TERIMA KASIH, UMI...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini







SAYAP KIRI ABAH



"SELAMAT HARI IBU, UMIKU..."
Tiada kata yang dapat aku luahkan padamu wahai umi.Jasamu pada ku terlalu banyak sampai tak ku terhitung tuk membalasnya.Betapa besarnya pengorbananmu sehingga Nabi Muhammad S.A.W.muliakan dirimu dengan mengatakan "syurga di bawah telapak kaki ibu."

Umi,pengorbananmu tiada galang- gantinya walau dengan segunung intan permata.Kasih sucimu begitu berharga buat diriku sedari aku kecil.Didikanmu pada ku sejak sebelum lahir hingga sekarang menjadikan diriku manusia pada hari ini.Leteranmu saban waktu banyak menyedarkan aku tentang erti sebuah kehidupan ini.Umi, terima kasih tak terhingga aku ucapkan.

Aku teringat tatkala dikau mengajar aku mengenal huruf, kau begitu sabar melayan keletahku.Tanpa rasa jemu, kau berikan didikan terbaik buatku.Padaku, engkaulah ibu dan engkau juga adalah guru yang pertama mengajarku membaca dan menulis.Walaupun kau keletihan, namun tak pernah ku melihat wajahmu bermuram durja, malah kau tetap hadiahkan senyuman manismu buatku.

Terbayang kembali kenangan silam.Ketika itu aku belajar mengaji denganmu.Aku tahu aku sedikit nakal denganmu.Setelah pandai membaca kalam Allah, aku pasti akan menutup ayat yang dikau mahu baca bersamaku kerana tak mahu kau baca sama denganku.Mungkin sikapku begitu, tak suka dikau membaca bersamaku kerana nak tunjuk aku telah pandai membaca.Namun, kau tetap sabar denganku.Tak pernah kau memarahi aku atau memukulku kecuali jika aku melakukan kesalahan.Ya, dengan pukulan dan marah sayangmu itu menjadikan aku manusia pada hari ini.Terima kasih, umi.

Dikau amat mulia sehingga Allah perintahkan wajib mentaati ibu bapa selepas mentaati-NYA seperti yang terkandung dalam Al-Quran yang bermaksud:
"Dan Tuhanmu telah memerintahkan agar kamu jangan menyembah selain DIA dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapa.Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua2nya sampai berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka janganlah engkau mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah engkau membentak keduanya, dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan yang baik." (Al-Isra':23)

Dalam ayat lain juga ada suruhan mentaatimu seperti yang bermaksud:

Dan KAMI wajibkan kepada manusia agar (berbuat ) kebaikan kepada kedua orang tuanya.Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan AKU dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai ilmu tentang itu, maka janganlah engkau patuhi keduanya.Hanya kepada-KU tempat kembalimu, dan akan AKU beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan."(Al-Ankabut:8)

Kesusahan dan keperitan telah kau tempuhi demi membesarkan diriku,permata hatimu.Ku belum lagi merasa peritnya mengandung dan bersalin, namun ku perolehi pengalaman mengasuh seorang anak kecil.Bukan semudah ABC untuk melakukannya. Ya, ku rasakan semua itu setelah aku menjaga Danielle Adam yang baru berusia 6 bulan. Tatkala menidurkan dirinya, hatiku berkata"agaknya mesti macam ni gaya umi tidurkan aku sewaktu aku kecil. Didodoi dan dialunkan zikrullah sehingga tidur.Jika terjaga seketika, maka ditenangkan kembali agar bayi itu nyenyak semula.Tapi, aku rasa seronok.Dan mungkin ini juga yang dikau rasakan sewaktu mengasuh aku dahulu.

Tatkala melangkah masuk sekolah darjah satu pula, aku masih teringat dikau mengejutkan aku seawal pagi dan memastikan kelengkapanku cukup segalanya.Makan minumku kau jaga dengan sempurna.Sehingga kini usiaku mencapai 20 tahun pun, kau masih lakukan tugasmu dengan sempurna.Kadangkala hatiku sayu dan terharu lebih2 lagi bila tiba waktu untuk aku berangkat pulang ke asrama.Ketika itu,seleraku mula tiada bila mengenangkan aku bakal berpisah sebentar lagi denganmu.Di samping itu juga,segala kelengkapan dan bekalan makanan yang dikau sediakan membuatkan aku rasa bertuah miliki ibu sepertimu.Selalu bermain di hati dan fikiranku bila terkenang segala pengorbananmu "Mampukah aku jadi seperti dirimu andai aku mempunyai anak kelak?"Kau jadi idolaku dan pembakar semangatku.

Umi, maafkan aku kerana aku seringkali mengabaikan kewajipanku sebagai seorang anak terhadapmu.Kata2mu juga ada yang aku ingkari.Alangkah berdosanya aku.Umi, maafkan aku juga kerana aku tidak selalu bersamamu lebih2 lagi sejak masuk tingkatan 1, aku sudah belajar tuk berdikari tinggal di asrama.Pertama kali aku masuk asrama pada tahun 2002, aku selalu"homesick".Air mataku pasti mengalir lebih2 lagi jika aku sendirian dan pabila menelefonmu.Namun, kata2mu menjadikan aku kuat tuk terus menetap di asrama sehingga aku tamat tingkatan 5.

Namun, aku sedih kerana tidak selalu bersamamu.Masaku lebih banyak berada di asrama berbanding di rumah.Tamat tingkatan 5 pula, aku terima tawaran masuk Darul Quran.Aku baru merancang tuk duduk di rumah sambil mencari kerja sementara menunggu keputusan SPM.Namun,Allah juga merancang dan perancangan-NYA lebih baik dan bagus berbanding diriku, jadi ku terima dengan hati terbuka. Tambahan pula memang hasratku untuk menghafaz Al-Quran.

Belum sempat tamat "Persijilan DQ/UIAM ku,"dikau dan abah sarankan pula agar aku ambil "pengajian diploma" di situ. Pada mulanya, ku keberatan untuk sambung di tempat yang sama namun, ku gagahkan hati untuk menerima cadanganmu dan abah memandangkan ia perkara baik.Selain itu, aku terima juga atas dasar Al-Quran yang ku hafaz belum mantap sepenuhnya. Bagiku, tidak mengapa kerana aku ingin jadi anak yang patuh pada kata2mu.Dan kini, aku masih meneruskan perjuanganku di situ dan ku tahu doamu tak pernah putus untukku.Terima kasih umi abah.

Walau berbilion ucapan terima kasihku pada dirimu berdua tetap tidak dapat menyamai pengorbanan serta kasih- sayang yang telah dikau curahkan. Moga aku dapat jadi anak yang berbakti pada dirimu berdua.

"Ya ALLAH, KAU ampunkanlah dosa2ku dan KAU ampunkan juga dosa kedua2 orang tuaku dan kasihanilah mereka sepertimana mereka mengasihaniku sewaktu aku kecil.Ya ALLAH, curahkanlah kasih-sayang dan rahmat-MU kepada mereka berdua. Hidupkanlah dan matikanlah mereka dalam Iman dan Islam.Jadikanlah mereka sebagai hamba yang sentiasa bersyukur pada-MU walau hanya pada sekecil zarah nikmat-MU....AMEEN


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

0 Response to "TERIMA KASIH, UMI..."

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers