang mendorong kelakuan yang menyimpang tanpa sanggup mengelak. Al Qur’an menyebut term ni ketika mengisahkan bagaimana Nabi Yusuf berdoa agar dipisahkan dengan Zulaiha yang setiap hari menggodanya (mohon dimasukkan penjara saja), sebab jika tidak, lama kelamaan Yusuf tergelincir juga dalam perbuatan bodoh, wa illa tashrif `anni kaidahunna ashbu ilaihinna wa akun min al jahilin (Q/12:33)

7. Cinta syauq (rindu). Term ini bukan dari al Qur’an tetapi dari hadis yang menafsirkan al Qur’an. Dalam surat al `Ankabut ayat 5 dikatakan bahawa barangsiapa rindu berjumpa Allah pasti waktunya akan tiba. Kalimat kerinduan ini kemudian diungkapkan dalam doa ma’tsur dari hadis riwayat Ahmad; wa as’aluka ladzzata an nadzori ila wajhika wa as syauqa ila liqa’ika,
aku mohon dapat merasakan nikmatnya memandang wajah Mu dan nikmatnya kerinduan untuk berjumpa dengan Mu.

Menurut Ibn al Qayyim al Jauzi dalam kitab “Raudlat al Muhibbin wa Nuzhat al Musytaqin”, Syauq (rindu) adalah pengembaraan hati kepada sang kekasih (safar al qalb ila al mahbub), dan kobaran cinta yang apinya berada di dalam hati sang pecinta, (hurqat al mahabbah wa il tihab naruha fi qalb al muhibbi).

8. Cinta kulfah yakni perasaan cinta yang disertai kesadaran mendidik kepada hal-hal yang positip meski sulit, seperti orang tua yang menyuruh anaknya menyapu, membersihkan kamar sendiri, meski ada pembantu. Jenis cinta ini disebut al Qur’an ketika menyatakan bahwa Allah tidak membebani seseorang kecuali sesuai dengan kemampuannya, la yukallifullah nafsan illa wus`aha (Q/2:286)
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Keajaiban Al-Quran diakui Sains & Fakta Ilmu

www.iluvislam.com
Dihantar oleh: zx92
Editor: RosNiza Abdullah








Bahagian ini, akan mendedahkan secara ringkas isu-isu berikut :

1) Kebenaran maklumat masa depan di dalam al-Quran
2) Kemenangan Byzantin
3) Fakta penting disebalik Perkataan Haman di dalam al-Quran
4) Kewujudan Alam Semesta


1) MAKLUMAT MENGENAI KEJADIAN MASA DEPAN DI DALAM AL-QURAN

Satu lagi aspek keajaiban Al-Qur'an ialah bahawa ianya mendedahkan lebih awal lagi beberapa peristiwa penting yang berlaku di masa hadapan. Ayat 27 surah al-Fath, sebagai contoh menyampaikan khabar gembira bahawa mereka akan menakluk Mekah yang mana ketika itu di bawah penguasaan masyarakat jahiliyyah.

"Sesungguhnya Allah akan membuktikan kepada rasulnya tentang kebenaran mimpinya dengan sebenarnya (iaitu) bahawa sesungguhnya kamu pasti akan memasuki Masjidil Haram, Insya Allah dalam keadaan aman, mencukur rambut dan kepada dan mengguntingnya, sedang kamu ketahui dan Dia memberikan sebelum itu kemenangan yang hampir (Penaklukan Khaibar)." (Surah Al-Fath, 27)

Dalam pertimbangan yang lebih teliti, ayat ini seolah-olah mengumumkan satu lagi kemenangan yang akan terjadi sebelum kemenangan Mekah. Sebenarnya, seperti yang dinyatakan di dalam ayat, orang mukmin akan mula menakluk perkampungan Khaibar, yang mana ketika itu di bawah jajahan Yahudi dan kemudian memasuki Mekah. Pemberitaan mengenai peristiwa ini yang akan terjadi di masa hadapan hanyalah sebahagian dari kebijaksaan di dalam Al-Qur'an. Dan ini juga adalah bukti bahawa Al-Qur'an adalah kalam Tuhan, Maha Mengetahui.

Kemenangan Byzantin adalah secebis daripada khabar berita yang diberikan mengenai masa hadapan, bersama-sama dengan maklumlat lain yang tidak diketahui oleh manusia ketika itu. Hal yang paling menarik mengenai peristiwa sejarah ini, yang akan kita lihat secara terperinci di lembaran berikutnya, iaitu kekalahan kerajaan Rom di kawasan paling rendah di permukaan bumi. Hal ini menarik kerana frasa 'kawasan yang paling rendah' secara khusus di tekan dalam ayat yang berkaitan dengan kemajuan teknologi ketika itu, ianya sangat jelas mustahil untuk membuat pengukuran dan menentukan titik yang paling rendah di muka bumi. Sebenarnya, ini adalah wahyu yang diturunkan kepada umat manusia dari Tuhan yang Maha Mengetahui.

2) KEMENANGAN BYZANTIN

Sepotong ayat menarik yang terdapat di dalam Al-Qur'an mengenai masa hadapan dapat dilihat dalam ayat pertama surah Rom, yang merujuk kepada empayar Byzantin, bahagian timur kerajaan Roman yang ada dahulu. Dalam ayat ini, ianya dinyatakan bahawa empayar Byzantin menemui kekalahan yang besar tetapi kemudianya ia mendapat kemenangan.

"Alif, Lam, Mim. Telah dikalahkan bangsa Rom. Di tanah yang paling rendah di permukaan bumi, dan mereka sesudah dikalahkan itu akan menang dalam berapa tahun. Bagi Allah lah urusan sebelum dan sesudah. (Surah Ar-Rum: 1-4.)

Ayat ini diturunkan lebih kurang tahun 620 sebelum masihi, hampir 7 tahun selepas kekalahan teruk kerajaan kristian Byzantin di tangan kerajaan penyembah berhala Persia. Tetapi ia didedahkan di dalam ayat tersebut bahawa kerajaan Byzantin akan mendapat kemenangan kembali dalam masa yang singkat. Sebenarnya, Byzantin telah awal lebih sengsara menanggung kerugian yang besar yang kelihatan seolah-olah amat mustahil baginya, bahkan untuk kekal bertahan, untuk menang kembali. Bukan sahaja Persia, tetapi Avar, Slav, dan Vonhard juga memberikan ancaman yang besar kepada empayar Byzantin. Kerajaan Avar telah pun menjangkau dinding kota Konstantipol.

Maharaja Byzantin Heraklius telah memerintahkan supaya meleburkan emas dan perak di gereja-gereja untuk mendapatkan wang bagi menampung perbelanjaan ketenteraan, apabila semua ini masih tidak mencukupi bahkan patung-patung gangsa juga dileburkan untuk tujuan yang sama. Banyak gabenor-gabenor memberontak menentang Heraklius. Dan empayar ketika itu berada dalam kedudukan hampir roboh. Mesopotamia, Alicik, Syria, Palestin, Mesir dan Armenia yang pada asalnya berada di bawah jajahan Byzantin, telah pun diceroboh oleh Persia.

Ringkasnya, semua yang ada ketika itu menjangkakan empayar Byzantin akan musnah. Tetapi pada ketika itu, ayat pertama surah Rum diturunkan memaklumkan kemenangan Byzantin dalam beberapa tahun. Kemenangan ini dilihat amat mustahil sehinggakan kaum Arab jahiliyyah mempersendakan ayat ini, mereka beranggapan bahawa kemenangan yang dinyatakan di dalam Al-Qur'an itu tidak akan menjadi kenyataan.

Lebih kurang 7 tahun selepas ayat pertama surah Rom diwahyukan pada Disember 627 selepas masihi, peperangan sengit di antara Byzantin dan empayar Persia berlaku di Ninaveh, dan kali ini, askar Byzantin tidak disangka-sangka berjaya menewaskan tentera Persia. Beberapa bulan kemudian, kerajaan Persia telah membuat perjanjian degan Byzantin, yang mewajibkan mereka menyerahkan kembali kawasan yang mereka rampas. Di akhirnya, kemenangan kerajaan Rom yang dinyatakan oleh Maha Suci di dalam Al-Qur'an, menjadi kenyataan.

Satu lagi keajaiban yang dinyatakan di dalam ayat ini ialah perkhabaran mengenai fakta dari sudut geografi yang tidak diketahui oleh sesiapa pun ketika itu. Dalam ayat ke ketiga surah Rom, kita dimaklumkan bahwa kerajaan Rom telah ditumpaskan di bahagian paling rendah di permukaan bumi. Frasa 'Adna ard' dalam bahasa arab diertikan sebagai 'kawasan yang berhampiran' dalam kebanyakan penafsiran. Tetapi ini bukanlah pengertian literal dari kenyatan yang asal, tetapi lebih berbentuk pentafsiran secara kiasan (metaforik). Perkataan 'adna' dalam bahasa arab berasal dari perkataan' daniy' yang bermaksud 'rendah' dan 'ard' bermaksud bumi. Dengan itu kenyataan 'adna al-ard' memberi erti kawasan yang paling rendah di muka bumi.

Apa yang menarik, saat penting peperangan yang terjadi di antara empayar Byzantin dan Persia ketika Byzantin di tewaskan dan kehilangan wilayah Jerusalem, benar-benar terjadi di titik paling rendah di muka bumi. Kawasan ini dikenali sebagai Teluk Laut Mati yang terletak di titik persilangan antara tanah Syria, Palestin dan Jordan. Laut mati yang terletak 395 meter di bawah paras laut, sebenarnya adalah kawasan paling rendah di muka bumi. Ini bermaksud bahawa kerajaan Byzantin telah ditewaskan di kawasan paling rendah di muka bumi seperti yang dinyatakan dalam ayat tersebut.

Seperkara yang penting di sini ialah fakta bahawa altitud Laut Mati hanya dapat diukur dengan teknik pengukuran moden. Sebelum itu, adalah amat mustahil bagi sesiapun untuk mengetahui bahawa ianya adalah kawasan yang paling rendah di muka bumi. Tetapi hal ini telah disebut di dalam Al-Qur'an, oleh yang demikian bukti ini sekaligus membuktikan bahawa Al-Qur'an adalah wahyu dari Maha Suci Tuhan.




3) FAKTA PENTING DI SEBALIK PERKATAAN HAMAN DI DALAM AL-QUR'AN

Maklumat yang diberikan di dalam Al-Qur'an mengenai tamadun mesir purba mendedahkan banyak fakta-fakta sejarah yang tidak dapat disingkap sehingga akhir-akhir ini. Fakta-fakta ini juga menunjukkan kepada kita bahawa setiap perkataan di dalam Al-Qur'an telah diturunkan oleh Maha Tinggi Bijaksana.

Haman adalah satu watak yang namanya disebut di dalam Al-Qur'an, bersama-sama dengan Firaun. Watak ini dirakamkan di dalam enam tempat yang berbeza di dalam Al-Qur'an. Sebagai seorang yang paling kanan kepada Firaun. Apa yang mengejutkan, nama Haman tidak pernah disebutkan di dalam kitab Taurat yang berhubung dengan sejarah kehidupan nabi Musa a.s. Bagaimanapun, nama Haman disebutkan di bahagian terakhir dalam kitab perjanjian lama sebagai pembantu kepada seorang raja Babylon yang menimpakan banyak kezaliman kepada bangsa Israel lebih kurang 1100 tahun selepas era Nabi Musa.

Segolongan penganut non-muslim, yang mendakwa bahawa nabi Muhammad s.a.w menulis Al-Qur'an dengan menyalin dari kitab Taurat dan Injil, juga menegaskan bahawa sewaktu proses ini Nabi s.a.w memindahkan beberapa subjek berkaitan yang terdapat di dalam kedua-dua kitab ini ke dalam Al-Qur'an secara tidak tepat.

Kemustahilan dakwaan-dakwaan ini akhirnya terdedah hanya setelah alpabet hiroglifik bangsa mesir berjaya ditafsirkan kita-kira 200 tahun lalu, dan nama Haman ditemui di dalam tulisan-tulisan purba. Misteri hiroglifik mesir purba akhirnya berjaya diselesaikan pada tahun 1799 dengan penemuan sebuah batu bersurat yang dinamakan 'Rosetta Stone' .

4) KEWUJUDAN ALAM SEMESTA

Asal usul alam semesta diterangkan dalam Al-Qur'an dalam ayat berikut; “Dia adalah maha Pencipta langit dan bumi”.( Surah al-An'aam:101.)

Maklumat yang dinyatakan dalam Al-Qur'an ini adalah satu fakta yang sangat tepat dan selari dengan penemuan sains kontemporari. Kesimpulan yang dicapai dalam bidang astrofizik hari ini ialah bahawa alam semesta, bersama-sama dengan dimensi benda dan masa, telah terhasil melalui satu letupan yang besar yang terjadi ketika masa-sifar. Fenomena ini yang dikenali sebagai Big Bang membuktikan bahawa alam semesta telah diciptakan dari ketiadaan sebagai satu produk, dari satu letupan titik tunggal. Golongan saintifik moden percaya bahawa Big Bang adalah satu-satunya penerangan paling rasional dan fakta yang dapat dibuktikan mengenai permulaan dan asal kewujudan alam semesta.

Sebelum fenomena Big Bang terjadi, tidak terdapat sebarang benda yang wujud. Dalam keadaan tanpa sebarang kewujudan kebendaan, tenaga atau masa, dan yang mana hanya dapat diterangkan secara metafizik, semuanya ini sebenarnya telah diciptakan. Fakta ini, yang baru diketahui melalui kajian dalam bidang fizik moden, telah dinyatakan dalam Al-Qur'an 1400 tahun lalu.




Sumber: http://www.zaharuddin.net/content/view/62/95/
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Facebook Membunuh Rakyat Palestin?


www.iLuvislam.com
Nur Syamimi Mohamad Napis
Editor : Im Koyube



Kini, anak kecil yang dibangku sekolah rendah pun sudah tahu menggunakan perkhidmatan internet, kerana segalanya di hujung jari. Seorang kanak-kanak lelaki berumur 10 tahun di tanya, "Mengapa guna internet? Adakah sebarang kerja sekolah yang diberi oleh guru yang memerlukan adik untuk menggunakan internet?" Balasnya, "Tidak. Saya nak tengok gambar kakak dan abang saya di luar negara sana." Ditanya kembali, "Bagaimana?". Di balas, "Tengok dekat Facebook atau Friendster mereka." Zaman ini amat mudah. Walau jauh beribu kilometer, jika rindu, hanya sekali klik dan beberapa taipan di papan kunci (keyboard), rindu yang terpalit di hati pasti terubat.

Facebook. Jika ada yang tidak pernah dengar perkataan tersebut, agak mustahil. Tetapi, jika ada yang tidak mempunyai akaun pada laman tersebut, bukanlah suatu yang pelik. Jika dulu, kalau orang bertanya, kenapa diri tak punya akaun Facebook? Mungkin ada yang menjawab, "tak perlu sangat kot." Tapi kini, jika soalan yang sama di ajukan, ada yang menjawab dengan jawapan yang agak simbolik, "sebab tak nak bunuh orang Palestin!". Bagi mereka yang tidak tahu hujung pangkal, pastinya pernyataan tersebut akan membawa kepada seribu satu persoalan, yang seharusnya dirungkaikan satu demi satu.

Semua sedia maklum bahawa laman tersebut di asaskan oleh seorang anak muda berbangsa Yahudi-Amerika, iaitu Mark Zuckerberg. Mengupas peribadi beliau, beliau ialah salah seorang pelajar yang pernah menuntut di universiti yang terulung di dunia, iaitu University Harvard. Namun begitu, di atas kesalahan yang yang telah dilakukan oleh beliau, akhirnya, beliau telah meninggalkan zaman pengajian beliau di institut pengajian tersebut.

Apa yang menyebabkan terdapatnya dakwaan yang mengatakan Facebook memberi sumbangan kepada pembunuhan rakyat di Palestin adalah kerana Mark, sebagai CEO, merupakan salah seorang ahli aktif di dalam Alpha Epsilon Pi Fraternity (AEPi). AEPi adalah sebuah persatuan yang di anggotai oleh mereka yang berketurunan Yahudi Amerika Utara. Fungsinya lebih kurang sama seperti persatuan-persatuan biasa lain, dan diantaranya adalah menjaga kebajikan ahli-ahli. Berdasarkan kepada laman AEPi, persatuan ini sering memberi bantuan dari segi kewangan kepada beberapa pertubuhan yang menyokong kepada Israel. Salah sebuahnya adalah American Israel Public Affairs Committee (AIPAC).

AIPAC secara umumnya adalah sebuah jawatankuasa yang membantu Israel supaya sentiasa mendapat sokongan kuat daripada Amerika. Antara kejayaan yang telah dibawa oleh AIPAC termasuklah membuat beberapa resolusi bagi menyokong dan mempertahankan hak Israel dalam menghadapi puak terrorist, yang dinamakan mereka sebagai Hamas dan Hizballah[1]. Sebagaimana kita mempercayai dan meletakkan harapan yang tinggi kepada para remaja/ belia, begitu juga dengan mereka. Pertubuhan ini percaya bahawa kunci kepada kekukuhan hubungan US-Israel pada masa hadapan adalah dengan mendidik para pemimpin belia yang ada hari ini. Justeru itu, mereka mewujudkan ‘AIPAC on Campus'. Program latihan AIPAC (AIPAC's training program) bekerjasama dengan sekolah-sekolah tinggi (high school), dan pelajar-pelajar universiti (sama ada undergraduate ataupun postgraduate) dalam melatih para pelajar bagaimana untuk mengukuhkan hubungan US-Israel melalui penglibatan di dalam bidang politik[2]. Program ini dinamakan sebagai AIPAC's Political Leadership Development Program. Pemimpin-pemimpin muda ini juga akan turut dilatih untuk menjadi seorang yang pro-Israel[3]. Disebutkan juga di dalam laman web AEPi, bahawa ramai pemimpin terbaik AEPi bergiat aktif dalam AIPAC di kampus mereka[4]. Melalui penerangan-penerangan diatas, dapat dilihat bahawa terdapat kerjasama di antara AEPi dan AIPAC.

AEPi juga adalah sebuah pertubuhan yang memerlukan komitmen daripada ahli-ahlinya sepanjang hayat. Alumni AEPi adalah antara mereka yang akan memberikan sumbangan kepada pertubuhan ini sama ada dari segi kewangan, mahupun kepakaran[5]. Disebabkan hal ini, ada pihak yang mendakwa bahawa Mark Zuckerberg, sebagai salah seorang alumni AEPi, secara tidak langsung terlibat dalam menyediakan ‘kemudahan' kepada pihak Israel untuk terus menyerang Palestin.




Jadi, bagaimana pula Facebook boleh menyumbang kepada Israel sedangkan ianya hanyalah sebuah laman yang menawarkan perkhidmatan percuma kepada pengguna yang mahu mendaftar? Dari mana datangnya sumber kewangan Facebook seperti yang diwar-warkan? Sebagaimana laman web lain yang menyediakan bahagian untuk pengiklanan di laman mereka, begitu juga dengan Facebook. Melalui iklan-iklan tersebut, secara tidak langsung akan menjana pendapatan kepada Facebook. Apabila sesuatu iklan dipaparkan di sebuah laman web, pihak yang bertanggungjawab mengeluarkan iklan tersebut perlu membuat bayaran diatas ruang yang di'sewa'. Terdapat beberapa sistem yang digunakan sebagai cara bayaran bagi sesebuah iklan di Facebook[6]. Salah satu sistem yang digunakan adalah Pay per click (PCP)[7]. Melalui sistem ini, pemilik ruang sewa akan dibayar sewa iklan berdasarkan bilangan kunjungan yang diterima oleh sesebuah laman, melalui iklan yang di paparkan. Jika banyak kunjungan yang diterima, maka bayaran yang akan diterima oleh pemilik ruang sewa juga akan meningkat. Sistem lain yang digunakan adalah Pay per Impression[8]. Bagi sistem ini pula, pemilik ruang sewa akan dibayar sewa bagi setiap kali iklan dipaparkan di laman mereka. Terdapat laman web yang menggilirkan paparan iklan di laman mereka disebabkan oleh banyaknya mendapat tempahan iklan dengan keadaan ruang sewa yang terhad. Maka, di dalam suatu masa, hanya beberapa iklan sahaja yang akan dipaparkan.

Berdasarkan kedua-dua sistem pengiklanan ini, kedua-duanya akan memberi manfaat kepada pemilik ruang sewa, tambahan pula, jika laman tersebut sentiasa mendapat kunjungan yang ramai daripada para pengguna internet. Ianya dapat dilihat di laman tersebut sendiri. Facebook menawarkan harga pengiklanan serendah US $1 satu hari[9]. Jika satu hari 100 orang pengguna Facebook tertarik dengan iklan yang dipaparkan di Facebook, dan langsung mengambil langkah untuk ke laman web tersebut, maka, akan menyumbanglah dia kepada peningkatan ekonomi Facebook.

Selain itu, Facebook turut menjana ekonomi dengan aplikasi-aplikasi yang terdapat di dalamnya. Bagi setiap aplikasi yang direka dan dihantar oleh pengguna, Facebook mengenakan bayaran terhadapnya. Bayaran tersebut tertakluk kepada status penghantar aplikasi, seperti golongan pelajar sama ada golongan bekerjaya. Harga yang paling rendah ditawarkan adalah kepada golongan pelajar iaitu sebanyak $175[10].

Seperti mana laman-laman web yang terdapat di alam maya ini, Facebook juga berhak mendapatkan keuntungan diatas perkhidmatan yang telah mereka berikan kepada masyarakat, terutamanya para penggunanya. Ada sesetengah pihak yang menggunakannya sebagai salah satu cara untuk mengekalkan hubungan dengan kaum keluarga mahupun sahabat handai. Malah, ada juga segelintir yang menjadikannya sebagai medan dakwah. Walaupun sepotong ayat ditulis, jika dicampakkan oleh Allah hidayah ke dalam hati seseorang, tidak mustahil dakwah itu akan menampakkan kesannya, walaupun ada yang mengatakan alasan dakwah itu sebagai yang lapuk.

Orang-orang awam dan pengguna seperti kita, sukar untuk mengetahui kebenaran disebalik dakwaan-dakwaan yang dibuat. Satu demi satu maklumat dicungkil untuk melihat perkaitan Facebook dengan organisasi-organisasi yang terlibat dalam usaha ‘menghilangkan' Palestin daripada peta dunia. Hakikatnya kita hanyalah pengguna Facebook yang berusaha untuk memanfaatkan kemudahan yang ada. Juga, jika ketika sesi pendaftaran pengguna (user sign up) dilakukan, tertulis disitu ‘Facebook menyokong Zionisme', adalah suatu yang mustahil pengguna Facebook akan meningkat kepada angka yang ada seperti hari ini[11].

Hari ini, jika di lihat dan di cari melalui enjin pencari (search engine), banyak dakwaan yang menunjukkan hasil ekonomi yang diperoleh daripada Facebook menyumbang kepada Zionis yang bertapak di Israel. Antaranya adalah apabila Mark Zuckerberg turut tersenarai sebagai selebriti yang hadir ke perayaan sambutan ke-60 Israel pada tahun 2008[12]. Bagi menentukan kebenarannya, tentu sahaja bukan mudah, kerana seseorang mampu untuk berbuat apa sahaja bagi melindungi diri sendiri. Namun, kita sedar bahawa pokok tidak akan bergoyang jika tiada angin. Apa yang perlu ialah sentiasa berhati-hati. Gunakan Facebook sebaik mungkin. Jika dakwaan mengatakan hanya dengan sekali log in, kita telah menyumbang kepada kekayaan Facebook, maka, kurang kan ‘kemasukan' kita ke dalam Facebook. Apabila benar-benar terasa ada kepentingannya, barulah log in. Jika terasa tidak bertambah amal dalam diri, elakkan daripada melakukannya. Hal ini adalah kerana, segala perubahan terletak pada diri kita. Masih banyak urusan di luar sana yang perlu kita lakukan, selain untuk selalu log in ke dalam Facebook.

Kata-kata yang dipetik daripada pencarian di internet hari ini, ‘log out and get a life outside there... see the skies!'

Tidakkah mereka memerhatikan burung-burung yang mengembangkan dan mengatupkan sayapnya di atas mereka? Tidak ada yang menahannya (di udara) selain Yang Maha Pengasih. Sungguh, Dia Maha Melihat segala sesuatu[13].
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

SALAM AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

H1N1 SATU PERINGATAN @ HANYA SEKADAR WABAK???

Bismillahirrahmanirrahim...Segala pujian ke hadrat Allah SWT yang telah memberikan nikmat yang tak terhingga sehingga manusia tidak mampu untuk menghitungnya bahkan menjadikan mereka kufur nikmat....

Alhamdulillah, kali ini kita bertemu lagi setelah sekian lama saya tidak mencoretkan apa2 isu di sini...Meskipun kini satu dunia sedang dilanda wabak selesema babi @ nama saintifiknya H1N1 namun, sebagai seorang hamba yang mengaku beriman denganNya ini merupakan satu peringatan buat kita semua...Tidak Allah timpakan satu azab ke atas satu kaum melainkan setelah banyak kemungkaran dan kemaksiatan yang berlaku di tempat itu...Jika suatu ketika dahulu tatkala selesema burung melanda satu dunia, semua merasa bimbang sehingga terkorban binatang dari jenis burung....Tiap kali berita disiarkan, pasti kita melihat betapa kejam dan zalimnya manusia kerana sanggup tangkap burung terutamanya ayam dan kemudian dimasukkan ke dalam guni untuk dihapuskan atau lebih tepat lagi dibunuh.Namun, satu persoalan ingin saya timbulkan di sini...Jika hari ini, waktu ini, saat ini tatkala wabak selesema babi melanda satu dunia, kenapa manusia tidak dilakukan perkara yang sama terhadap semua babi2 yang ada???kenapa tidak ditangkap lantas dibunuh kesemua babi yang ada???mengapa???Adakah kerana babi itu ada banyak manfaatnya??? atau bagaimana???

Sudah terang lagi bersuluh...Tiada manfaatnya bagi seekor binatang bernama babi...Hal ini telah jelas disebut dalam Al-Quran secara berulang kali di mana Allah mengharamkan babi dari disentuh apatah lagi sebagai makanan...Perkara ini termaktub di dalam Al-Quran dalam beberapa ayat dan surah yang berbeza...satu firman Allah saya petik daripada surah Al-Baqarah, ayat 173 juz 2, m/s 26 yang bermaksud:

" Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."

Dalam surah lain pula, anda boleh semak sendiri tentang pengharaman babi secara jelas oleh Allah SWT iaitu:
1. Surah Al-Maidah ayat 3, juz 6 m/s 107
2.Surah An-Nahl ayat 115,juz 14 m/s 280

Kajian saintifik sendiri mengatakan bahawa babi itu mengandungi sejenis cacing yang tidak akan mati waima di masak dengan suhu yang tinggi...Di samping itu, habitat babi juga adalah kotor...Walau sebersih manapun kandang babi...disteril berpuluh kali pun, itu tetap tidak dapat menghapuskan kuman yang telah bermukim pada jasadnya...Lihat pula pada apa yang babi makan...dari jenis kotoran dan sisa2...dan kita lihat pula perangai babi. (maksud saya dari segi persenyawaannya)..ia binatang yang akan memberi kerjasama antara yang jantan untuk melakukan persenyawaan dengan yang betina...Berbeza dengan haiwan dan binatang lain...pasti akan berlaku persaingan antara si jantan dalam merebut si betina....contoh paling mudah saya beri...manusia, jika memiliki ramai pasangan dalam melakukan hubungn seks pasti akan menghidap penyakit HIV POSITIF....Beginilah saya sinonimkan dengan babi...

Buat akhirnya...Satu peringatan buat saya dan anda semua para pembaca blog saya...ingatlah...setiap apa yang berlaku di sekeliling kita pasti ada sebab musababnya...inipun jika kita tergolong daripada golongan yang suka dan sentiasa berfikir...Bila Allah timpakan satu penyakit @ wabak @ ujian yang masih boleh membawa kita dan memberikan ruang masa untuk kita berfikir, bermuhasabah, dan bertaubat, maka jangan kita siakan peluang yang ada. bertaubatlah dan bertaqwalah kepada Allah SWT...Kembalilah kepada ajaran Islam yang sebenarnya, jangan hanya beriman pada sebahagian saja. yang nak kita ambil dan amal...yang tak nak, kita buang dan pisahkan...Islam itu agama yang paling mulia di sisi Allah...jangan kita jadi golongan yang akan beri fitnah terhadap Islam tetapi moga kita terdiri dari golongan yang akan menaikkan kembali kegemilangan Islam...ALLAHU AKBAR!!!



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Bencikah aku...

Da lama aku tak tulis dalam blog ni...
Kadang2 aku semangat nak tulis apa yang aku rasa tapi semua tu pasti hilang tatkala aku buka blog ni...
Kadang2 aku rindu untuk melihat suasana dahulu...kehidupan di zaman sekolah...
meskipun aku tidak memiliki banyak kenangan manis, namun aku tetap rindukan zaman persekolahanku...
zaman yang hanya aku lalui sekali dalam seumur hidupku...
teringat time skolah dulu, cikgu selalu kata zaman sekolahlah paling best antara semua zaman yang pernah mereka lalui...
biasalah, time sekolah, rasa x sabar nak melangkah ke alam pekerjaan...rasa cam best je...
tapi, meskipun aku belum lalui alam pekerjaan, kini aku rindu pada zaman sekolah...
tempat belajar skang pun da x best cam dulu...
aku rasa cam terkongkong ngan peraturan yang terlalu ketat plak...
klu dulu, bleh balik tiap minggu(walaupun rumah aku dekat, tapi aku x slalu blk. blk pun time cuti panjang je smpai sume orang heran...)
skang, blk sebulan sekali je,outing seminggu skali...aku rasa cam sekolah menengah plak, tapi time skolah dulu lenla...ni kira cam ala2 u la gak tapi, bila pihak atasan wat rules baru, sume org rasa cam skolah punya rules...bukan aku je...

Teringat time skolah dulu, orang slalu kata aku ni "budak skema"...
hahaha.. tapi, memang pun.lagi satu, dapat gelaran "budak serious memanjang"...
tapi, memang aku slalu wat muka serious pun sampai kakak roomate dulu cakap" takut nak tegur sebab tengok muka aku serious giler.." aku gelak je bila dengar orang cakap camtu...
tapi, bila orang da kenal aku, dorang mesti cakap yang aku ni rupanya "giler2 la"juga...:)
ni x interest sangat nak citer...

ada satu citer nak tulis kat sini...
time skolah sampai skang, aku jenis yang x suka nak "be friend with guys"..
tapi, aku ni bukanlah anti ngan kaum adam ni, just biasa2 je...kawan2 juga tapi xla sampai be best friend ke apa ke...
kadang2 aku heran ngan semua girlfriend aku yang ada kawan rapat @ kawan baik dia lelaki.apa da xde orang perempuan ke nak jadikan best friend???
klu sampai tahap dah x percayakan perempuan tuk dibuat best friend, janganlah cari orang lelaki plak...siblings kan ada...
aku plak sampai skang sukar tuk percaya ngan lelaki...except my brothers and abah je...
mesti klu ada yang baca artikel ni akan cakap yang aku ni mesti ada bad story sampai aku da sukar tuk percaya ngan orang lelaki...
memang ada pun, tu pun just kena tipu jela...tapi, aku pun xbleh nak salahkan orang yang menipu tu je coz aku pun salah gak iaitu sebab aku layan dorang...tula dorang pun bleh goreng aku sampai kena tipu...hahaha...
ni pengalaman buruk tentang lelaki...
pengalaman manis???(ada ke ha???)
ada kut tapi aku xtau nak kata apa ni pengalaman ke apa....
maybe bleh agak orang tu baik kot...

Al-kisah bermula pada pertengahan tahun lepas, tak silap aku dalam sekitar bulan julai-ogos...
kisah bermula bila ada seorang pemuda ni berhasrat tuk dicarikan jodoh tuknya....maka, dipendekkan citer, kebetulan pemuda tu ada seorang kakak angkat satu tempat ngan aku belajar, jadi si kakak angkat dia suruh kawan aku ni carikan tuk pemuda ni....
Nak dijadikan cerita, aku tau cikit pasal pemuda tu sebab kawan aku ni selalu citer pape ngan aku..firstly, memang aku x fikir papela, just jadi pendengar setia je. yela bila orang nak story kat kita, kita jadi pendengar pun dah cukup baik....

Disingkatkan citer(tapi still panjang juga), mula2 kawan aku mencalonkan sahabat baiknya sebagai calon isteri tuk pemuda tersebut...namun, ntah sebab apa ye xjadi...maka, datang pula calon kedua. hampir sekufu aku kira, tapi perempuan tu x setuju, jadi cancel lagi...sudahnya , tetiba kawan aku tu wat joke cakap kat aku :"senang2 anti jela jadi calon tuk dia"....aku senyum je...no comment.

Keesokan harinya,aku dengan tetiba gatal mulut cakap ngan kawan yang aku nakla jadi calon tuk si pemuda tu....Kawan aku apalagi suka bukan main....terus je minta aku bagi biodata kat dia tuk disampaikan kepada si pemuda....

Dalam aku menulis biodata, hatiku masih risau dan bimbang. aku takut tindakan aku ni salah....sebolehnya aku tak mahu sakitkan hati sesiapa lebih2 lagi hati seorang lelaki.....
dipendekkan story, lastly kira aku n si pemuda tu da setujula....

tapi, dalam aku terima si pemuda, hatiku tetap dipagut bimbang... jiwaku tidak tenteram...aku mula rasa fokusku terhadap pelajaran terganggu....ni bukan sebab kami selalu contact, tapi kami langsung tak pernah contact berjumpa apa lagi....ibaratnya aku di barat dia di selatan...

aku cuba minta pandangan kawanku yang menjadi orang tengah antara kami...namun, jawapannya tetap tidak dapat memberi ketenangan padaku...lantas ku lakukan solat hajat dan istikharah....memang sebelum ni pun aku selalu wat 2 solat sunat tu tapi, bila benda camni terjadi, doaku bertambah panjang...

balik umah time cuti, aku story kat umi and my sisters...aku tiga beradik perempuan, jadi kami memang rapat...pada umi aku jelaskan serba-sedikit maklumat yang aku tahu tentang pemuda tu...respon umi memang baik...kira senang cakap umi bagi green light tuk aku...sampai siap tanya bila lelaki tu nak datang umah...aku punya terkejut habis...respon kakak plak, sorang positif & sorang negatif....
yang negatif tu cakap :" takkanla senang2 je nak accept somebody yang kita x pernah kenal langsung ngan begitu mudah..."
betul juga, ada kebenaran di sebalik kata2 tu...pastu kakak aku bagi suggestion suh kenal dulu ngan si pemuda...
aku hanya diam... dalam hati, sebolehnya aku x mahu jalinkan apa2 hubungan persahabatan ngan lelaki apatah lagi klu lelaki tu merupakan calon suami...sebolehnya aku mahukan hubungan yang diredhoi alllah...
sebolehnya bagiku, perkahwinan yang berkat tu bukan time hari perkahwinan tu, tapi ianya bermula dari perkenalan pertama antara lelaki dan perempuan tu tercipta....barulah redho allah mengiringi...

lantas, lama jugala hubungan kami terjalin tanpa apa2 talian...ni pun permintaan si pemuda...aku hormati permintaan si pemuda tapi dengan tindakan ni jugala membuatkan hatiku tidak tenteram....aku selalu fikir camne tetiba klu aku tolak dia lepas aku tamat belajar....skang pun, aku masih dilema "betul ke aku nak terima dia sebagai suami...."

lastly, aku minta hubungan ni diputuskan tanpa apa2 reason...tapi, ketahuilah wahai si pemuda...
andai dikau membaca tulisan ini. pertama kali, ku pohon kemaafan kerana menulis kisah ini dalam blogku. meskipun tidak ku tulis namamu, namun andai kau membacanya, pasti kau boleh mengagak yang si pemuda baik tu adalah dirimu kerana hanya dikau yang ada kaitan ngan cerita ni....

bukan ku pinta simpati daripadamu, wahai si pemuda tetapi sejujurnya aku mengakui bahawa hatiku tidak tenteram sejurus aku bersetuju tuk menerima dirimu...pernah satu ketika aku memberi mesej padamu menyatakan hasrat hatiku, namun tiada respon yang kau berikan. diamnya dirimu menguatkan kebenaran tindakan diriku untuk minta putus daripada jalinan hubungan yang sementara ini....

mungkin aku bukan yang terbaik buatmu....aku menerima dengan hati terbuka...tapi, aku selalu harapkan tuk bertemu ngan pemuda yng melabuhkan tirai cintanya demi redho Allah. dan ku pasti yang dikau akan perolehi wanita yang lebih beragama daripadaku...walau selautan kemaafan ku hulurkan, ku tahu ia tetap tidak akan dapat memadamkan kesakitan hatimu, wahai pemuda...
hanya doa kebaikan buatmu ku titipkan...
ku tahu dikau merupakan pemuda baik, yang mahu pelihara kesucian akan sebuah perhubungan, lantas kerana itu ku kira aku bukan yang terbaik buatmu...moga Allah berikan yang terbaik buatmu....

Pemuda soleh tidak akan mahu menjalin apa2 hubungan dengan seorang wanita yang akan dia jadikan sebagai calon isterinya melainkan hanya dengan ikatan pernikahan....kerana dia harapkan redho dan rahmat Allah sentiasa bersamanya....Lantas ia suarakan hasrat hatinya pada wali si gadis.....itu lebih mulia berbanding hubungan yang terjalin sekian lama yang hanya berlandaskan cinta nafsu duniawi di samping murka Allah mengiringi...sudah hilang keberkatan perkahwinan kerana jalinan pertama dipenuhi dengan noda dan dosa...pesanan buat semua pemuda, andai benar dikau lelaki mulia, kau tidak akan sanggup mencemarkan dan merosakkan semua wanita hanya kerana jalinan yang kau cipta di samping janji manis yang kau taburi...kau pasti benci untuk melihat perkara itu berlaku pada adik2 perempuanmu dan kakakmu, lantas kau juga tidak akan mensia2kan nilai harga diri seorang wanita....andai hari ini kau lakukan juga perkara tersebut pada seorang wanita, ku kira pasti suatu hari nanti pemuda lain juga akan lakukan perkara yang sama pada saudara perempuanmu sepertimana yang telah kau lakukan pada insan yang bergelar wanita....nauzubillahiminzalik...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

BIR HALAL???

Baru2 ini,satu Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2009 telah berlangsung bertempat di Pusat Pameran dan Konvensyen Matrade bermula pada hari Rabu, 6 Mei 2009 dan tamat pada Ahad ini,10 Mei 2009.Apa yang menariknya untuk saya kongsi dengan anda semua ialah tentang pengeluaran satu produk "BIR HALAL" keluaran Iran berjenama "ISTAK."



Berita ini saya perolehi melalui akhbar harian Metro bertarikh 8 Mei 2009.Saya tidak berkesempatan untuk mengunjungi pameran halal antarabangsa tersebut, jadi saya sarankan kepada sesiapa yang mempunyai kelapangan masa pada Ahad ini atau bagi sesiapa yang telah berkunjung ke pamern tersebut untuk sama2 berkongsi akan produk terbaru barangan "HALAL" untuk memastikan dan mensahihkan akan kebenaran pengeluaran produk ini.



Memang bagus pameran ini dibuat untuk kepentingan ummat Islam.Namun, pabila saya baca berita mengenai "BIR HALAL " ini, hati saya tersentak.Apa yang saya dapati daripada sumber akhbar terbabit mengatakan bahawa "ISTAK" ini mempunyai persamaan dengan bir yang lain atau lebih tepat lagi ia memiliki tekstur rasa yang sama dengan bir yang haram.Cuma bezanya ia tidak memabukkan iaitu tidak mempunyai alkohol.



Selain itu, ia mempunyai banyak kelebihan khasiat seperti: dapat mencegah penyakit batu karang, mengurangkan tekanan, menjaga buah pinggang dan membakar lemak. Di samping itu, ia dapat memberikan kesegaran dan tenaga kepada peminumnya.



Menurut Azizi Ahmad,Pengarah Eksekutif Malaysian Iranian Corporation (MIC) Sdn Bhd yang menjadi pembekal tunggal produk ini di Malaysia mengatakan:Beliau mensasarkan jualan sebanyak 50000 unit sebulan membabitkan produk "ISTAK" botol dan tin apabila dipasarkan hujung tahun ini.Ini berikutan produk "ISTAK" mendapat sambutan luar biasa sehingga mampu mencatat jualan 50000 (tin dan botol) dalam masa sehari di Iran.



Selain itu, MIC bercadang membuka kilang memproses "ISTAK" di negara ini.Tetapi, ia bergantung kepada sambutan orang ramai. Di samping itu, beliau juga bercadang untuk memperkenalkan Produk ini ke seluruh rantau Asia Pasifik.



Tambahan,"ISTAK" boleh didapati dalam bentuk tin dan botol yang mengandungi 10 jenis perisa dan dijual pada harga RM3.50 setiap satu.



Wahai para pembaca sekalian, tidakkah anda berasa hairan pabila membaca berita ini???Timbul persoalan di minda saya:"Ada ke bir yang halal?" "Bukan ke bir dengan arak tu lebih kurang sama je?"Kalau dah namanya bir, mana ada halalnya.



Lihat saja pada botol dan tinnya, hampir sama dengan tin dan botol arak "HARAM" yang lain.Maafkan saya kerana tidak dapat nak tunjukkan gambar produk tersebut pada anda semua.Sejauh mana ia halal?Tidak mustahil cara pembuatannya sama dengan arak dan boleh jadi tempat dan bekas yang digunakan juga turut sama digunakan di dalam pemprosesan arak dan bir lain.Ini hanyalah pandangan peribadi saya.Jadi, saya tak minta anda terima ia bulat2.



Satu kisah ingin saya bawakan di sini. Cerita bermula pabila seorang guru mengadakan satu permainan dengan pelajarnya.Pada mulanya, guru itu berkata:"Di tangan saya ada 2 objek iaitu sebatang pembaris dan sebatang pen.Andai saya mengangkat pen ini, saya mahu anda semua katakan ia adalah pen. Begitu juga apabila saya mengangkat pembaris ini, maka anda dikehendaki mengatakan ia adalah pembaris."



Maka berlangsunglah sesi 1 tersebut sebanyak 3 kali.Kemudian, untuk sesi ke-2 pula, guru itu berkata:"Andai saya mengangkat pen ini, maka saya mahu anda katakan ia adalah pembaris, dan bila saya angkat pembaris ini, anda hendaklah katakan ia adalah pen."Setelah jelas,maka berlangsunglah sesi ke-2 sebanyak 3 kali juga. Tetapi, itupun ada di kalangan mereka yang keliru untuk mengatakan yang sebaliknya tatkala guru mereka mengangkat pembaris.Begitu juga dengan pen.



Apa yang saya nak simpulkan daripada cerita di atas ialah sesi pertama itu diumpamakan dengan situasi dan keadaan di mana perkara haq dan batil itu amat mudah dan jelas untuk dibezakan.Dan sesi kedua pula menerangkan bahawa keadaan perkara haq dan batil itu sudahpun bercampur sehingga manusia sendiri jadi keliru untuk menentukannya. Sama juga dengan situasi cerita tentang "BIR HALAL" di atas.



"Bukankah jika suatu perkara atau benda itu hampir sama sifat dan bentuknya dengan benda dan perkara yang jelas haram, maka hukum penggunaannya boleh diqiyaskan(diumpamakan @ disamakan) dengan hukum barangan yang haram tersebut???"



Soalan ini saya tinggalkan tanpa jawapan untuk melihat sensitiviti anda (para pembaca) akan sesuatu perkara. Sejauh mana anda ihtimam (ambil berat) berkenaan perkara ini?Adakah anda juga akan membeli produk ini dan meminumnya hanya kerana ia dikatakan "HALAL???" tanpa cuba mengkaji dan membuat penganalisisan??? Kenapa saya lontarkan soalan begini kepada anda?Kerana saya pernah menghadiri satu kursus yang membincangkan tentang produk "HALAL HARAM DALAM MAKANAN" dan saya diberitahu berkenaan ada juga babi sejuk beku yang dijual di pasar raya bercop "HALAL" di Singapura.Walaupun ia berlaku di Singapura namun, isunya ialah "HALAL" tersebut.Jadi, saya juga tidak mahu anda tertipu pada suatu barangan hanya kerana ada tanda "HALAL"padanya. Anda mampu untuk berfikir sendiri dan membuat keputusan. Segalanya terletak di tangan anda.Mungkin saya hanya boleh jadi tukang beritahu sahaja:)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

TERIMA KASIH, UMI...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini







SAYAP KIRI ABAH



"SELAMAT HARI IBU, UMIKU..."
Tiada kata yang dapat aku luahkan padamu wahai umi.Jasamu pada ku terlalu banyak sampai tak ku terhitung tuk membalasnya.Betapa besarnya pengorbananmu sehingga Nabi Muhammad S.A.W.muliakan dirimu dengan mengatakan "syurga di bawah telapak kaki ibu."

Umi,pengorbananmu tiada galang- gantinya walau dengan segunung intan permata.Kasih sucimu begitu berharga buat diriku sedari aku kecil.Didikanmu pada ku sejak sebelum lahir hingga sekarang menjadikan diriku manusia pada hari ini.Leteranmu saban waktu banyak menyedarkan aku tentang erti sebuah kehidupan ini.Umi, terima kasih tak terhingga aku ucapkan.

Aku teringat tatkala dikau mengajar aku mengenal huruf, kau begitu sabar melayan keletahku.Tanpa rasa jemu, kau berikan didikan terbaik buatku.Padaku, engkaulah ibu dan engkau juga adalah guru yang pertama mengajarku membaca dan menulis.Walaupun kau keletihan, namun tak pernah ku melihat wajahmu bermuram durja, malah kau tetap hadiahkan senyuman manismu buatku.

Terbayang kembali kenangan silam.Ketika itu aku belajar mengaji denganmu.Aku tahu aku sedikit nakal denganmu.Setelah pandai membaca kalam Allah, aku pasti akan menutup ayat yang dikau mahu baca bersamaku kerana tak mahu kau baca sama denganku.Mungkin sikapku begitu, tak suka dikau membaca bersamaku kerana nak tunjuk aku telah pandai membaca.Namun, kau tetap sabar denganku.Tak pernah kau memarahi aku atau memukulku kecuali jika aku melakukan kesalahan.Ya, dengan pukulan dan marah sayangmu itu menjadikan aku manusia pada hari ini.Terima kasih, umi.

Dikau amat mulia sehingga Allah perintahkan wajib mentaati ibu bapa selepas mentaati-NYA seperti yang terkandung dalam Al-Quran yang bermaksud:
"Dan Tuhanmu telah memerintahkan agar kamu jangan menyembah selain DIA dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapa.Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua2nya sampai berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka janganlah engkau mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah engkau membentak keduanya, dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan yang baik." (Al-Isra':23)

Dalam ayat lain juga ada suruhan mentaatimu seperti yang bermaksud:

Dan KAMI wajibkan kepada manusia agar (berbuat ) kebaikan kepada kedua orang tuanya.Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan AKU dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai ilmu tentang itu, maka janganlah engkau patuhi keduanya.Hanya kepada-KU tempat kembalimu, dan akan AKU beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan."(Al-Ankabut:8)

Kesusahan dan keperitan telah kau tempuhi demi membesarkan diriku,permata hatimu.Ku belum lagi merasa peritnya mengandung dan bersalin, namun ku perolehi pengalaman mengasuh seorang anak kecil.Bukan semudah ABC untuk melakukannya. Ya, ku rasakan semua itu setelah aku menjaga Danielle Adam yang baru berusia 6 bulan. Tatkala menidurkan dirinya, hatiku berkata"agaknya mesti macam ni gaya umi tidurkan aku sewaktu aku kecil. Didodoi dan dialunkan zikrullah sehingga tidur.Jika terjaga seketika, maka ditenangkan kembali agar bayi itu nyenyak semula.Tapi, aku rasa seronok.Dan mungkin ini juga yang dikau rasakan sewaktu mengasuh aku dahulu.

Tatkala melangkah masuk sekolah darjah satu pula, aku masih teringat dikau mengejutkan aku seawal pagi dan memastikan kelengkapanku cukup segalanya.Makan minumku kau jaga dengan sempurna.Sehingga kini usiaku mencapai 20 tahun pun, kau masih lakukan tugasmu dengan sempurna.Kadangkala hatiku sayu dan terharu lebih2 lagi bila tiba waktu untuk aku berangkat pulang ke asrama.Ketika itu,seleraku mula tiada bila mengenangkan aku bakal berpisah sebentar lagi denganmu.Di samping itu juga,segala kelengkapan dan bekalan makanan yang dikau sediakan membuatkan aku rasa bertuah miliki ibu sepertimu.Selalu bermain di hati dan fikiranku bila terkenang segala pengorbananmu "Mampukah aku jadi seperti dirimu andai aku mempunyai anak kelak?"Kau jadi idolaku dan pembakar semangatku.

Umi, maafkan aku kerana aku seringkali mengabaikan kewajipanku sebagai seorang anak terhadapmu.Kata2mu juga ada yang aku ingkari.Alangkah berdosanya aku.Umi, maafkan aku juga kerana aku tidak selalu bersamamu lebih2 lagi sejak masuk tingkatan 1, aku sudah belajar tuk berdikari tinggal di asrama.Pertama kali aku masuk asrama pada tahun 2002, aku selalu"homesick".Air mataku pasti mengalir lebih2 lagi jika aku sendirian dan pabila menelefonmu.Namun, kata2mu menjadikan aku kuat tuk terus menetap di asrama sehingga aku tamat tingkatan 5.

Namun, aku sedih kerana tidak selalu bersamamu.Masaku lebih banyak berada di asrama berbanding di rumah.Tamat tingkatan 5 pula, aku terima tawaran masuk Darul Quran.Aku baru merancang tuk duduk di rumah sambil mencari kerja sementara menunggu keputusan SPM.Namun,Allah juga merancang dan perancangan-NYA lebih baik dan bagus berbanding diriku, jadi ku terima dengan hati terbuka. Tambahan pula memang hasratku untuk menghafaz Al-Quran.

Belum sempat tamat "Persijilan DQ/UIAM ku,"dikau dan abah sarankan pula agar aku ambil "pengajian diploma" di situ. Pada mulanya, ku keberatan untuk sambung di tempat yang sama namun, ku gagahkan hati untuk menerima cadanganmu dan abah memandangkan ia perkara baik.Selain itu, aku terima juga atas dasar Al-Quran yang ku hafaz belum mantap sepenuhnya. Bagiku, tidak mengapa kerana aku ingin jadi anak yang patuh pada kata2mu.Dan kini, aku masih meneruskan perjuanganku di situ dan ku tahu doamu tak pernah putus untukku.Terima kasih umi abah.

Walau berbilion ucapan terima kasihku pada dirimu berdua tetap tidak dapat menyamai pengorbanan serta kasih- sayang yang telah dikau curahkan. Moga aku dapat jadi anak yang berbakti pada dirimu berdua.

"Ya ALLAH, KAU ampunkanlah dosa2ku dan KAU ampunkan juga dosa kedua2 orang tuaku dan kasihanilah mereka sepertimana mereka mengasihaniku sewaktu aku kecil.Ya ALLAH, curahkanlah kasih-sayang dan rahmat-MU kepada mereka berdua. Hidupkanlah dan matikanlah mereka dalam Iman dan Islam.Jadikanlah mereka sebagai hamba yang sentiasa bersyukur pada-MU walau hanya pada sekecil zarah nikmat-MU....AMEEN


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

WE ARE WHAT WE EAT...

Mesti anda semua pernah dengar akan pepatah di atas bukan? Mungkin terdapat sebilangan kecil antara kita akan persoalkan :"Ada kaitan ke antara makanan yang kita makan dengan diri kita?" Jawapannya ialah ya, ada kaitan kerana setiap apa yang kita makan itu akan diproses menjadi darah daging kita. Jadi, apa kaitan dengan diri kita pula?Iaitu bila dah jadi darah daging kita, maka dengan apa yang kita miliki pada tubuh badan kita inilah kita gunakan untuk beribadah kepada Allah.Jika sumber makanan yang kita ambil itu datang daripada sumber yang halal, bersih , dan suci , nescaya kita akan dapat kemanisan dalam setiap ibadah yang kita lakukan. Namun, seandainya apa yang kita makan itu ada sumber haram atau syubhah (tiada kepastian antara halal dan haram), maka ia akan menyebabkan kita jadi malas untuk beribadah kepada Allah.Di samping itu juga, akhlak dan perangai kita serupa dengan sumber makanan kita. Contoh paling mudah saya berikan ialah tentang cerita seekor anak harimau yang telah kematian ibunya.Lalu ia diletakkan di dalam kandang babi untuk dipelihara oleh babi tersebut. Apabila telah sampai umur dewasa, harimau itu telah berkelakuan pelik iaitu bersikap seperti seekor babi iaitu suka menyondol dan tidak mengaum. Ini amat menghairankan para saintis,lantas mereka membuat kajian terhadap DNA babi dan DNA harimau terbabit. Hasil kajian menunjukkan DNA harimau itu juga memiliki sedikit DNA babi.Dan ini diumpamakan seperti "kita ialah apa yang kita makan."


Sebab itu jika kita lihat pada zaman yang sungguh mencabar ini, perangai budak2 sekolah makin liar, sukar untuk diajar,semakin meningkat peratusan masalah gejala sosial di kalangan muda-mudi, kes penceraian di kalangan orang Melayu dll.Ini semua ada kaitan serba sedikit dengan apa yang kita makan. Mungkin anda tidak percaya akan kata2 saya. Tapi, satu lagi contoh perbandingan yang amat jelas ingin saya berikan antara diri saya dan adik lelaki saya. Sikap saya dan dia amat ketara berbeza disebabkan banyak susu lembu yang dia minum sewaktu kecil.Lain pula dengan saya yang minum susu ibu sewaktu kecil, amat memberi kesan pada akhlak dan tingkahlaku saya. Bukan saya nak salahkan ibu saya kerana tidak berikan susu ibu kepada adik saya, tetapi ia disebabkan kerana kejahilan orang dahulu tentang betapa pentingnya susu ibu. Anda lihat sendiri pada persekitaran anda yang mungkin masih memiliki anak kecil, adik, dan sebagainya. Cuba bandingkan tentang sikap mereka yang minum susu ibu dengan yang minum susu lembu. Jika seseorang itu diberi susu lembu sewaktu kecilnya, saya amat pasti perangainya serupa seperti seekor lembu iaitu sukar mendengar kata, degil, dan keras kepala. Lain pula sikap seseorang yang diberi susu ibu sewaktu kecil, ia lebih mudah mendengar kata,tidak degil serta lebih berdikari bila dewasa. Ini menunjukkan susu ibu adalah makanan terbaik dalam membentuk peribadi anak.Bukan itu sahaja, seseorang yang minum susu ibu sewaktu kecil lebih bijak berbanding mereka yang diberi susu lembu. Jadi, usah terpedaya dengan iklan susu tepung di dalam tv yang mengatakan dapat merangsang minda anaklah, antibodilah, membina kalsiumlah dan apa2 ntah. Semua ini dusta dan bohong belaka. Saya nak anda semua cuba buka pintu hati anda dengan kenyataan kata2 saya. Saya tanya anda semua;"Mengapa kita mudah percaya pada susu lembu dan susu tepung yang kurang khasiatnya?Lahir2 sahaja, anak kita diberi susu lembu sedangkan Allah dah berikan susu ibu sebagai makanan terbaik dan antibodi yang ampuh untuk si anak.Firman Allah yang bermaksud:
"Dan ibu2 hendaklah menyusui anak2nya selama 2 tahun penuh, bagi yang ingin menyusui secara sempurna.Dan kewajipan ayah menanggung nafkah dan pakaian mereka dengan cara yang patut.Seseorang tidak dibebani lebih dari kesanggupannya.Janganlah seorang ibu menderita kerana anaknya dan jangan pula seorang ayah menderita kerana anaknya.Ahli waris pun berkewajipan seperti itu pula. Apabila keduanya ingin menyapih dengan persetujuan dan permusyawaratan antara keduanya, maka tiada dosa atas keduanya.Dan jika kamu ingin menyusukan anakmu kepada orang lain, maka tiada dosa bagimu memberikan pembayaran dengan cara yang patut. Bertaqwalah kepada Allah dan ketahuilah bahawa Allah MAHA Melihat apa yang kamu kerjakan."(AL-BAQARAH:233)

Lihat, Allah menyuruh para ibu menyusukan anaknya selama 2 tahun penuh bagi yang ingin menyusukannya secara sempurna.Dan cuba anda lihat juga yang mana ayat ini terletak di dalam Surah Al-Baqarah yang bermaksud sapi betina.Rupa2nya, ada kaitan tentang ayat penyusuan ini dengan sapi betina kerana manusia tidak mahu menyusukan anaknya sendiri lalu digantikan dengan susu lembu. SUBHANALLLAH.Memang menakjubkan AL-QURAN?Manusia sendiri tidak yakin dengan apa yang Allah berikan terhadap dirinya untuk anaknya, lantas ia mencari alternatif lain iaitu susu lembu yang lebih mahal yang kononnya mampu memberikan khasiat terbaik buat anaknya.Namun, itu semua bohong. Anda lihat sendiri anak2 pada hari ini, zaman ini semakin degil, nakal, dan tidak mendengar kata. Ini semua bermula dari tumbesaran anak itu sewaktu kecil lagi. Kalau pun anda ingin beri alternatif lain selain susu ibu, kenapa anda tak ambil makanan berkhasiat seperti kismis, madu, badam, delima dan makanan yang telah disebutkan di dalam Al-Quran???Kenapa susu lembu juga jadi pilihan anda???Satu lagi pengetahuan yang saya perolehi selepas saya pulang dari kursus baru2 ini iaitu Pakar herbalis merangkap pengamal akupunture mengatakan:"Jangan anda percaya dengan iklan susu di tv yang mengatakan dengan susu, kita akan dapat kalsium."Selain itu, beliau turut menceritakan tentang nasib kawannya yang kini terpaksa menjalani pembedahan menggunakan tulang belakang plastik setelah tulang belakangnya reput.Tersentap hati saya kerana saya amat menggemari susu.Beliau juga menyarankan susu kambing andai kita ingin minum susu, bukan susu lembu.Saya juga turut mengakui akan kebenaran kata2 ibu saya tentang pandangannya terhadap susu Anlene.Selalu ia kata begini tatkala melihat iklan susu anlene bermain di kaca tv:"Kenapa dulu ada je orang yang minum susu anlene tu sudahnya mati?"Soalannya selalu dibiar sepi tanpa jawapan daripada kami(adik-beradik).Dan kini, baru saya perolehi jawapannya.

Lihat pula gambar daripada keratan akhbar yang saya ambil, alangkah zalimnya manusia kerana telah membunuh satu nyawa yang tidak berdosa, yang langsung tidak mengerti apa2.Semua ini ada kaitan juga dengan pemakanan yang diambil oleh manusia itu.Andai makanan yang ia ambil itu bersih, suci, dan halal, maka pasti perkara ini tidak akan berlaku.Kini, sudah banyak produk halalan toyyiban yang terdapat di pasaran yang diusahakan oleh orang orang Islam mahupun bukan Islam. Tapi, satu persoalan yang ingin saya kemukan pada anda semua,:"Memang benar ada jaminan halal antara produk yang dikeluarkan oleh orang Islam serta bukan Islam, namun sejauh mana anda yakin produk yang dikeluarkan oleh orang Cina misalnya itu benar2 suci dan bersih???

Allah beri jaminan kepada kita sekiranya kita membuat urus niaga di antara sesama Islam.Andai mereka berbohong tentang produk yang mereka keluarkan itu, maka kita boleh tuntut daripada mereka sewaktu di akhirat kelak.Namun, jika kita buat urus niaga dengan orang kafir, Allah tak beri jaminan pun pada kita untuk buat tuntutan di akhirat kelak.

Jadi, pilihlah untuk berurus niaga dengan siapa. Baru2 ini, saya menghadiri satu kursus tentang halal haram.Kata penceramah terbabit yang diambil daripada kata2 Dr. Yusuf Al-Qardawi iaitu:"Jatuh hukum haram andai kita berurus niaga dengan orang kafir sedangkan orang Islam telah sediakan barangan terbabit."

Kini, telah ada alternatif lain untuk kita mendapatkan produk makanan yang halal lagi bersih dan suci yang diusahakan oleh orang Melayu Islam iaitu produk (HPA). Syarikat ini telah diasaskan oleh seorang anak tani yang bernama Tuan Haji Ismail B. Hj Ahmad yang berasal dari Kg. Mata Ayer, Perlis. Kini, syarikat beliau semakin berkembang dengan telah wujud sebuah rangkaian RADIX FRIED CHIKEN(R'FC) di Perlis sebagai alternatif KFC.Mungkin ada di kalangan anda hanya mengenali Kopi Radix sahaja, tapi kini HPA bukan sahaja mengeluarkan produk minuman, malahan makanan basah seperti ayam, fish ball, sate, burger, serta ubat2an berasas herba dan barangan kosmetik.Beralihlah pula pada barangan Islam. Ambillah pula ubat2an berasas herba dan sudah terjamin kapsul yang digunakan halal.Kini, mengapa tidak kita bertukar untuk menggunakan barangan Islam kerana selama ini sudah terlampau banyak barangan Yahudi yang kita ambil tak kira dari segi makanan, ubat2an, pakaian dan sebagainya.

Ingatlah, bukan saya ingin buat promosi barangan yang saya gunakan,tapi saya hanya menyampaikan atas dasar perjuangan. Produk yang mereka (HPA) keluarkan amat berpatutan harganya. Jika anda ada menghidap penyakit berbahaya yang mungkin dan telah sampai ke peringkat serius, saya sarankan anda mengambil pula ubat2an herba keluaran HPA.Ramai di kalangan mereka(penyakit kronik) telah mencuba ubat2an HPA dan dengan izin Allah penyakit mereka berkurangan dan semakin baik. Ini semua kuasa Allah. Kita hanya mampu usaha, ikhtiar, dan berdoa seterusnya bertawakkal, tetapi IA juga yang menyembuhkan.....

Untuk maklumat lanjut tentang produk HPA , anda boleh layari : http://www.hpa.com.my/

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

ADUHAI BANGSAKU....

Bismillahirrahmanirrahim.Tatkala saya menulis artikel ini, bukanlah niat saya untuk menjatuhkan bangsa saya sendiri namun, saya mahu memberi kesedaran buat saya sendiri serta anda yang membaca(Melayu). Banyak persoalan saya ingin ajukan pada anda semua,"Sampai bila bangsa kita mahu merempat di Tanah sendiri???Sampai bila kita mahu beri anak cucu kita makan makanan berjenama Yahudi???Sampai bila kita mahu bersikap biarlah,itu mereka bukan saya???Sampai bila kita mahu melihat bangsa MELAYU MURTAD tanpa apa2 tindakan???Sampai bila kita mahu melihat saudara SeISLAM kita di bunuh???Adakah kita mahu tunggu sampai anak cucu kita kencing atas kubur kita sambil berkata:"Apalah jasa ayah dan ibuku,tiada apa yang ditinggalkan untukku hatta tapak rumah."Takkan kita nak tunggu sampai adik-beradik kita dibunuh, maka baru kita bangkit,membela nasib bangsa???Takkan kita nak tunggu bangsa Cina atau India memerintah negara, maka kita baru mahu bangun dari lena yang panjang???Andai bangsa asing memerintah negara ini, nescaya takkan ada lagi azan berkumandang di mana2 seperti mana yang sudah berlaku di Singapura.Takkan anda mahu ini semua terjadi, maka baru anda(BANGSA MELAYU) mahu bangkit???Kalau ini jawapan anda semua, maka tunggu sajalah kehancuran bangsa sendiri.Bukan saya mahu memperlekehkan bangsa saya sendiri,tapi inilah hakikat yang perlu saya terima dan saya nak anda semua terima. Usah lagi mahu pertikai akan kebenaran yang saya katakan di sini. Walaupun saya bukan orang politik, tapi senario yang saya lihat dan alami memberikan kesedaran untuk saya.

Setiap persoalan yang saya ajukan di atas, saya rasa anda sendiri tahu jawapannya. Kenapa saya tanya "Sampai bila kita nak merempat di tanah air sendiri?Sebab tiada langsung tempat di Malaysia memiliki nama MELAYU. Di Kuala Lumpur, ada MASJID INDIA, ada CHINA TOWN, tapi saya tanya anda semua ada ke nama tempat yang sebut nama MELAYU pada pangkal nama mahupun pada akhir nama tersebut???Mungkin anda akan berikan jawapan ada iaitu:KAMPUNG MELAYU yang terletak di Setapak, Gombak.Tapi, apa lagi yang mahu dibanggakan dengan kampung itu yang kini sudah menjadi tapak setinggan sahaja. Memang dahulu, ia duduki oleh orang Melayu dan ibu saya sendiri pernah tinggal di situ. Namun kini, kampung itu hanya tinggal nama sahaja kerana semua penduduk di situ telah "dihalau" keluar dari tanah "MELAYU" dan kini tiada apa2 yang boleh dibanggakan lagi.Jadi,kira tiadalah kan?Ini menunjukkan kita sudah merempat di negara sendiri.Tu lah bangsa kita, ada tanah kena halau, dijual, digadai oleh siapa???Bangsa sendiri. Bukan saya omongan kosong, tapi inilah hakikat yang nak anda terima. Anda lihat sahaja di Kuala Lumpur, masih terdapat kedai2 Cina berusia puluhan tahun yang letaknya sudah hampir dekat dengan jalan raya tak sampai sejengkal pun.Ia masih teguh berdiri tanpa diruntuhkan, kerana apa???Kerana ia milik orang Cina. Andai kedai2 itu milik "MELAYU",sudah pasti tiada di situ.

Kedua, bangsa mana yang menguasai ekonomi di negara kita sekarang sejak dari dahulu???Cina bukan???Kita, bangsa MELAYU duduk tempat yang ke-4 selepas Cina, India,dan Indonesia.Hah, sudah terang lagi bersuluh.Apa sumbangan yang kita berikan buat agama kita, bangsa kita hingga saat ini???Saya sendiri akui saya tak mampu berikan sumbangan terbesar buat Islam seperti tarik orang kafir masuk Islam. Saya tak mampu lakukan itu, Tapi, kini saya berikan sedikit sumbangan saya dari segi wang ringgit dalam membantu ekonomi orang MELAYU ISLAM iaitu (HPA).Walaupun saya masih baru menceburi bidang perniagaan ini, tapi saya mahu teruskan juga untuk membantu insan mulia yang telah cuba untuk menaikkan kembali ekonomi ummat ISLAM khususnya bangsa MELAYU.Moga Allah panjangkan umurnya dan memberikan jalan buatnya demi membangkitkan kembali ekonomi ummat ISLAM ALLAHU AKBAR!!!

Mungkin, anda akan kata bahawa mentang2lah saya jadi ahli (HPA), maka saya pasti dan mahu mempromosikan barangan saya.Ketahuilah wahai bangsaku, saya tak kempunan wang anda semua, tapi saya hanya menyampaikan kepada anda :"Mengapa kita tak mahu bantu bangsa kita melalui perniagaan yang telah mereka lakukan???Kalau bukan kita (MELAYU) yang nak bantu mereka, maka jangan harap bangsa asing(CINA, INDIA,DLL) nak bantu kita...

Anda lihat sendiri di mana2, bangsa Cina tak pernah nak jatuhkan bangsa dia sendiri, malah dibantu agar mereka sama2 berjaya dalam setiap bidang yang diceburi.Pernah suatu ketika, saya ingin membuat kunci pendua bilik saya di sebuah kedai Cina di KKB.Apa yang saya solute dengan peniaga Cina itu ialah disebabkan kedai dia menerima tempahan kunci yang terlampau banyak, maka dia meminta saya membuat kunci di sebuah kedai lain milik orang Cina juga.Ini bukti yang jelas saya berikan buat anda yang mahu berfikir dan bermuhasabah.

Tapi, lain pula jika orang MELAYU.Dah banyak dan muak saya dengar tentang peristiwa orang kita sanggup bomoh sana bomoh sini, sihir sana, sihir sini hanya disebabkan perniagaan yang diceburi oleh orang lain lebih untung berbanding diri sendiri.Masya-Allah, dahsyat kan???Kalau macam ini, memang sampai bila2 pun bangsa MELAYU tak boleh berjaya.

Saya tanya anda semua, hingga saat ini, apa yang anda boleh banggakan untuk bangsa anda sendiri???Adakah anda berbangga dengan label "MELAYU ISLAM" yang ada pada diri anda, atau bilangan anda yang ramai di pusat pengajian tinggai awam mahupun swasta, atau anda mahu bangga dengan "BAHASA IBUNDA ANDA???

Usah berbangga dengan title MELAYU ISLAM yang anda pegang andai hukum Tuhan masih diragui, diabaikan, lantas diperlekeh.Kerana apa saya kata begini sebab anda lihat sendiri bukti yang sudah cukup banyak di luar sana.Andai kita pengamal ISLAM sepenuhnya, maka tidak akan wujud masalah sosial yang semakin hari semakin parah di kalangan bangsa kita sampaikan hari ini mahu diwujudkan pula satu undang2 terhadap perempit2 jalanan.Ya, kita( BANGSA MELAYU) juara dari segi masalah sosialnya, rempitnya, bohsia, pelacuran, sumbang mahram, masalah rumah tangga, cerai-berai dll yang tak sanggup lagi saya sebut malah anda sendiri tahu.Lihat saja di kaca tv, semakin hari semakin bertambah cerita,drama, filem tentang cinta, anak halal, rempit, bohsia dll. Semua pengarah akan kata setiap cerita, drama, filem yang diterbitkan mempunyai motif dan mesej yang ingin disampaikan. Tapi, motif dan mesej apa yang ingin mereka sampaikan???Motif menyuruh buat maksiat?masalah sosial?merempit?mencuri?jadi pelacur???Inikah mesej dan motif yang mereka maksudkan???

Amat sedih bukan???Apa sudah tiada nilai Islam dalam masyarakat MELAYU sampai semua cerita, drama, filem dibuat mengikut budaya barat yang sudah semestinya KAFIR???Tapi, tak sedar2 juga. "Kita kena ikut peredaran masa, kalau tak orang kata kita ketinggalan zaman." Apa anda rasa dengan tidak menutup aurat itu anda katakan ikut peredaran masa???Apa anda ingat dengan pakai ikut stail kafir tu merupakan satu peredaran zaman???Saya tahu anda akan rasa marah bila saya kata kafir pada anda. Yela, kalau pakaian langsung tiada cerminan ISLAM, agak2nya orang kafir pun boleh kata anda kafir sebab menyerupai mereka malah lebih teruk daripada mereka.Saya juga menonton tv, menonton cerita, drama MELAYU namun, tiada langsung ciri ISLAM dalam setiap cerita yang ditayangkan.Entahlah, saya pun tak tahu nak kata bab mana yang ada nilai Islam.Menutup aurat pun tidak sama je lebih kurang dengan cerita orang putih malahan kata ibu saya lebih dahsyat dan orang MELAYU memang berani untuk berpakaian seperti itu.Selalu saya lihat hatta berikan salam tatkala nak masuk rumah pun tak diterapkan.Jadi, apa yang boleh diambil untuk dijadikan contoh teladan???Saya sendiri lebih suka menonton drama filem korea sebab banyak mesej yang saya dapat.Dari pemakaian mereka pun, lebih elok dan sopan berbanding drama filem yang dilakonkan oleh orang MELAYU.Di samping itu, banyak niali moral yang mereka terapkan dalam drama mereka seperti adab sopan, hormat-menghormati, berkasih-sayang. Jika saya tonton cerita MELAYU, banyak api permusuhan, dendam, bunuh sana sini, sikap hormat-menghormati pun tiada hatta pada suami sendiri(dalam lakonan). Jadi, memang patut pun banyak kes sosial dll mendapat rangking tertinggi di kalangan MELAYU sebab itulah yang mereka selalu lihat.

Islam bukan agama yang jumud, bukan agama yang sesuai untuk sesuatu masa dan zaman, tapi ia bersifat syumul(sempurna), alamiah(sesuai untuk semua). Islam agama yang ada nilai, amat mahal, tidak boleh ditukar ganti dengan agama lain hatta wang ringgit.Ia bukan boleh dibeli dengan wang ringgit,tapi ia perlu pada perjuangan, pengorbanan kerana untuk dapatkan ganjaran syurga itu bukan semudah membeli ikan di pasar tapi, perlu kepada kepayahan, ujian, pengorbanan, serta kesabaran.Jika anda hanya mahu pada kesenangan, kemudahan tanpa melalui ranjau2 kehidupan, maka sama nilainya dengan neraka.Jika kita tak mahu laksanakan undang2 Allah, maka dengan mudah kita masuk neraka.Mudahkan???

Jadi, pilihan terletak di tangan anda.Siapa yang jadikan kita?Allah.Sejak di alam ruh lagi kita telah mengakui dan membuat perjanjian dengan Allah bahawa DIA adalah pencipta kita.Dan sudah semestinya DIA tahu apa yang sesuai dengan hambanya. Lantas DIA turunkan AL-QURAN dan AS-SUNNAH sebagai "guideline" kita untuk menghadapi dunia yang semakin mencabar keimanan kita.Saya berikan satu contoh mudah buat anda semua senang faham,cuba bayangkan andai anda memandu kereta di jalan raya yang tiada trafic light,tiada arah jalan, tiada nama jalan, maka apa akan terjadi pada semua pemandu di jalan tersebut???Mesti semua akan buat seperti jalan sendiri dan terjadilah kemalangan, kematian.Trafic light,nama jalan, arah jalan itu semua diumpamakan sebagai guideline kita tatkala berada di atas jalan raya.Maka, kita perlu ikut guideline jalan raya jika kita mahu selamat dalam perjalanan.Samalah juga dengan AL-QURAN dan AS-SUNNAH, jika kita nak selamat di dunia dan akhirat, maka kita kenalah ikut guideline yang telah Allah berikan.Kalau tak, nescaya kita tidak akan selamat.

Untuk akhirnya, satu peringatan buat saya dan anda semua, kita selalu sinonim dengan agama ISLAM, maka kenapa kita tak nak jaga kesucian dan kecantikan agama ISLAM itu sendiri???Allah berfirman dalam AL-QURAN yang bermaksud:
"Wahai orang2 yang beriman! Barangsiapa di antara kamu yang murtad (keluar) dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang mana DIA mencintai mereka dan mereka pun mencintai-NYA, bersikap lemah-lembut terhadap orang beriman, tetapi bersikap keras terhadap orang2 kafir, yang berjihad di jalan Allah, dan yang tidak takut pada celaan orang yang suka mencela. Itulah kurnia Allah yang diberikan-NYA kepada siapa yang DIA kehendaki. Dan Allah MAHA Luas( pemberiann-NYA) MAHA Mengetahui."( AL-MAIDAH: 54)

Cuba anda perhatikan maksud ayat di atas, adakah kita tergolong dalam golongan kaum yang dikatakan dalam ayat itu? Agak2, kita bersifat lembut tak pada saudara seISLAM kita dan bersifat keras terhadap musuh kita(kafir) atau sebaliknya???Sama2lah kita muhasabah diri kita.Pilihan ada pada diri kita samada kita nak jadi dan tergolong dalam kaum itu atau kita nak Allah datangkan kaum lain pula yang akan jaga agama ISLAM?Andai kita mahu Allah gantikan diri kita dengan kaum lain pula untuk jaga kesucian Islam itu, maka alangkah ruginya kita.

Jangan debik dada cakap dengan saya kita(MELAYU) juara juga dari segi bilangan di pusat pengajian tinggai awam mahupun swasta. Hanya sekadar bilangan yang ramai lantas anda berbangga. Ketahuilah, orang MELAYU dapat masuk universiti pun HANYA KERANA MEREKA ADA TITLE BUMIPUTERA, jika tidak jangan harap kita nak menjejakkan kaki ke sana. Orang Cina sendiri kata:"anak saya tak masuk universiti bukan kerana anak saya bodoh, tapi lebih pandai daripada kamu(anak MELAYU). sebab kamu (MELAYU) BUMIPUTERA sahaja menyebabkan kamu masuk universiti."

Lagi, apa yang ingin anda banggakan tentang bansa MELAYU???BAHASA MELAYU???Kini pun, pemimpin kita sendiri yang telah musnahkan bahasa ibunda kita sendiri.Lihat sahaja dalam penggunaan Bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Matematik dan Sains. Sampai sekarang, tiada lagi perubahan untuk menukarkan kembali pada bahasa ibunda sendiri.Konon, peratusan gred Matematik dan Sains meningkat bila pelajar menjawab dalam Bahasa Inggeris, huh.Jangan mudah percaya dengan kata2 mereka. Apa dengan menggunakan bahasa asing dan buang bahasa sendiri tu menunjukkan kita ikut peredaran zaman???Saya bukan nak berpolitik di sini, tapi anda boleh fikir sendiri.Negara maju seperti Jepun, Korea, dan Cina tetap mengekalkan bahasa ibunda mereka terutama dalam bidang Sains dan Matematik. Tiada pula kita lihat mereka itu mundur, malahan makin maju.Mereka tetap tidak mahu belajar bahasa lain khususnya Bahasa Inggeris kerana bagi mereka mengapa perlu mereka mempelajari bahasa penjajah???Begitu bagusnya mereka dalam mempertahankan bahasa ibunda mereka sehinggakan jika kita nak pergi sana, maka kita perlu belajar bahasa mereka sebab mereka lebih suka guna bahasa ibunda mereka berbanding bahasa penjajah.Lain pula cerita jika di Malaysia, kita rasa kita mundur jika tak pandai cakap "orang putih". Bila jumpa dengan "tourist", maka kita perlu bercakap dengan bahasa mereka.Bukan saya nak kata kita dilarang mempelajari bahasa asing, malah ia amat digalakkan oleh Rasulullah S.A.W di dalam satu hadisnya yang bermaksud:
"Jika kamu mahu selamat daripada tipu daya suatu bangsa, maka pelajarilah bahasa mereka."

Jadi, apa lagi yang menjadi kebanggaan kita???Sasterawan Negara,A.Samad Said sendiri kata :"Kita tak perlu sokong pemimpin yang mahu jatuhkan dan hilangkan bahasa ibundanya sendiri."
Tengok, bahasa kita sendiri pun sudah jadi caca-merba. Apa anda masih nak menafikan akan kebenaran kata2 saya???Jadi, patutkah kita pilih pemimpin seperti itu lagi???Jadi, sampai bila kita mahu terus berdiam diri tanpa apa2 perubahan, tanpa apa2 tindakan untuk merubah nasib bangsa kita sendiri??? Sedarlah wahai bangsaku, ummat ISLAM!!!

Jika bukan kita yang bangkit, Siapa lagi?Jika bukan sekarang,Bila lagi?Jika bukan di sini, Di mana lagi???Ekonomi Islam itu tidak akan terus naik dalam masa satu hari, begitu juga dengan zaman kegemilangan Islam. Ia tidak akan terus terjadi dalam masa yang singkat.Mungkin, lama lagi ia akan kembali naik , jika bukan pada zaman kita mungkin pada zaman anak cucu kita, tapi andai kita tidak beri apa2 sumbangan pada hari ini, mampukah kita melihat ia tertegak dan bangkit kembali suatu masa nanti???





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

SEUTUH KASIHMU.SAYANG.


"Seutuh kasihmu sayang, adalah dambaan hatiku… syukur atas rahmat Tuhan Yang Satu… Assalamualaikum…Ikhlas mencintaimu...Abang…Air mataku mengalir lebat membasahi pipi… aku terkenang kembali nostalgia kisah suka dukaku bersama insan yang telah berjanji setia mengasihiku hingga ke akhir hayatnya...Dalam debu-debu nipis yang membaluti sampul kecil tanda terakhir cintanya buatku, ada tersirat rasa kasih yang mendalam darinya untuk diriku ini dengan izin allah rabbul izzati….Fikiranku kembali mengingati seraut wajahnya yang tenang setenang air di kali… tidak pernah hatiku di sakiti,jauh sekali menguji sedalam mana ikhlasnya cintaku dan setinggi mana kesabaranku menanti hadirnya sebagai raja dalam hidup ini…. sentiasa dibibirnya mengungkap rasa rindu padaku sekalipun setelah kami berumah tangga… hidupku bahagia dengan hadirnya Hadi Hafis,suamiku dunia akhirat,insya allahu rabbi…Bermulanya perkenalan kami di sebuah institusi pengajian tinggi luar negara… walaupun kami tidak sefakulti, namun jodoh menemukan hati ini…Hadi adalah kasih pertama yang hadir dalam hidupku…. Bermula dengan sebuah sajak "Sesuci wajahmu Hawa"nukilannya, hatiku mula tertaut pada Hadi… sajak dalam risalah pelajar Muslim "an-Nas" itu kugunting dan kusematkan di dalam diari hijauku… (kebetulan warna kegemaran Hadi). Namun kusimpan rasa kasih itu dalam-dalam kerana kuyakin perasaan ini akan menjadi jahid yang tinggi nilainya di sisi seorang muslimah sepertiku… itu janji Tuhan buat insan bergelar perempuan dan aku tidak mahu ketinggalan merasai ganjaran itu walau aku akur, bukan mudah untuk menolak keinginan berterus-terang…. Sesekali terdetik perasaan untuk aku memulakan perkenalan, namun imanku menepis rasa di hati dengan istighfarku kepada Allah…Terkadang, apabila berselisih dengannya, jantungku berdegup kencang… Ingin saja ku melemparkan senyuman yang paling manis buat insan yang telah menambat hati dan mewarnai hidup ini… namun maluku mengatasi segalanya… Alhamdulillah… sesekali aku diusik rakan-rakan, tapi aku tidak mengalah. Ego untuk membela akhlakku menyelamatkan diri ini dari terus menjadi usikan rakan-rakan…. Aku hanya membisu… Tidak mahu aku layani telatah rakan-rakanku, kerana aku tidak mahu nafsu amarah ini kalah dengan jihad yang sedang kubina atas dasar kasihku pada Allah Yang Maha Satu. Dikala mindaku bercelaru, aku pasti merehatkan diriku di bangku taman universiti. Kehijauan taman itu membuatkan benakku berfikir tentang keesaan Allah sekali gus meleraikan kesedihan jiwa. Bertemankan sebuah buku bertajuk "Semanis Kesabaran" nukilan Syeikh Ahmad hadiah dari ayah sebelum aku berangkat ke sini, aku duduk bermuhasabah memikirkan betapa lemahnya jiwaku. Tidak setanding mujahadah yang berjuang membela Islam di serata dunia, berjuang dengan syahadah yang jitu dan matlamat yang satu… Bertunjangkan keimanan dan ketauhidan terhadap Allah...
Pernah satu ketika, mindaku buntu memikirkan ujian Tuhan yang tidak pernah putus mendambakan kesabaranku menunaikan kifayah ini.. Mengenang nasib ibu dan ayah di kampung yang semakin tua dimamah usia,dengan pendapatan yang tak seberapa menyara kehidupan kami 3 beradik… dan kerana ini jualah sebenarnya kubenamkan rasa cinta yang berputik buat Hadi. Aku mahu menjadi seorang anak yang dapat membela masa depan keluarga dan membalas jasa orang tua yang telah mencurahkan sepenuh kasih sayang mereka buatku hingga ke hari ini…..Tiba-tiba kedengaran ucapan salam dari seorang lelaki… lamunanku tersentak.. Namun aku tidak mendongak…Rasa malu sudah datang menerpa… Tapi mengapa?? Ya, suaranya seperti pernah kudengar sebelum ini. Suara yang selalu menggamit mindaku untuk berpindah ke alam khayalan… Suara yang selalu datang dalam mimpiku… Suara yang sering mengimami jemaah solah di surau universiti… Ikhlas dan penuh rasa rendah diri… Kusambut salamnya dengan penuh debaran… Seketika itu aku terasa mahu lari dari tempat itu…. Balik ke bilik dan menelekupkan mukaku ke bantal… Aku tahu mukaku tidak merah, kerana kulitku bukannya putih.. Tapi, hitam manis… Hmmmm.. satu advantage buatku… Aku hanya menguntum senyum dibibir … Muncul satu perasaan yang sukar aku gambarkan… Senyumku berbalas. Bahagia…. Cepat-cepat aku membetulkan posisiku, supaya aku tidak teus hanyut dalam perasaan itu… Aku tunduk dan lelaki itu melabuhkan punggungnya di bangku kayu jati bersebelahan tempat rehlahku… Hadi… Namun dia tidak lama di situ… setelah menghulurkan sebuah bungkusan hijau kepadaku, Hadi berlalu pergi… Sekali lagi ucapan salamnya kedengaran…. Beserta bungkusan itu ada sekeping kertas putih bercoret tinta biru… Mujur sebentar saja pertemuanku dengan hadi petang itu… Aku tak mau di salah erti… Dan aku tahu hadi juga begitu…Aku melangkah pulang kebilik…. Kugenggam pemberian Hadi sekemas mungkin… Dengan penuh tanda tanya…. Setelah selesai menunaikan fardhuku kepada Allah dan memohon doa padaNya, aku berbaring di katil… Segera kubuka warkah Hadi yang belum sempat kubaca…. Hatiku terharu dengan warkahnya yang pertama buatku itu…..Assalamualaikum buat kenalanku Firdaus…
Maaf sekiranya warkah ini mengganggu saudari ketika ini…. Persoalan yang terbuku di minda membuatkan Hadi ingin sekali mengetahui apakah permasalahan di minda saudari yang sering Hadi lihat duduk berseorangan dan berduka dibangku taman universiti… Bukan sekali hadi lihat saudari di situ, tapi hampir setiap petang…. Niat Hadi bukan untuk menyibuk tentang hal saudari, cuma mahu mengetahui mungkin ada sesuatu yang boleh Hadi bantu untuk meringankan beban di hati dan mengembalikan keriangan yang pernah Hadi lihat di wajah Firdaus ketika dulu…..

Maaf sekali lagi andai warkah Hadi ini tiba pada waktu yang tidak sepatutnya…. Sekian dulu dari Hadi, maas salamah…"Aku melipat kemas warkah itu dan kusimpan di dalam diari hijauku…. aku tahu bibirku sekali lagi menguntum senyuman yang paling manis… Kali ini, menampakkan baris gigiku yang putih bersih… Hasil pengamalan sunnah rasulullah untuk bersugi setiap kali sebelum solah….Aku menghela nafas panjang…. Kuletakkan diariku disisi… Dan seketika itu aku di buai mimpi…..Semenjak dari itu, aku semakin akrab dengan Hadi… Namun keakraban kami bukan seperti yang selalu digambarkan dalam kaca tv… Akrab yang aku maksudkan adalah dari segi peringatan yang selalu Hadi beri buatku, dalam bentuk sajak, cerpen dan puisi… Hadi memang pandai menulis… Hasil karangannya sungguh terkesan dihati ini… Setiap kali membaca coretan penanya, mindaku terasa ringan dari bebanan masalah… berpesan-pesan kepada kebenaran, dan berpesan-pesan pada kesabaran… Dengan firman Allah itulah, hatiku semakin yakin menundukkan rasa tekanan yang sering datang menggoyahkan sabarku terhadap cubaan yang diberiNya….Pada setiap bulan puasa, Hadi tidak pernah lupa mengirimkan berkotak-kotak kurma buatku… Katanya berseloroh dalam warkah yang disertakan bersama sekotak kurma yang dikirimnya melalui Hafizah rakan sekuliahku," Kurma ini 'pemanis muka' buat saudari Firdaus di sana. Segar. Hadi petik dari tanah suci. Bila kita berumah tangga nanti, bolehlah kita menunaikan haji bersama-sama ya"… Dalam hatiku, aku mengaminkan selorohnya… Pernah jua Hadi mengirimkan nota-nota fotostat yang dikumpulnya dari rakan-rakan fakulti perubatan dan memberinya kepadaku…Dia berpesan supaya berusaha untuk menunaikan kifayah ini dengan sebaik-baiknya. Sudah pasti harapan itu tidak kuhampakan… Harapan dari seorang lelaki yang sungguh istimewa dalam hidupku, namun dia tidak pernah tahu. Hasilnya, Alhamdulillah, aku cemerlang dalam setiap peperiksaan tahunanku……. Hadi selalu mengirimkanku doa-doa yang didapatinya dari kitab-kitab ulama terkemuka… katanya doa itu senjata umat Islam… usaha itu datang bersamanya dan tawakkal mengiringi setiap usaha yang tidak pernah mati…6 tahun berlalu…. akhirnya aku berjaya meraih ijazah yang kuidam-idamkan selama ini… Air mata kesyukuranku tumpah ke bumi… Aku bergelar doktor kini…. Cintaku Hadi (walau dia tidak pernah tahu sehingga kini) bergelar professor di salah sebuah universiti di tanah air.. warkahnya yang hadir setiap bulan menemani hidupku dan membakar semangatku untuk terus berjaya ke akhirnya…. Harapanku untuk menjadi insan yang istimewa dalam hidup hadi, tidak pernah padam, seawal tahun pertama kami disini…. Ibu dan ayah tidak menyertaiku pada hari bahagia itu… Namun kutahu, doa merekalah yang menjadi tunggak kejayaan yang kuperoleh… Dalam hatiku, kupanjatkan kesyukuran yang teramat sangat kepada Allah… Aku tidak mungkin dapat merasai kegembiraan ini tanpa izinNYa…Kepulanganku disambut ibu dan ayah… Kedut-kedut di dahi ibu kucium sepuas-puasnya… Urat hijau yang timbul ditangan ayah kukucup dengan penuh kerinduan… Tidak sabar rasanya untuk aku berjumpa dengan adik-adik yang telah kutinggalkan 6 tahun dahulu… Pastinya mereka sedang menunggu kepulanganku dengan gembira…Setibanya di rumah Ahmad berlari mendapatkankku, adikku yang paling kecil sekali… Sudah pasti dia mengenaliku dari gambar yang kukirimkan kepada keluarga setiap tahun sejak tahun pertama lagi… adikku Jannah menunggu di halaman rumah dengan senyuman yang penuh ceria… Masih kuingat lagi, sewaktu aku meninggalkannya, Jannah menangis mahu mengikutku bersama-sama… Kini jannah sudah remaja… berkain batik, anak dara sunti lagaknya…. Dia menyambut tanganku lantas mengucupnya dengan titisan air mata… Dia memang tidak pernah berubah…. Mudah sekali mengalirkan air mata... Memang dia manja denganku…. Kehangatan inilah yang kutunggu selama 6 tahun ini, untuk bersama keluarga yang telah lama aku tinggalkan demi sebuah impian untuk menjadi doktor…Malam itu ayah menyuarakan sesuatu yang mengejutkan aku… seseorang telah datang merisik diriku… Jannah menyiku sambil tersenyum simpul… "Hadi Hafis," kata ayah… mahu saja aku menjerit kesyukuran ketika itu… tapi ku tahan… ku tahan perasaanku… kutundukkan muka dan tiba-tiba saja refleksku mengambil alih pergerakkanku… aku bingkas bangun dan meninggalkan ayah, ibu dan adik-adik di meja makan selepas meminta diri… terasa bodoh pula tindakanku ketika itu…. aku berlari mendapatkan diari hijauku di bawah bantal. Kubuka surat hadi yang dikirimkan dalam bentuk sajak 'Pabila tiba masanya'…Aduhai Hawa,Pabila tba masanya, aku pasti berlari mendapatkanmu,Mendapatkan kasihmu yang seindah pelangi alam,Yang setenang air di muara kasih,Yang sesuci hamparan cinta kau simpan dalam ketaqwaan…Wahai Hawa,Bila gerimis menyelimuti pawana,Petir menjalar di langit hitam,Dan bila sengsara datang bertandang,Bermunajatlah dengan penuh rasa kehambaan,Agar syahadahmu kukuh bertautan….Bersabarlah Hawa,Kerana kesabaran itu seindah mutiaraTercipta didasar lautan,Walau sebesar mana gelombang mendatang,Sinarnya tetap gemilang,Dan begitulah hakikatnya sabar,Yang pasti menyelamatkan kewarasanmu dari hilang….Sungguh wahai Hawa,Dihati ini ada perasaan yang sukar kuungkapkan kepadamu,Kerana wajahmu yang penuh rahsia,Kerana wajahmu yg membuatkan ingatanku pulang, Pada yang maha Esa,Menjadikan lidahku kelu berkata-kata…..Kugenggam erat warkah itu dan ku baca berulang kali…. Seolah-olah mimpi jadi kenyataan…. Hadi bakal suamiku…. Kedengaran pintu bilikku diketuk berulang kali…. Emak masuk dan melemparkan senyuman yang selalu aku rindu suatu ketika dahulu…. Kata emak, semuanya terpulang padaku…. "Mahu atau tidak… emak tak kisah, asalkan anak emak gembira"…… Ku berbisik di telinga emak tanda memberikan kata setuju…. Kukucup jemari kurus emak lantas emak membalas dengan belaian yang penuh kasih….. Walau emak sudah semakin berusia…. segar kasihnya masih lagi seperti dulu….Hadi Hafis dan Ikhwatul Firdaus selamat diijab kabulkan……….Banyak yang aku pelajari dari perkongsian hidupku dengan Hadi…. rajukku di pujuk… lembut dan tenang…. Sedihku di redakan dengan kemanisan wajahnya dan belaiannya cintanya padaku… Dan begitu juga aku, menyayanginya dengan sepenuh jiwa… Dialah lelaki pertama dan terakhir yang akan menjadi raja hidupku ini… Aku cuba menjadi isteri yang solehah walau kelemahan ku tetap muncul di sana sini…. Namun suamiku tidak pernah menyuarakan ketidak puasan hatinya… Tidak pernah sekalipun lakunya menampakkan kekuranganku… tidak pernah sekali, keluhan terhembus dari bibirnya…. Kelemahanku dibaikinya dan diganti dengan kekuatan… Ya, kekuatan sebagai seorang wanita Islam yang perlu berjuang menegakkan agama dalam setiap geraklakunya….Begitulah pesan Hadi yang kini kupanggil 'abang'….Setiap kali selesai solat…. Abang akan memberikan tazkirah buat peringatan kami dunia akhirat… Tidak pernah sekali abang terlepas dari menjadi imam solat fardhu ketika kami sama-sama dirumah… Tahajjud pun kami lakukan berjemaah… Sungguh aku rasa bahagia manisnya berumah tangga yang cintanya berlandaskan syiar Islam…. Masih aku ingat lagi, sewaktu malam pertama aku dan abang, kami solat hajat dan sujud syukur bersama-sama….. Kata abang, biarlah landasan dan tapak masjid yang kami bina ini atas dasar ibadah, bukan nafsu semata-mata... hingga ke hari ini…. pesan abang bersemadi di hati….Setelah 6 tahun berumah tangga, kami dianugerahkan 3 cahaya mata… Malam itu, abang hadi menyuarakan hasratnya padaku, tentang menunaikan rukun Islam yang kelima bersamaku dan anak-anak… Ya, seperti dalam selorohnya yang ku aminkan dulu…. Aku tersenyum sendirian … Pastinya aku setuju dengan cadangan itu… Abang Hadi menanggung perbelanjaan ibadah itu… Hasil simpanan sejak di universiti lagi katanya… Aku terharu… Kata Abang Hadi, umrah dan haji biarlah dilakukan bersama-sama sementara waktu mengizinkan… seperti yang selalu diingatkannya…. 'hidup sebelum mati'…….Setelah tamat kursus haji kami berangkat ke Tanah Suci…. Ibadah yang kami lakukan berjalan lancar. Cuma abang Hadi kelihatan tidak begitu sihat seperti sebelumnya… Apabila ditanya… hanya kuntuman senyum yang diberikan kepadaku, seperti selalu…. Di Tanah Suci kupanjatkan kesyukuran kepada Allah yang telah memakbulkan pinta hajatku selama ini… Hanya Dia yang tahu sedalam mana cintaku kepada abang Hadi…. Hanya Allahlah tempat aku bermohon selama ini… Hanya Dialah yang berkuasa memberi dan menarik balik rezeki…………. Aku bersujud kepada Allah malam itu dengan penuh rasa rendah diri…. Kudoakan hidup dan mati kami sekeluarga serta keturunan kami dalam iman dan taqwa serta redhaNya… Biarlah hidup dan mati kami dalam limpah kurniaNya……………….Malam itu abang Hadi batuk tidak berhenti-henti….. Badannya panas dan mukanya merah seperti menahan kesakitan….. Sebagai seorang doktor, bukan mudah bagiku memeriksa tubuh itu…. Tambahan pula, itu suamiku… Cintaku… Kasihku….. Doktor yang bertugas memberi tahu bahawa abang Hadi diserang demam panas…. abang Hadi mungkin tidak dapat mengikuti kami bertawaf keesokan hari…. Jadi abang Hadi terpaksa tinggal di apartment…. Aku sebagai isteri tidak mungkin sanggup meninggalkan abang Hadi seorang diri…. Sepanjang hari aku menemani suamiku……. Aku hanya mengalirkan air mata di sisinya…. Aku fahami kesakitannya… Namun hanya dengan izin Allah abang Hadi akan sembuh semula… Segala medikasi yang disediakan ku berikan kepada Hadi dengan penuh harapan agar dia sihat seperti sedia kala…. Pipiku diusapnya… lemah… tidak bermaya…. namun, kehangatan kasihnya masih terasa….. Dalam nafasnya yang lemah, abang Hadi berpesan kepadaku…."Sayang….. terima kasih abang ucapkan buat dirimu… Terima kasih atas kasih sayang yang tak pernah padam darimu buat abang… terima kasih kerana memberikan abang anak-anak yang soleh dan solehah, insya allah"….. Abang Hadi menarik nafas panjang dan menyambung kata-katanya… kulihat air mata kasihnya berjuraian disisi… Ini kali kedua kulihat abang menangis… kali pertama adalah sewaktu melihat aku melahirkan anak sulungku… Miftahus Solihin bin Hadi Hafis….."Sayang, ingatlah tautan kasih yang terjalin antara kita dengan izin Allah…. Panjatkanlah syukurmu buatNya sayang… Jangan pernah lupa… Teruskan mendidik anak-anak kita mendalami Islam dan menjaga iman mereka dengan sepenuh jiwa…. Berjuanglah membela Islam dan jangan berhenti sebelum menang…. Buat dirimu sayang, abang sejak dulu tidak pernah lupa berdoa agar kau menjadi milik abang suatu hari nanti… Alhamdulillah, hajat abang termakbul…… Maafkan kesalahan abang andai kata abang pernah melukan hatimu"…… Dan aku lihat Abang terlena……. manik-manik putih dimatanya berjuraian lagi… kukucup pipi abang… Sendu semakin terpahat di hati ini…Malam itu, abang memanggilku dan anak-anak supaya berada di sisinya…. Abang berpesan kepada anak-anak kami supaya menjagaku sebaik-baiknya… Dan bersikap mengikut sunnah Rasululullah…. Pesan abang, jadikanlah sabar itu sebagai asas perjuangan hidup kami dalam dunia yang semakin mencabar keimanan ini…… Anak-anakku terus menerus membaca Al-fatihah…. Itulah yang dipesan oleh Hadi kepada anak-anak kami… "Al-Fatihah itu sedekahkanlah kepada emak dan ayah… Tak kiralah dimana pun kamu semua berada… Utuhkanlah ikatan kekeluargaan kita dan tanggungjawab yang terpikul dengan iman di dada… Selesaikanlah semua permasalahan antara kita dengan merujuk kepada kitabNya"…. Anakku yang sulung membelai rambut ayahnya. Ku lihat anak-anakku membeningkan tangisan di mata mereka….. Abang memandangku dengan mata yang sayu … "Assalamualaikum"…. kata abang.... Walau matanya tak bersinar seperti dulu, namun keikhlasannya tetap kurasai… Tanganku digenggamnya seerat mungkin… Kubisikkan syahadah ditelinga abang…. "asyhadu alla ilaa ha illallah"…. Abang mengulangnya… perlahan-lahan, tetapi jelas…. Hembusan terakhir nafas abang melepaskan perlahan tanganku dari genggamannya…… Abang pergi menyambut panggilan Ilahi…. Sebelum kuselimuti seraut wajah manis abang yang pernah menceriakan hidupku dulu, menepis segala kepahitan jiwaku, kukucup dahi abang sekali lagi dan kusedekahkan Fatihah buat dirinya…. Walau hati ini tersayat luka…. Namun aku gembira kerana pernah menjadi seorang isteri kepada lelaki yang soleh dan telah membimbingku kejalan bahagia ini… Terima kasih abang…..Jenazah abang Hadi kami kuburkan di tanah suci…. itulah harapan yang pernah disuarakannya satu ketika dulu… sebelum kami sampai disini.. Sewaktu bermulanya perkenalan kami lagi… "Insya Allah, saya teringin sangat mengakhiri riwayat hidup saya di Tanah Suci" itulah jawapannya bila kuajukan soalan tentang impian hidupnya…..
Warkah terakhir darinya kubuka dan kubaca sekali lagi… Warkah yang diminta supaya aku membacanya apabila kami selesai menunaikan ibadah haji dan pulang ke tanah air…..Sayang,Bila bumi memanggilku kembali,Bila jasad ini tidak bernyawa lagi,Ketahuilah hanya engkau pernah menjadi permaisuri hati,Melengkapkan citaku selama ini….Bila kita saling terleka,Atau semakin ditelan usia,Atau terpisah oleh ketentuanNya,Tetapkan hatimu pada kasih abadi,Kasih Allah Rabbul Izzati….Sejak dulu wajahmu menjadi ratu hatiku,Doaku menginginkanmu,Kutahu doamu pun begitu,Tapi kau simpan suara hatimu demi jihad itu,Ini yang membuatkan hatiku semakin tertawan padamu…..Syukran temanku, suriku, cahaya hidupku,Abadikanlah kenangan dan kasih kita bersama keakhirnya,Walau antara kita terpisah jasad dan nyawa……Iman, amal dan taqwa tetap bersemi di hati selamanya….Seutuh kasihmu sayang, adalah dambaan hatiku…. syukur atas rahmat Tuhan yang satu… ….Assalamualaikum….Ikhlas mencintaimu...Abang….Kulipat kemas warkah abang dan kusimpan dalam diari hijaunya.. Ya, warna kegemaran kami berdua… Ada lakaran wajahku pada muka terakhir diari itu…. Aku tersenyum… Kukucup wajah abang dalam gambar yang kulekatkan dalam diariku…. Wajah manis itu seakan menyambut kucupanku….."Mak"…. Lamunanku tersentak…. Soleh menghampiriku… 6 tahun berlalu…. anak-anakku sudah membesar semuanya…. Membesar dengan kasih sayang dan pesan ayah mereka supaya selalu menegakkan Islam walau dalam apa jua perkara…. Bahagia inilah yang pernah kurasai dulu… "Mak, adik tanya, jihad tu apa maksudnya mak…. "kata soleh menggaru-garu kepala… Kubelai rambut anakku dengan penuh kasih sayang, "Sekejap lagi mak datang", balasku…. Anakku mengangguk-ngangguk dan menyimpulkan senyuman.. Seiras wajah ayahnya.. Akan ku jelaskan maksud jihad sejelasnya kepada anak-anakku kerana ANUGERAH JIHAD INI lah yang telah membawa sinar kebahagiaan dalam kehidupan kami sekeluarga hingga ke detik ini….………....... Amin….

Hidupkan hati dgn tazkirah kehambaaan... Sekali lagi tazkirah dengan kehambaan penting. Dengan sifat kehambaan, kita akan harapkan Allah untuk meneruskan momentum amal ketika 'down'. Dan apabila kita terlalu bersemangat, sifat kehambaan akan mengingatkan kita bahawa kita hidup dalam sistem yang ada fitrahnya. Fitrah sistem alam ini perlukan masa untuk berubah, dan perubahan biasanya akan perlahan-lahan. Bila kita ingat selalu hal ini, kita akan 'menasihatkan' diri agar jangan tergopoh.

Jika kejahatan dibalas dengan kejahatan - itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas dengan kebaikan - itulah tanda ketinggian budi. Jika kebaikan dibalas dengan kejahatan - itu adalah kezaliman. Tetapi jika kejahatan dibalas dengan kebaikan - itulah buktinya pekerti mulia lagi terpuji. Sungguh sedikit manusia yang memahami. Lebih sedikit manusia yang memahami dan mengamalkan. Lebih sedikit lagi manusia yang telah memahami, mengamalkan dan ikhlas. Terlebih sedikit lagi manusia yang telah memahami, mengamalkan dan ikhlas serta sampai ke tujuan." -Imam Hassan al-Banna........

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers