Pages

BIR HALAL???

Baru2 ini,satu Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2009 telah berlangsung bertempat di Pusat Pameran dan Konvensyen Matrade bermula pada hari Rabu, 6 Mei 2009 dan tamat pada Ahad ini,10 Mei 2009.Apa yang menariknya untuk saya kongsi dengan anda semua ialah tentang pengeluaran satu produk "BIR HALAL" keluaran Iran berjenama "ISTAK."



Berita ini saya perolehi melalui akhbar harian Metro bertarikh 8 Mei 2009.Saya tidak berkesempatan untuk mengunjungi pameran halal antarabangsa tersebut, jadi saya sarankan kepada sesiapa yang mempunyai kelapangan masa pada Ahad ini atau bagi sesiapa yang telah berkunjung ke pamern tersebut untuk sama2 berkongsi akan produk terbaru barangan "HALAL" untuk memastikan dan mensahihkan akan kebenaran pengeluaran produk ini.



Memang bagus pameran ini dibuat untuk kepentingan ummat Islam.Namun, pabila saya baca berita mengenai "BIR HALAL " ini, hati saya tersentak.Apa yang saya dapati daripada sumber akhbar terbabit mengatakan bahawa "ISTAK" ini mempunyai persamaan dengan bir yang lain atau lebih tepat lagi ia memiliki tekstur rasa yang sama dengan bir yang haram.Cuma bezanya ia tidak memabukkan iaitu tidak mempunyai alkohol.



Selain itu, ia mempunyai banyak kelebihan khasiat seperti: dapat mencegah penyakit batu karang, mengurangkan tekanan, menjaga buah pinggang dan membakar lemak. Di samping itu, ia dapat memberikan kesegaran dan tenaga kepada peminumnya.



Menurut Azizi Ahmad,Pengarah Eksekutif Malaysian Iranian Corporation (MIC) Sdn Bhd yang menjadi pembekal tunggal produk ini di Malaysia mengatakan:Beliau mensasarkan jualan sebanyak 50000 unit sebulan membabitkan produk "ISTAK" botol dan tin apabila dipasarkan hujung tahun ini.Ini berikutan produk "ISTAK" mendapat sambutan luar biasa sehingga mampu mencatat jualan 50000 (tin dan botol) dalam masa sehari di Iran.



Selain itu, MIC bercadang membuka kilang memproses "ISTAK" di negara ini.Tetapi, ia bergantung kepada sambutan orang ramai. Di samping itu, beliau juga bercadang untuk memperkenalkan Produk ini ke seluruh rantau Asia Pasifik.



Tambahan,"ISTAK" boleh didapati dalam bentuk tin dan botol yang mengandungi 10 jenis perisa dan dijual pada harga RM3.50 setiap satu.



Wahai para pembaca sekalian, tidakkah anda berasa hairan pabila membaca berita ini???Timbul persoalan di minda saya:"Ada ke bir yang halal?" "Bukan ke bir dengan arak tu lebih kurang sama je?"Kalau dah namanya bir, mana ada halalnya.



Lihat saja pada botol dan tinnya, hampir sama dengan tin dan botol arak "HARAM" yang lain.Maafkan saya kerana tidak dapat nak tunjukkan gambar produk tersebut pada anda semua.Sejauh mana ia halal?Tidak mustahil cara pembuatannya sama dengan arak dan boleh jadi tempat dan bekas yang digunakan juga turut sama digunakan di dalam pemprosesan arak dan bir lain.Ini hanyalah pandangan peribadi saya.Jadi, saya tak minta anda terima ia bulat2.



Satu kisah ingin saya bawakan di sini. Cerita bermula pabila seorang guru mengadakan satu permainan dengan pelajarnya.Pada mulanya, guru itu berkata:"Di tangan saya ada 2 objek iaitu sebatang pembaris dan sebatang pen.Andai saya mengangkat pen ini, saya mahu anda semua katakan ia adalah pen. Begitu juga apabila saya mengangkat pembaris ini, maka anda dikehendaki mengatakan ia adalah pembaris."



Maka berlangsunglah sesi 1 tersebut sebanyak 3 kali.Kemudian, untuk sesi ke-2 pula, guru itu berkata:"Andai saya mengangkat pen ini, maka saya mahu anda katakan ia adalah pembaris, dan bila saya angkat pembaris ini, anda hendaklah katakan ia adalah pen."Setelah jelas,maka berlangsunglah sesi ke-2 sebanyak 3 kali juga. Tetapi, itupun ada di kalangan mereka yang keliru untuk mengatakan yang sebaliknya tatkala guru mereka mengangkat pembaris.Begitu juga dengan pen.



Apa yang saya nak simpulkan daripada cerita di atas ialah sesi pertama itu diumpamakan dengan situasi dan keadaan di mana perkara haq dan batil itu amat mudah dan jelas untuk dibezakan.Dan sesi kedua pula menerangkan bahawa keadaan perkara haq dan batil itu sudahpun bercampur sehingga manusia sendiri jadi keliru untuk menentukannya. Sama juga dengan situasi cerita tentang "BIR HALAL" di atas.



"Bukankah jika suatu perkara atau benda itu hampir sama sifat dan bentuknya dengan benda dan perkara yang jelas haram, maka hukum penggunaannya boleh diqiyaskan(diumpamakan @ disamakan) dengan hukum barangan yang haram tersebut???"



Soalan ini saya tinggalkan tanpa jawapan untuk melihat sensitiviti anda (para pembaca) akan sesuatu perkara. Sejauh mana anda ihtimam (ambil berat) berkenaan perkara ini?Adakah anda juga akan membeli produk ini dan meminumnya hanya kerana ia dikatakan "HALAL???" tanpa cuba mengkaji dan membuat penganalisisan??? Kenapa saya lontarkan soalan begini kepada anda?Kerana saya pernah menghadiri satu kursus yang membincangkan tentang produk "HALAL HARAM DALAM MAKANAN" dan saya diberitahu berkenaan ada juga babi sejuk beku yang dijual di pasar raya bercop "HALAL" di Singapura.Walaupun ia berlaku di Singapura namun, isunya ialah "HALAL" tersebut.Jadi, saya juga tidak mahu anda tertipu pada suatu barangan hanya kerana ada tanda "HALAL"padanya. Anda mampu untuk berfikir sendiri dan membuat keputusan. Segalanya terletak di tangan anda.Mungkin saya hanya boleh jadi tukang beritahu sahaja:)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

0 Response to "BIR HALAL???"

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers