AKU TERIMA NIKAHNYA...


Selamat Pengantin Baru buat mereka yang bakal melangsungkan perkahwinan pada hujung tahun ini.Tahniah buat anda yang telah bertemu dengan pasangan hidup yang bakal dan akan mengharungi dan menempuh ranjau kehidupan bersama:)

Bila berkata tentang perkahwinan, sedar tak sedar pasti kita menganggap bahawa perkahwinan merupakan suatu yang membahagiakan.Ya, di awal perkahwinan biasanya semua baik belaka hatta kentut yang busuk pun jadi wangi kerana masih pada peringkat percintaan.Namun, amat menyedihkan andai bunga2 percintaan itu tidak disemai sepanjang perkahwinan sehingga menyebabkan perpecahan @ penceraian.

Wahai pemuda pemudi yang akan dan bakal melangsungkan perkahwinan, suka untuk saya mengingatkan kalian serta diri ini bahawa perkahwinan itu bukan satu yang mudah dan boleh dipandang ringan tetapi, ia sebenarnya satu amanah yang besar yang perlu dipikul oleh kedua2 pasangan suami isteri lebih2 lagi sang suami.

Ikatan sebuah perkahwinan itu adalah dengan kalimah Allah.Allah telah syariatkan bahawa tidak sah perkahwinan tanpa ijab dan qabul.Malah, ijab dan qabul bukan sahaja merupakan perjanjian antara sang suami dengan wali perempuan tetapi sebenarnya adalah perjanjian dengan Allah juga.

Dengan sebab itulah akad nikah ditegaskan dalam Al-Quran sebagai satu perjanjian yang sangat kukuh sebagaimana firman Allah yang bermaksud:" Dan mereka(isteri2mu) telah mengambil dari kamu(suami) perjanjian yang kuat."(An-Nisa':21)

J ika sebelum berkahwin, amanah dan tanggungjawab seorang wanita @ perempuan itu terletak di atas bahu wali @ bapanya. Dan sebaik sahaja berkahwin, amanah itu beralih pula kepada seorang lelaki yang bergelar suami.Penyerahan itu tentunya dibuat atas dasar percaya dan aman bahawa penerima amanah ini akan memelihara amanah tersebut dengan sebaiknya.

Demikianlah, Allah memuliakan para wanita.Bukan sewenang2nya seorang lelaki itu boleh mengambil mereka untuk dijadikan sebagai suri hidup mereka, kecuali terlebih dahulu perlu mengikat perjanjian dengan Allah.Oleh itu, wahai kaum adam seharusnya anda mengingati dengan siapa sebenarnya anda berjanji untuk mengambil seorang wanita sebagai isteri.Dengan Allah sebenarnya anda berjanji dan wali wanita tersebut sebagai perantaraannya. Jangan mudah sahaja melepaskan tanggungjawab @ memutuskan tali perkahwinan lebih2 lagi pabila anda merasakan perkahwinan itu tidak dapat dan boleh bertahan lebih lama. Memang cerai itu jalan terbaik yang halal tetapi amat tidak disukai oleh Allah.

Melaksanakan amanah ini bukanlah hadiah seorang suami kepada isterinya, tetapi ia datang sekali dengan penerimaan nikah iaitu andai seorang lelaki telah bersedia untuk berkahwin, seharusnya dia mengetahui bahawa dia akan dan bakal menerima satu amanah yang besar daripada Allah.Maka, wajiblah ke atasnya untuk membuat persediaan yang secukupnya untuk menerima amanah tersebut.

Ikrar seorang suami sebaik sahaja dia menerima ucapan qabul(nikah) terhadap wali isterinya ialah:
1.Memberi nafkah:
Sanggup dan bersedia untuk memberi nafkah kepada isterinya dari segi makan minum,pakaian, dan tempat berteduh.

2.Menjaga dengan baik:
Sanggup dan bersedia untuk menjaga isterinya dengan baik, melindungi keselamatannnya dan mengawal kehormatan diri, kesihatan tubuh badan serta memelihara agama, nama baik dan maruahnya.

3.Memimpin dengan kasih sayang:
Sanggup dan bersedia untuk menentukan dan memimpin corak hidup bekeluarga yang mengharap petunjuk dan redho Allah.

4.Mendidik dengan sabar:
Sanggup dan bersedia untuk mendidik isteri dengan sabar, matang, dan bijaksana menyelesaikan masalah rumah tangga, termasuk sekiranya isteri nusyuz @ dalam usaha membuang tabiat buruk isteri(jika ada).

5.Melepaskan dengan baik:
Sanggup dan bersedia untuk melepaskan isteri dengan baik jika sudah tiada jodoh (cerai).Ia adlah sebagai jalan terakhir untuk mengatasi krisis rumah tangga.

6.Mempertaruhkan diri untuk bertanggungjawab sepenuhnya:
Sanggup dan bersedia dipertanggungjawabkan ats isterinya dari dunia sehingga akhirat dalm perbicaran di Padang Mahsyar nanti(mengawas dan memelihara isteri dari terjatuh ke dalam api neraka.)

Butiran amanat ini harus difahami dengan sebaiknya oleh calon suami sebelum mengucapkan"Aku terima nikahnya..."Begitu juga wanita, mereka juga perlu memahaminya untuk memastikan bahawa bakal pasangannya faham akan intipati amanah ini sebelum menerima pinangan bakal suami.

Andainya difahami bahawa begitu besar dan bermaknanya akad nikah dalam suatu perkahwinan,maka seharusnya ia dipelihara agar upacara nikah mendapat keberkatannya.
Wanita itu tercipta dari tulang rusuk yang bengkok, andai dikau (suami) mahu membetulkannya, maka betulkanlah ia dengan sebaiknya. Gunakanlah kelembutan dan kesabaran dalam mendidik dan membentuk akhlak dan peribadi mereka, nescaya engkau akan berjaya kerana wanita itu sebenarnya diciptakan dengan kelembutan maka hanya dengan kelembutan sahaja dapat mengembalikan mereka kepada fitrah asalnya.

*"Artikel ini dipetik daripada laman "FOKUS UTAMA" majalah ANIS keluaran Disember 2008 serta ditambah sedikit sebanyak daripada penulis.Bukanlah saya orang yang terbaik untuk mengataknnya, dan bukanlah saya bertujuan untuk menakutkn diri anda terutama kaum "ADAM" untuk berumah tangga. Sebaliknya ia hanyalah sekadar satu peringatan yang berguna buat kita semua sebelum melangkah ke gerbang perkahwinan. Andai kita sudah yakin dan sedar serta tahu akan tanggungjawab kita,maka pohonlah petunjuk kepada Allah agar diberikan kekuatan untuk kita melaksanakan amanah tersebut..."
Wallahu a'lm...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

0 Response to "AKU TERIMA NIKAHNYA..."

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers