SATU PENGORBANAN...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Allahu Akbar!Allahu Akbar!Allahu Akbar!

Salam Aidul Adha buat seluruh ummat Islam.Hari ini merupakan hari terakhir untuk kita bertakbir sebagai tanda kemenangan ummat Islam. Aidul Adha atau dikenali dengan Hari Raya Haji mengajar kita erti pengorbanan seorang Nabi Allah iaitu Nabi Ibrahim A.S dan anaknya Nabi Ismail A.S. Betapa patuhnya seorang ayah akan perintah Tuhan tatkala disuruh untuk menyembelih anaknya, Ismail.Tiada keraguan dalam hati anaknya ,Ismail lantas menyuruh ayah tercinta melakukan suruhan Allah tanpa berbelah-bahagi.

Namun, bila kita ertikan realiti pengorbanan dalam kehidupan hari ini, ramai yang masih belum dan tidak sanggup bekorban.Malahan paling menyedihkan andai pengorbanan itu disalah ertikan terutama di kalangan muda-mudi kini."BEKORBAN APA SAJA HARTA ATAUPUN NYAWA, BIARLAH KASIH MESRA SEJATI DAN MULIA..."

Senikata lagu ini memberi maksud andai kita seorang yang cinta akan sesuatu, maka kita akan sanggup untuk korbankan apa saja tidak kira harta, jiwa, malah agama kita.
Namun, sebagai orang yang mengakui Islam sebagai ad-deennya, maka pengorbanan ini amatlah tidak baik malah bertentangan dengan syariat agama Islam itu sendiri.

Dalam Islam sendiri menuntut penganutnya untuk melakukan pengorbanan.Pengorbanan dari segi meninggalkan kemungkaran dan kemaksiatan.Andai seorang Muslim itu gagal untuk mengorbankan apa yang disukai oleh nafsu dan dibenci oleh Iman, maka individu Muslim itu sendiri belum berjaya dalam kehidupannya.

Alangkah indahnya Islam andai penganutnya sendiri dapat merasai kemanisan Islam itu sendiri. Namun, tidak ramai yang tahu bahawa apa yang dilarang oleh Islam itu menuntut penganutnya ke arah kebaikan bukan ke arah sebaliknya. Kita lihat sendiri tatkala Majlis Fatwa mengharamkan Yoga,ramai di kalangan orang Melayu yang mengaku Islam khususnya yang berfikiran sekular menentang keras akan pengharaman ini. Sedih bukan???

Di mana sensitiviti kita sebagai orang Islam? Adakah cukup sekadar kita berdiam diri , tidak menyatakan apa2 setuju apatah lagi menentang kelompok ini???Tepuk dada tanya Iman kita akan sejauh mana kesedaran kita bahawa ummat Islam itu sendiri yang telah menyebabkan fitnah terhadap agamanya?

Jikalau kita lihat berkenaan pandangan mufti akan senaman yoga mengatakan bahawa yoga itu ada kaitan dengan penyatuan tuhan mereka.Maka, atas sebab inilah yoga diharamkan.

Sememangnya senaman amat digalakkkan dalam Islam, namun masih banyak lagi senaman yang dapat kita lakukan untuk peroleh tubuh yang sihat.Dalam Islam, ada juga senaman yang dapat menyatukan diri kita dengan Allah. Sebagai contoh, tatkala berzikir ataupun membaca Al-Quran, kita perlu menahan nafas untuk membaca Kalam Allah,. Di sini jelas menunjukkan bahawa kita perlu mengawal nafs kita bhkan bukan itu shaja, kita akan merasai ketenangan yang tidak akan kita peroleh pada mana2 agama dan pada apa2 aktiviti.

Untuk akhirnya, kita telah dikurniakan akal yang sihat,jadi fikirlah untuk kemaslahatan agama Islam, diri kita seterusnya masyarakat kerana Allah berfirman yang bermaksud:Apakah kamu tidak berfikir?" Ayat ini banyak kali diulang dalam Al-Quran. jadi, jika kita perhatikan bahawa ayat ini Allah tujukan kepda kita sebenarnya. Maka apakah kita tidak mahu mengambil pengajaran?Wallahua'lam...
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

0 Response to "SATU PENGORBANAN..."

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers